Isnin, 10 Jun 2013

.. Jun 2013 dah ..


kejap ja masa berlalu, teringat lagi tahun lepas bulan Jun la time tu cemah baru saja check in hotel kat KL untuk hadiri satu kursus anjuran jabatan.. masa tgh tunggu nak dapatkan kunci bilik, kwn kat opis tipon.. kwn cemah bgtau yang cemah dapat surat daripada JPA berhubung dengan permohonan pertukaran cemah.. sronok juga dengar berita tu sebab memang yang tu yang ditunggu2kan oleh cemah, tp pada masa yang sama cemah rasa sedih plak sebab terpaksa meninggalkan sahabat2 cemah nnt.. cemah bagitau mreka, " pasai pa bgtau awal sgt, tunggu la kak cemah balik opis dulu, kang dah xsronok nak berkursus pun " dan xsangka tu la kursus terakhir yang cemah akan hadiri bersama jabatan ni.. HUHUHU...
 
mungkin telah ditakdirkan kursus tersebut merupakan kursus terakhir cemah, makanan kat hotel tu sedap2 la..trasa mewah la sekejap.. mayb hotel tu 4star kot.. slalu kursus ni jarang la skit kementerian or jabatan nak wat kat hotel mewah2 kan.. tp bagi cemah makanan kat situ mewah2 la.. xtahu la bg orang lain yang selalu makan makanan mewah2 kan.. mungkin ketentuannya nak bg cemah rasai kenangan yang indah2 sebelum cemah meninggalkan jabatan tu.. kwn2 satu kursus dgn cemah pun kata " ala, baru ja nak kenal cemah, cemah dah nak pergi ".. nak wat camna kan dah tu pilihan cemah..terpaksa akur la.. tp cemah still boleh wat pilihan lagi..
 
balik je dari kursus, masuk je opis.. kwn2 cemah terus tunjukkan surat pertukaran tersebut.. senyum tp dalam hati sedih sebab nak tgglkan kwn2 dan bos yang amat spoting tu.. dulu time cemah minta tukar tu memang agak tegang skit la suasananya tp masa tu bos baru ni xdtg lagi.. bila dah rasa serasi dgn bos baru ni, dapat pula surat tukar.. confius juga la samada nak bertukar ataupun tidak sebab time tu cemah dah pening..dan akhirnya cemah wat keputusan cemah bertukar juga untuk cari pengalaman dan suasana  kerja yang lain plak..
 
sedar x sedar  dah hampir setahun cemah berada di tempat baru yang dah xbaru ni..walaupun dah hampir setahun, namun cemah masih dalam tempoh mempelajari suasana dan tempat baru yang banyak berbeza dari tempat cemah dulu..dan cemah masih merindui kwn2 cemah kat opis lama dulu..
 
I miss u all..
 
 
 
ada waktu seronok, ada waktu xseronok.. adat la tu kan, kat mana pun sama ja.. yang penting pengalaman... dah 3 tempat cemah keja, dan cemah banyak belajar daripada semua pengalaman cemah tue..