Awal tahun 2013 cemah kena kursus di Sungkai, Perak..
Dalam hati ni, berharap klu boleh dah xmau dah kursus luar2 nie, bukan apa nak kena tinggalkan irfan lagi.. tapi disebabkan arahan terpaksa la hadir juga...mayb ada kebaikan disebaliknya kan, disamping cemah boleh menambahkan kenalan cemah dan menambah ilmu di dada..
Cemah kena hadiri Bengkel Memperkasa Potensi Diri di PD..
dah la kena sorang2 satu jab.. risau juga la sebab berseorangan kan, maklum la skarang ni kan banyak sangat kes bunuh-membunuh ni, takut juga cemah...tapi minta dijauhkan la semua perkara tu.
kali ni kursus cemah bertempat di Best Western Prima Inland Sea Resort, Port Dickson..
katanya dulu nama resort ni adalah Tiara Beach Resort..
yang syoknya kat sini ada waterpark, kemudahan berbasikal, game room..
menarik juga la untuk bawa family riadah2 kan...
kursus cemah kali ni memang merehatkan minda cemah sebab setiap sesi pembelajaran tu memang relaks sebab ianya berkaitan diri kita sendiri. tentang bagaimana nak positifkan diri kita kerana kebanyakannya adalah negatif menguasai diri kita..cemah juga diajar mengurut untuk menghilangkan stress so boleh la urut2 skit bila rasa stress kan..hehehe untuk diri sendiri la..
cemah juga dapat kenalan baru dari Terengganu, Kak Da namanya... baik orangnya..
ni la Kak Da, cantik orangnya..
meh kita layan beberapa keping gmbr cemah ngan Kak Da..
selain tu, cemah dapat dua lagi kenalan baru, sorang bekerja di Kedah, sorang lagi di Penang... haaa tiap2 negeri cemah kutip. Tapi xsempat nak bergambar dengan mereka.. Yang dari Kedah ni namanya Suriani dan yang Penang tu namanya Akmal.. riuh dua orang tu, xsangka plak yg dua orang tu kenalan dari mereka study dulu.. pastu skarang ni keja bawah satu jabatan plak.. syok la..
penat juga la, penat dalam perjalanan ja.. tp hati rasa relaks.. wokey la tu kan..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan