Selasa, 18 Disember 2012

.. happy birthday irfan..


kemarin adalah birthday irfan, buah hati mama.. sat ja masa berlalu,anak mama dah setahun dah... rasa mcm baru ja mama lahirkan irfan td.. masih terbayang2 pengalaman mama di saat mama melahirkan irfan...

mengenangkan saat aku ndak bersalinkan baby yg dinamakan irfan ni, meh cemah kongsikan serba sedikit pengalaman cemah dalam mengharungi saat2 melahirkan seorang hamba Allah yang diberi nama Muhammad Irfan Syahmi ni..

due aku bersalin klu ikutkan jatuh pada tarikh 8 Disember 2011, tetapi tanda2 utk bersalin masih tiada walaupun dah sampai due, aku terpaksa jumpa doktor pakar sebab tarikh dah melebihi due kan... aku ada masalah tulang pinggul kecik, sebab tu irfan xmau kuar2 lagi walaupun dah sampai due.. bila dah jumpa doktor pakar, doktor ckp aku xdak masalah apa, kemudian due aku utk bersalin dilanjutkan lagi sampai 15 Dis 2011..cuma setiap hari sehinggalah 15 Dis aku kena p klinik utk check jantung baby aku takut klu mengalami masalah.. aku ni dah amik cuti dah konon2 8 Dis tu aku dah bersalin la.. tp disebabkan dilanjutkan lagi, so terpaksa la masuk kerja lagi... kwn2, bos semuanya heran.. yg aku bleh jawab anak xmau kluar lagi, dia syok kot duk dlm perut ni.. hehehe..

memang aku sihat, langsung xnampak mcm nak bersalin.. cergas lagi.. berjalan rata.. sampai la 15 Dis aku dengan paksarela check in la kat Hospital Tengku Fauziah, Kangar..berehat atas katil je la.. boring la, sempat baca novel lagi... pagi esok baru aku dimasukkan ubat utk bersalin.. gerun juga dengar sebab tiada pengalaman kan.. bila dah masuk hospital, yang xsakit pun rasa mcm sakit sebabnya macam2 ada.. kebetulan hospital tgh diubahsuai.. wad xcukup, so mreka campur ibu yg dah bersalin dgn ibu yang belum bersalin... yang boringnya duk kat hospital ni, asyik kena check darah je, mau nak tido nyenyak skit ja misi mai duk check tekanan darah.. pastu sesekali kena check jantung baby.. risau klu ada masalah dgn degupan jantung bby kan..

keeseokan paginya aku bersama 2-3 org lagi menunggu giliran untuk dimasukkan ubat biji.. takut juga klu sakit kan sbb xpernah kan, mcm2 yang aku bayangkan... tapi bila dah dimasukkan ubat tu, xla rasa sakit seperti yang aku bayangkan... doktor ckp kena puasa sehingga petang, mreka nak tgk nanti nak terbuka ke x ? rasanya dalam kul 2 mcm tu la, doktor check semula, time tu dah terbuka 3cm.. aku dah boleh masuk labour room.. takut juga..tapi sebelum masuk labour room, sempat g aku tido seround.. aku terjaga selepas misi panggil namaku untuk masuk dlm labour room.. dengan perasaan takut aku pun kemaskan baju bby and masuk la ke dalam labour room.. time tu kul 4 ptg..waktu tu perut dah rasa sakit tapi xla teruk sgt, rasa sat2 jer.. doktor pecahkan air ketuban, rasa panas ja.. kluar mcm air kencing...laju jer.. pastu doktor ckp anak dah terberak dah skit.. apakan daya aku masih belum boleh melahirkan anakku.. aku hanya melihat jam saja menunggu bila tiba masanya nak bersalin ni.. doktor sebolehnya nak suruh aku bersalin normal dan aku pun mahu bersalin normal tp aku tahu hakikatnya klu aku xmampu, aku terpaksa operate juga..

