Memaparkan catatan dengan label novel. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label novel. Papar semua catatan

Selasa, 5 Mac 2013

.. Kasihku Yang Satu ..


 Kasihku Yang Satu
syania syaa
syania89.blogspot.com
 
 

Daniel Harith..
lelaki perfect package yang punya segala-galanya. wajahnya persis model dan berharta, cukup membuatkan dirinya digilai ramai. demi harta, dia sanggup melakukan apa sahaja dan sanggup berkorban masa depannya kerana pasti disebalik pengorbanan yang dilakukan, pasti akan ada habuannya..

Dannia Danisha ..
gadis yang serba kekurangan namun kaya dengan kasih sayang. keranan budi keluarga yang telah membelanya dari kecil, dia sanggup berkahwin dengan jejaka yang langsung tidak dikenalinya.
 
Daniel Harith tega mempergunakan si isteri untuk kepentingannya, namun si siteri masih lagi bersabar. semakin lama timbul pula perasaan aneh membuatkan hatinya keliru. jika si isteri tiada di depan mata, barulah dia sedar bahawa dia amat memerlukan isterinya. apabila cinta sudah bersambut dan meniti alam bahagia, Athirah pula muncul memusnahkan segala-galanya. Iqbal juga tiba-tiba muncul memburu cinta pertamnaya. pergolakan demi pergolakan membuatkan Dannia Danisha aku untuk mengundurkan diri..
 
apakah kesudahannya...
 
 




 

Isnin, 25 Februari 2013

.. cik Blur dan encik Ikhlas ..

cemah nak cari novel nie..
jom kita baca novel ni ramai2..
nampak menarik..
 


ni sipnosis citer novel nie..
klu tertarik dan menarik, jom kita beli dan baca sama2.. skang ni cemah masih dalam proses mencari novel ni, sebab novel ni laris sgt..

AKU? Tak tahulah apa yang tak kena. Ada saja salah aku di mata dia. Kalau sehari tak marah aku, gamaknya dia tidak serupa orang. Nak kata aku tak cantik, di dalam ofis ini ada lagi yang tak cantik. Sudahnya aku berhenti kerja saja.
 
“Helo, dah pukul berapa ni? Tak reti nak masuk pejabat? Ingat ni syarikat tok nenek awak ke?”– Encik Ikhlas
 
“Encik pekak ke? Kalau encik pekak saya cakap lagi sekali. Dengan rasminya saya dah berhenti kerja, berkuat kuasa hari ini.” - Kasih Khalisha
 
Selepas aku berhenti kerja, amannya aku rasakan hidupku ini. Tapi… tiba-tiba aje dia muncul kembali.
 
“Apa encik buat kat sini?”
 
“Eh! Saya yang sepatutnya tanya soalan tu. Kenapa Kasih ada di rumah saya ni?”
 
“Rumah encik? Ini rumah encik?”
 
“Yalah. Ini rumah saya! Takkan rumah beruang pula!”
 
Aduh! Aduh! Aku rasa kepala aku dah pening. Dah rasa berat sebelah. Rumah dia? Rumah lelaki tanpa perasaan ni? Argh! Kenapa boleh jadi seperti ini? Kenapa dunia ni kecil sangat?
 
Bagaimana aku hendak menghadapi kenyataan bahawa lelaki yang selama ini terkenal dengan garangnya, tiba-tiba saja berubah karakter di hadapanku?
 
“Hmmm, susah juga nak memenuhi ciri-ciri lelaki pilihan Kasih. Siapalah yang agak bertuah tu, kan?”
 
“Siapa tahu, kan. Pasti ada seorang lelaki untuk saya.”
 
“Kalau tak ada, ambillah saya. Saya pun masih kosong.”

Ya, setiap satu itu pasti ada hikmahnya. Adakah perpisahan yang dulu akan menemukan aku dengan seseorang yang lebih baik? Atau sebaliknya? Argh! Sungguh, sedikit sebanyak kehadiran Encik Ikhlas membuatkan aku buntu untuk berfikir.

Selasa, 29 Januari 2013

.. Setia Hujung Nyawa ..

 
 
 
 
 
skang ni tengah famous kan crita ni kat Tv3,
aku pun layan gak, tp banyak episod yg dah aku miss.. ruginya
baca novel je la..