gerun juga dengan mimpi aku semalam..
semalam aku mimpi aku salah seorang daripada mangsa bencana Tsunami.. trasa seolah-olah aku bukannya berada di alam mimpi tapi di alam realiti..
takutnya..
kisahnya mcm nie,
aku dan beberapa orang sahabatku berada di dalam sebuah bilik..mayb bilik ni berhampiran dengan laut la kot sebab bencana tsunami kan..
ntah kenapa tiba2 salah seorang daripadanya menjerit.. aaaaa syiling nak jatuh... mengelak cepat..aku pun terus pandang ke atas syiling, dah nampak semakin banyak syiling yang dah mula retak.. kemudian salah seorang lagi menjerit dan memandang ke arah tingkap yang menghala ke laut, dia nampak satu ombak yang besar sedang menghala ke bilik kami... OMBAK BESAR not OMBAK RINDU yer.. hhehe
apa lagi, semua yang ada kat dalam bilik tu terus lari keluar dari bilik tu.. waktu tu pun, lantai bilik dah mula retak dan semakin teruk... LARI, LARI dan terus LARI... sampai la ke sebuah tempat yang selamat la untuk semua mangsa.. dalam kesedihan, semua mangsa yang berada di situ hanya mampu melihat saja bangunan yang didiami tadi ditenggelami air laut.. aku takut sangat waktu tu, teringat semua orang2 yang aku sayang... Mak, Ayah, Suami, Anak dan familyku yang lain.. mcm mana la agaknya keadaan mreka ketika ini..dan aku rasa risau sangat sekiranya aku kehilangan mreka.. rasanya tak tertanggung andaikata mereka semua meninggalkan aku..
kemudian, aku tersedar dari tidoku.. menggigil kesejukan, mayb hujan sama kot.. sebab tu badan menggigil2.. aku pandang suamiku, aku pandang anakku..
Astaqfirullahala'zim, aku bermimpi...
walaupun dah terjaga, aku masih terbayang2 lagi saat aku melarikan diri disaat ombak yang besar tu datang tarik semua yang ada disitu..
aku pun bangun mandi dan solat subuh..
pengajaran disebalik mimpi tue, kesedaran bahawa dunia kini sudah sampai ke akhir zaman..
Ya Allah, moga kau ampunkan la segala dosa2ku dan juga dosa2 ahli keluargaku..
aminn...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan