Memaparkan catatan dengan label emass. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label emass. Papar semua catatan

Rabu, 8 April 2015

^^ dah masuk 36 Minggu ^^

 
Assalamualaikum kawan2..
 
kandungan cemah dah masuk 36 minggu..
xlama lagi adik baby akan keluar melihat dunia..



mama pun xsabar nak tengok anak mama nie..
tapi pengalaman mengandung kali kedua ni cemah rasa lain sangat, cemah rasa adik baby aktif sangat kalau nak bandingkan dengan abg irfan.. doa dan harapan mama moga mama dapat melahirkan sayang dengan selamat dan adik baby dilahirkan sihat.. moga dapat membesar dan sihat mcm abg irfan.. nanti boleh main dengan abg irfan..

esok cemah ada temujanji dengan klinik sebab hb cemah masih belum stabil.. xtahu la esoknya resultnya mcm mana, harap2 ianya tidak mengecewakan... keesokannya plak pada 10 April cemah ada temujanji dengan Pakar O & G plak.. mayb doktor nak tengok kandungan cemah kali ni samada cemah boleh bersalin normal atau pun masih juga mcm abg irfan dulu..

tapi kan..
cemah mengandung kali ni cemah rasa cemah agak kuat skit.. kalau dulu kandungan dah masuk 8-9 bulan tu cemah dah xdrive dah.. cemah suruh en.suami hantar dah.. tp kali ni dah masuk 9 bulan pun cemah masih kuat lagi dan boleh drive lagi ke opis..xtahu la mampu sampai bila.. harap2 cemah kuat la kan..

semoga mama cemah kuat..
kawan2 doakan cemah yer..

walaupun dalam keadaan mcm ni, cemah still maintain tau..
still dengan biz Powergold

kawan2 yang berminat boleh pm cemah yer...
nanti cemah story lebih lanjut lagi yer..

012-5666474
www.lubukemasmurah.com/emaarichgold
 

Jumaat, 3 April 2015

^^ Kegunaan DInar ^^

 
Bagi penggemar DINAR..
 
 
Sebelum ingin membeli dinar, ingin cemah kongsikan kelebihan dinar emas 999.9..
 
 
Antara kelebihannya adalah :
 
ianya boleh digunakan untuk muamalat dan ibadah aqiqah
 
boleh juga dijadikan sebagai hantaran dan mas kahwin
 
sebagai cenderamata dan hadiah kepada yang tersayang
 
boleh disimpan untuk pergi haji atau umrah
 
untuk tabungan/simpanan
 
 
-----------------------------------------------------------------------
 
 
berat standard dinar adalah 4.25 gram
 
jom !! kita mulakan menyimpan dan mengumpul dinar plak..
banyak kelebihan dan kegunaan rupanya..
 
 
kalau simpan duit, mesti habis duit tue..
tapi klu kita simpan dinar atau emas pasti menguntungkan..
 
 

suku dinar
 
1 dinar
 
pm/whatsapp cemah 012-5666474



 
 



Rabu, 7 Januari 2015

^^ pagi yang indah ^^

 
 


Selamat pagi semua...
mula kan hari anda dengan Bismillahirahmanirahim...

Coretan pertama cemah di Tahun 2015
^^ permulaan di tahun 2015^^
 rasanya belum terlewat untuk cemah ucapkan " Selamat Tahun Baru " buat semua kawan2 blogger..
 
pagi ni cemah awal sangat sampai opis, soooo sempat la cemah nak mengupdate cemah punya blog nie.. bukan apa, arini cemah tak hantar abg irfan ke sekolah.. arini abg irfan pergi sekolah dengan abah dia.. tak la kalut sgt kan cemah pagi ni..kalau hari2 lain, kelam kabut juga la sebab kejar masa kan.. semua ni dah tanggungjawab..kena laksanakan tanggungjawab dan amanah Allah itu dengan sebaiknya..
 
tapi semalam, apa yang tak kena pun xtau dengan abg irfan.. mengamuk di tengah2 malam, dah la abahnya kerja tinggal la mamanya sorang ni nak menguruskan irfan.. jenuh juga melayan dengan karenahnya.. si mamanya plak ni mengantuk sangat, bangun p dapur pastu bancuh sebotol susu.. haaa kena yang tue, terus tido... boleh la mama sambung tido balik.. mungkin sebab tu abg irfan liat sikit nak bangun pagi ni kot..
 
seronok rupanya bila sampai opis awal nie..
rasa relaks je bila duduk kat meja tue, kepala pun xstress sgt.. bukan apa sebab bukan waktu bekerja lagi kan.. boleh rehatkan minda sat, bila dah wat kerja nak kena pikir keja dah..
 
ok, Jom mula tugas utk hari ni..
 
Sentiasa positifkan diri, fikir yang baik2 walaupun kadang kala serabut juga..
masalah tetap ada walau macammana kita lari sekalipun..
so hadapinya dengan baik..
 
^^ jom kita jana income dengan emas ^^
^^ jom kita simpan duit dalam bentuk emas^^
^^ tak rugi menyimpan emas sebab emas makin hari makin tinggi nilainya^^
 
 
cemah ( 012-5666474 )
 
 
 


Rabu, 10 Disember 2014

.. Simpanan Yang Bijak ..

Simpan duit di bank, kerja2 nak cucuk...
Simpan di Tabung Haji dan ASB pun usaha lagi utk keluarkan...
 
Apa yang menarik tentang simpanan emas ?
 
Konsepnya sama seperti Amanah Saham Bumiputra (ASB) di mana anda mempunyai sejumlah wang kemudian dimasukkan ke dalam ASB. Setahun kemudian, anda akan diberi bonus dan dividen sehingga 8% untuk setiap tahun. Sama seperti emas, anda mempunyai sejumlah wang dan anda gunakan wang tersebut untuk membeli emas. Emas tersebut disimpan atau dipajakkan. Anda akan menerima keuntungan sehingga 30% setiap tahun. Bezanya antara ASB dan Emas ialah peratus keuntungan.
 
Contoh ASB :
A mempunyai tunai RM 10,000 di tangan. Dia boleh memilih samada untuk memasukkan duit tersebut ke ASB atau membeli emas. A memasukkan RM 10,000 ke ASB pada Januari 2011. Pada April 2011, dia mengeluarkan RM1,000 untuk membaiki kereta. Pada Disember 2011, baki simpanan ialah RM 9,000 dan kadar dividen ASB ialah 8% maka baki akhir ialah Rm 9,000 + 8% (RM 720) = RM 9,720 utk tahun tersebut.
 
 
Contoh Emas :
A mempunyai tunai RM 10,000 di tangan. Dia membeli tiga keping emas 20 gram dengan harga RM 10,000. Pada April 2011, dia memajak sekeping emas dan mengambil duit pajak ( RM1,000) utk membaiki kereta. Pada Disember 2011, nilai emas yang disimpan masih kekal RM 10,000 dan keuntungan 25% daripada harga emas semasa, maka baki akhir tahun 2011 ialah RM 10,000 + 25% (RM 2,500) = RM 12,500
 
so simpan emas boleh mengelakkan daripada kebocoran duit kita
 
 
Pilih lah simpanan yang bijak..
Mulakan langkah 1 bulan 1 gram bermula hari ini..
Berbulan-bulan, bergram-gram la simpanan kita...
 
 
hubungi saya di 012-5666474