sepanjang berada dalam bilik tu, macam2 aku dgr sbb bukan aku saja yang bersalin hari tu, ramai lagi.. bila dah dgr tu mcm2 aku fikir.. mulut ni hanya boleh membaca doa saja supaya dipermudahkan semuanya.. disebabkan lama sgt aku menunggu, tekak pun dah kering.. aku minta nak minum kat sorang misi tu, tapi dia xbagi aku minum.. mujur ada sorang misi tu yang baik hati, dia kesian kot tgk aku.. dia pun bagi aku minum skit.. disebabkan hanya terbuka 4cm aku dimasukkan ubat air pula, aku pun xtau ubat apa.. yg aku tau misi tu ckp ubat tu mampu membuatkan ianya lebih cepat terbuka.. bila dah masuk ubat air.. waktu tu la aku rasa sakit sgt.. time tu dah xbleh nak duduk senang dah.. pusing kiri xkena, pusing kanan pun xkena.. mulut aku hanya mampu ckp misi, doktor saya sakit... tlg la..kdg2 misi wat xlayan je, rasa mcm nak marah pun ada sebab aku sakit, tp xdipedulikan... bila tgk jam dah 12 malam.. aku masih xbersalin lagi... doktor check lagi, time tu baru terbuka 5cm, lambat lagi nak terbuka 10cm sebab anak sulung kan..disebabkan terlalu lama aku berada di dalam labour room, doktor xbrani nak ambil risiko mereka mencadangkan aku dibawa ke dewan bedah.. mak, ayah dan suami semuanya risau sebab dah lama sangat aku kat dlm labour room tu, org lain masuk dah bleh kluar dah.. kiranya 8 jam lebih aku berada kat dlm labour room tu.. aku dah xlarat dah..doktor pun minta kebenaran aku untuk tandatangan borang utk lakukan pembedahan.. terketar-ketar tangan aku masa nak sign tu, sbb dah memang xbermaya dah..

akhirnya aku di bawa ke dewan bedah, aku masih sedar ketika tu..sehingga la masuk ke dewan bedah pun aku sedar sebab aku cuma diberi ubat bius hanya untuk separuh badan sahaja.. walaupun masih sedar tapi aku memang dah kehabisan tenaga sebabnya dah lama sangat menahan sakit.. hbs bdn ketar2 kesejukan, yer la kan time tu kul 1 pagi, duk dalam bilik aircond memang sejuk sgt2.. sampaikan misi2 tu letakkan mesin pemanas utk berikan aku haba kepanasan tue.. kemudian, aku dengar suara tangisan anakku.. Ya Allah besarnya kekuasaanmu, akhirnya pada tanggal 17 Disember 2011, jam 1.41 pagi lahirlah seorang bayi lelaki seberat 2.95kg..syukur alhamdulillah..

misi pun dtg bawa anak aku dan memaklumkan bahawa aku melahirkan seorang bayi lelaki, alhamdulillah.. sebelum aku ditempatkan di wad kembali aku diberi kesempatan untuk mencium wajah bayiku.. ni la rupa bayiku.. tomey2 kan..

 
 
 
skang dah setahun dah anak mama...
 

sapa nama muhammad irfan syahmi angkat tangan...
 
 


 
sian tgk anak mama tgh tido nie.. sayu je tgk..
dah besar dah anak mama nie..

3 ulasan:

  1. happy belated besdayyy Irfan...seram sejuk baca pengalaman asma bersalin tu....apapun, syukur kan sebab ALLAH ttp ada bersama2 dalam saat2 tu...alhamdulillah...:)

    BalasPadam
  2. syukur alhamdulillah..
    setiap orang pasti mengalami pengalaman yang berbeza2..

    BalasPadam
  3. happy belated besday irfan..
    smoga jdi anak yg baik didunia dan akhirat.. aminnnn.... ;)

    BalasPadam