Memaparkan catatan dengan label kursus. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label kursus. Papar semua catatan

Rabu, 11 Disember 2013

Sungkai.... Cemah Come Again..

Cemah skarang berada dekat Sungkai, sekali lagi cemah kena hadiri kursus di Sungkai ni.. Macam biasa la kat mana lagi, mesti la ILSM ( Institut Latihan Statistik Malaysia)... Cemah mai jadi orang statistik la plak kan.. rasa macam pening juga la nak menerima info berkaitan teknikal ni, maksudnya tentang bidang2 kerja perangkaan ni.. tapi dah kena datang.. cuba untuk fahami juga walaupun agak lambat, ye la kan bukan bidang tugas kita.. mana nak tahu kan..
 
yang bestnya kat sini setiap bilik disediakan komputer, sambil2 tu boleh juga layan internet kan.. ok kan kemudahan yang disediakan disini.. agak menarik juga la kan sebab jarang nak jumpa dalam bilik disediakan 2 set computer untuk digunakan bagi peserta kursus. Disebabkan masa yang agak suntuk skarang ni, sambil-sambil tu cemah bawa la assignment cemah.. apa lagi, boleh la sambil-sambil wat assignment... tinggal 2 minggu lagi nak submit ni.. xtahu la sempat ke tidak ni.. harap2 sempat la cemah siapkan.
 

see... cantik kan.. dah macam meja kat opis dah..
 
ni plak suasana di pagi hari.. cemah snap dari bilik cemah la..
 



 
 
 
 

 
 
kawasan Ilsm ni luas, maybe ramai yang tak tahu tempat ni, cemah pun tahu sebab cemah kena hadiri kursus je la.. tp kat sini selalunya kursus/latihan yang disediakan lebih fokus kepada bahagian teknikal la.. mcm bidang cemah ni kurengg skit la.. agak jauh juga la dari hostel nak ke bilik kuliah, xper la sekali-sekala exercise kan, asyik duk kat opis ja..
 
k la, cemah pun xtahu nak story apa lagi, sebab harini dah last day kat sini.... BeStnYa!!!!
dah nak balik dah, hari pertama ritu, rasa cam lambat ja lagi nak balik 4 hari tu rasanya mcm lama sangat, so.... bila dah last day ni, fikiran dah xdak kat sini dah... ingat kat rumah ja.. ingat kat Irfan..

jom, cemah nak p sarapan dulu.. satg dah nak start dah...

 
 
 
 

Jumaat, 8 November 2013

Kursus lagi....

Awal tahun 2013 cemah kena kursus di Sungkai, Perak..
Dalam hati ni, berharap klu boleh dah xmau dah kursus luar2 nie, bukan apa nak kena tinggalkan irfan lagi.. tapi disebabkan arahan terpaksa la hadir juga...mayb ada kebaikan disebaliknya kan, disamping cemah boleh menambahkan kenalan cemah dan menambah ilmu di dada..
 
Cemah kena hadiri Bengkel Memperkasa Potensi Diri di PD..
dah la kena sorang2 satu jab.. risau juga la sebab berseorangan kan, maklum la skarang ni kan banyak sangat kes bunuh-membunuh ni, takut juga cemah...tapi minta dijauhkan la semua perkara tu.
 
kali ni kursus cemah bertempat di Best Western Prima Inland Sea Resort, Port Dickson..
katanya dulu nama resort ni adalah Tiara Beach Resort..
 


yang syoknya kat sini ada waterpark, kemudahan berbasikal, game room..
menarik juga la untuk bawa family riadah2 kan...
 
 
 
 
kursus cemah kali ni memang merehatkan minda cemah sebab setiap sesi pembelajaran tu memang relaks sebab ianya berkaitan diri kita sendiri. tentang bagaimana nak positifkan diri kita kerana kebanyakannya adalah negatif menguasai diri kita..cemah juga diajar mengurut untuk menghilangkan stress so boleh la urut2 skit bila rasa stress kan..hehehe untuk diri sendiri la..
 
cemah juga dapat kenalan baru dari Terengganu, Kak Da namanya... baik orangnya..
 
ni la Kak Da, cantik orangnya..
 
 
 
meh kita layan beberapa keping gmbr cemah ngan Kak Da..
 


selain tu, cemah dapat dua lagi kenalan baru, sorang bekerja di Kedah, sorang lagi di Penang... haaa tiap2 negeri cemah kutip. Tapi xsempat nak bergambar dengan mereka.. Yang dari Kedah ni namanya Suriani dan yang Penang tu namanya Akmal.. riuh dua orang tu, xsangka plak yg dua orang tu kenalan dari mereka study dulu.. pastu skarang ni keja bawah satu jabatan plak.. syok la..
 
penat juga la, penat dalam perjalanan ja.. tp hati rasa relaks.. wokey la tu kan..
 

Khamis, 7 Februari 2013

..3 hari ku di Sungkai..

 
3 hari ku di Sungkai..
 
bukan saja2 nak p tau, tapi disebabkan kursus jabatan..
 
ok ni,beberapa keping gmbr yg sempat aku snap..
cantik sebab bangunan baru, nampak indah jer, asrama pun dah ala2 hotel lagi, siap ada komputer lagi kat dlm bilik.. hebat la tu kan.. hotel pun xmcm tu kan, mayb sebab bangunan ni adalah institut latihan kan.. sebab tu la mereka sediakan komputer utk memudahkan peserta kursus menikmati kemudahan tersebut.
 
 
ini la wajah Institut Latihan Statistik Malaysia
 
 
tag kursus

 
 
kaunter di blok asrama
 

blok asrama
 
 
ruang makan
 

laluan ke bilik kuliah
 

 
aku suka kawasan ni, cantik...
sory yer abg razif tersnap gmbr abg razif plak..
 

 
dalam kelas, posing dulu sebelum penceramah datang..
 


gambar terakhir yg aku sempat snap..

sebenarnya ILSM ni baru je beroperasi, klu xsilap tahun 2012 kot.. sebab tu masih ada bangunan yang sedang dalam pembinaan.. klu aku p lagi lepas ni, ntah semakin banyak bangunan yang dibina kat situ.. tempat luas kan..
 
 
 

Selasa, 29 Januari 2013

.. Kursus di Sungkai, Perak ..


esok dah nak pergi kursus kat Sungkai..
ala cedihnya nak tinggal irfan..
mesti mama rindu irfan nnt..


 
ni gambar Institut Latihan Statistik Malaysia tu, aku search kat dalam cik google..
yang real nya nnt aku upload kemudian..
 
 

 
semoga perjalananku selamat sampai dan selamat pulang ke rumah
pastu bleh tgk senyuman irfan..
 caaayang bucuk2 mama tue..