Rabu, 29 Januari 2020

Save The Date... ^ Bukit Mok Cun ^


26 Januari 2020

Hiking at Bukit Mokcun, Kodiang Kedah

story terbaru..

Kak Cem sekarang baru berjinak2 dengan aktiviti mendaki bukit.. 
Ntah la, jadi seronok plak dgn aktiviti mcm ni..
paling terbaru adalah Mendaki Bukit Mok Cun yang terletak di Kodiang, Kedah.

Perjalanan tak la mengambil masa yang lama sebab dekat je dengan umah Kak Cem.. Kami berkumpul di pekan Kodiang dalam jam 7.00 pagi..
Kemudian terus ke Bukit Mok Cun.. 
ni kiranya bukit kedua Kak Cem naik..
First aritu Kak Cem & the geng naik Bukit TokDun.. tak per, yang tu nanti Kak Cem story noh..

sebelum naik tu mesti lah buat regangan skit, tak la terkejut sangat kan urat2 tu.. pastu lebih kurang pukul 8.00 pagi camtu la kami bergerak naik.. 
wow, untuk first time mcm Kak Cem ni rasa mcm mencabar juga la nak sampai ke atas tu... aduhhh penat juga, gayat pun gayat juga...tp best sangat..
memang satu pengalaman yang indah bagi Kak Cem.. Awal tu fikir juga la.. dah naik neh mcm mana plak la nak turun kan.. tp bila dah boleh sampai ke atas puncak tu, bestnya.. indahnya pemandangan dari atas... Dapat lihat keindahan sawah padi dari atas mmg cantik... Lupa la sat tentang nak turun tu.. padahal tadi ni duk fikir mcm2 dah.. Hihi..

Selesai menikmati keindahan tu, baru la nak turun bawah... Haaa sudah, cabaran untuk turun plak..mmg gayat.. tp cabar juga diri.. Dan akhirnya bila dah dapat sampai ke bawah tu.. terasa sgt kepuasannya tu.. seronoknya Rasa.. satu pengalaman baru untuk Kak Cem...

Terima kasih utk kawan2.. anda semua mmg terbaik..
Satu team yg sangat bekerjasama.. Tak kira siapa pun, semua dibantu.. Semuanya saling tolong-menolong.. macam tu la baru dikatakan 1 team..
Terbaik la semua..👍👍

Ok Jom Kita layan gambar2 nya plak...

Sabtu, 30 November 2019

Lama Tak Mengarang..

Cuti sekolah dah bermula.. apa perancangan hampa.. Kak Cem pun nak settlekan urusan baju sekolah anak2 dulu baru la nak fikir nak jalan2 mana la cuti2 ni kan...

Ok, tp tu bukan sebenarnya cerita yg Kak Cem nak ceritakan.. saja ja buat selingan ja dulu... sebenarnya akak nak kongsikan rasa seronok sambut birthday tahun ni.. diraikan, dan seronok rasa bleh sambut dengan kawan2 seopis.. sebenarnya ni salah satu moment indah bagi Kak Cem utk tahun 2019 ni.. Ok, xnak story panjang jom kita layan gambar2nya... biar gambar yang berbicara...

Selasa, 16 April 2019

^^ Tak Konsisten Juga...Alahai ^^


Salam Selasa semua..

Alahai.. Kak Cem target tahun ni nak start menulis lagi tapi tak konsisten juga..
Tak menyempat la nak hupdate.. konon sibuk giler la tu kan.. cewwah..

takpa2.. Kak Cem cuba yer..
harap2 blog ni tak bersawang balik...

Khamis, 14 Februari 2019

^^ FLEUR ^^

 
 
 
Hampa pernah dengar perkataan ni dak ??
Nak sebut camna ya..
Fler ker ? 
Fluer ker ?
 
sebut betul-betul yer..
FLEUR..
 
Apa tu FLEUR ??
Fleur - Pewangi kereta pelbagai guna lebih senang nak cerita fleur ni bertindak sebagai Air Freshener yang boleh menghapus bau-bau busuk, hapak, bau kepam, bau masam dan macam-macam lagi la..
 
 
Kenapa ramai sangat yang sukakan Fleur ni ?
 
Jom kita tengok kat bawah ni..
 
Harganya yang pastinya mampu milik - RM 10 sahaja.
100% pati original ( memang tak campur bahan-bahan lain tau )
Tanpa bahan kimia yang merbahaya
Selamat digunakan tanpa ragu-ragu
Bau yang tahan lama sehingga 45 hari
20 Scent yang pastinya membuatkan anda terpukau..
terigau-igau..
 
Yang pastinya lagi MENARIK DAN TERTARIK ??
Ofcoz la kotak dan botolnya yang sangat ekslusif, unik dan cantik.. Lain dari yang lain..
 
 
 
JANGAN TUNGGU LAGI..
 
JOM DAPATKAN SEGERA..
 
Wasap cepat-cepat ke 012-5666474 ( Kak Cem )
 

Khamis, 7 Februari 2019

^^ Selamat Pagi ^^

 
❤❤
 
Assalamualaikum..
 
Selamat Pagi Semua....
 
 




Jom kita amalkan, moga kita semua sentiasa dimurahkan rezeki yang melimpah ruah..
Amin..
 

Jumaat, 1 Februari 2019

^^ Cemah To Kak Cem ^^

 
 
 
Cemah Sekarang dah bertukar Kepad Kak Cem tau..
 
Ada yang nak tahu tak kisah Kak Cem ni camana dia bermula..
.
.
Al kisahnya begini..
 
Pada Zaman Dahulu.. Acewwahhh
hihi 😊😊
.
.
Sebelum ni orang duk panggil Cemah ja kan.. pastu ada la sorang member opis ni ntah pasai pa dia Panggil Cemah dengan singkatan Cem saja, agak2 nya panjang sangat kot dia nak panggil Cemah tu last2 dia pendekkan jadi CEM saja..
.
Bermula dari situ la wujudnya Kak Cem..
Selepas dari tu yang adik2 tu pun dah mula panggil Cemah dgn Panggilan Kak Cem..
.
Kak Cem pun Kak Cem lah..
Sedap juga kan..
 
 
 
 
so Cemah sekarang sudaaa Tukar kepada Kak Cem tau..
Uolls boleh la panggil I Kak Cem
 
 
Pewwittt..
 
 
 


Selasa, 29 Januari 2019

^^ Cemah Dah Kembali ^^


Alahai lamanya tak jenguk Blog Cemah ni kan..
Apa la cemah buat 2 tahun selepas tu kan..
.
Last Cemah Hupdate pun Februari 2017
Sekarang dah nak masuk Februari 2019 dah pun..
ish ish lama benor Cemah tak jengok aih..