Memaparkan catatan dengan label kisah sahabat. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label kisah sahabat. Papar semua catatan

Isnin, 20 Oktober 2014

.. Tahniah My Friend ^^ Hamiza ^^..

 
Tahniah Mieza..
dia  juga nampak gayanya akan sama2 boyot macam Cemah ' insyaallah'
 
 
tadi, Mieza kongsikan berita gembira ni dengan Cemah,
katanya setelah dia membuat pemeriksaan doktor.. doktor mengesahkan yang kandungannya dah 6 minggu bermakna dah sebulan lebih Mieza pregnant..
 
Alhamdulillah, syukur setelah sekian lama menunggu..
 
Mieza ni kawan satu kelas dulu time belajar kat POLIMAS dulu..
kami sama2 dari negeri perlis, kadang2 hari minggu ja kami balik kampung merempitlah berdua..
 
habis study, kami sama2 dapat interview.. tempat yang sama dan hari yang sama..
dan rezeki kami, kedua2nya dapat temuduga tue.. tp cemah je terpelanting jauh skit dari dia.. jauh nun di Putrajaya..tapi xlama, cemah pun kemudiannya balik ke negeri yang tercinta ni juga.. 
Perlis Indera Kayangan..
 
Kemudian, jodoh cemah awal skit dari dia.. Cemah selamat dulu jadi isteri orang..
xpa, mungkin belum sampai jodoh dia lagi.. sebagai kawan, cemah tetap bagi sokongan dan dorongan pada dia.. kononnya tak dak orang yang mahukan dia.. sebenarnya Allah s.w.t dah tetapkan dan rancangkan yang terbaik untuk setiap hambanya..
 
tup2.. Mieza bgtau cemah nnt datang la rumah, dia bertunang... waktu tu terkejut juga sebab memang xpernah dia sebut pun sebelum ni.. mungkin dah sampai waktu dan ketikanya.. 
Jodoh dah sampai..
 
ni sekeping dua gambar time Mieza bertunang..
 
 
 
 




 
ni plak gambar masa Mieza kawin..
 
 
Mieza dan suami..
 
 
Setiap pasangan yang berkahwin mesti mahukan cahayamata kan..
begitu juga dengan Mieza...
 
Mieza ada juga bercerita pada cemah yang dia belum ada rezeki lagi..
cemah cuba cadangkan kat dia suruh amik supplement Shaklee..
apa lagi kalau bukan GLA Shaklee..
 
 
Alhamdulillah, dengan usaha dan ikhtiar dari hambanya, akhirnya Allah memakbulkan doa hambanya itu..
 
kita cuma berusaha dan berikhtiar, semuanya adalah ketentuannya..
 
Rezeki Allah s.w.t, Mieza akan menyusul cemah pada tahun depan..
 
 
p/s : sesiapa yang berminat nak mencuba GLA Shaklee
boleh pm/sms cemah yer.. ( 012-5666474 )
atau email pada cemah di emaa_anastasia@yahoo.com
 
 


Rabu, 26 Mac 2014

.. Dating with Cik P.A ..


dah lama cemah xdating dgn cik P.A
akhirnya arini tercapai juga hasrat kami..
lunch time kami kluar dating berdua..
bila dah jumpa dah tentu banyak cerita nak dikongsi..
 
teringat zaman sekolah2 dulu la..
mcm2 kami kongsi..
seronok tau..
 
thank cik P.A..  (serojatiara.blogspot.com)
 
nanti kita dating lagi..

Khamis, 20 Mac 2014

.. Alhamdulillah..

 
 


Alhamdulillah, syukur ke hadratmu..
 
Result untuk semester 6 dah kluar kemarin..
Alhamdulillah, cemah lulus semuanya..
Berkat usaha dan kerjasama kwn2 ( study group ) * memang terbaik la semua *
 
ni la kawan-kawan cemah..
TQ u'all
 




 
 




cuba teka mana satu kaki cemah ..
hehe...
 
 

Isnin, 10 Jun 2013

.. Jun 2013 dah ..


kejap ja masa berlalu, teringat lagi tahun lepas bulan Jun la time tu cemah baru saja check in hotel kat KL untuk hadiri satu kursus anjuran jabatan.. masa tgh tunggu nak dapatkan kunci bilik, kwn kat opis tipon.. kwn cemah bgtau yang cemah dapat surat daripada JPA berhubung dengan permohonan pertukaran cemah.. sronok juga dengar berita tu sebab memang yang tu yang ditunggu2kan oleh cemah, tp pada masa yang sama cemah rasa sedih plak sebab terpaksa meninggalkan sahabat2 cemah nnt.. cemah bagitau mreka, " pasai pa bgtau awal sgt, tunggu la kak cemah balik opis dulu, kang dah xsronok nak berkursus pun " dan xsangka tu la kursus terakhir yang cemah akan hadiri bersama jabatan ni.. HUHUHU...
 
mungkin telah ditakdirkan kursus tersebut merupakan kursus terakhir cemah, makanan kat hotel tu sedap2 la..trasa mewah la sekejap.. mayb hotel tu 4star kot.. slalu kursus ni jarang la skit kementerian or jabatan nak wat kat hotel mewah2 kan.. tp bagi cemah makanan kat situ mewah2 la.. xtahu la bg orang lain yang selalu makan makanan mewah2 kan.. mungkin ketentuannya nak bg cemah rasai kenangan yang indah2 sebelum cemah meninggalkan jabatan tu.. kwn2 satu kursus dgn cemah pun kata " ala, baru ja nak kenal cemah, cemah dah nak pergi ".. nak wat camna kan dah tu pilihan cemah..terpaksa akur la.. tp cemah still boleh wat pilihan lagi..
 
balik je dari kursus, masuk je opis.. kwn2 cemah terus tunjukkan surat pertukaran tersebut.. senyum tp dalam hati sedih sebab nak tgglkan kwn2 dan bos yang amat spoting tu.. dulu time cemah minta tukar tu memang agak tegang skit la suasananya tp masa tu bos baru ni xdtg lagi.. bila dah rasa serasi dgn bos baru ni, dapat pula surat tukar.. confius juga la samada nak bertukar ataupun tidak sebab time tu cemah dah pening..dan akhirnya cemah wat keputusan cemah bertukar juga untuk cari pengalaman dan suasana  kerja yang lain plak..
 
sedar x sedar  dah hampir setahun cemah berada di tempat baru yang dah xbaru ni..walaupun dah hampir setahun, namun cemah masih dalam tempoh mempelajari suasana dan tempat baru yang banyak berbeza dari tempat cemah dulu..dan cemah masih merindui kwn2 cemah kat opis lama dulu..
 
I miss u all..
 
 
 
ada waktu seronok, ada waktu xseronok.. adat la tu kan, kat mana pun sama ja.. yang penting pengalaman... dah 3 tempat cemah keja, dan cemah banyak belajar daripada semua pengalaman cemah tue..

Selasa, 12 Mac 2013

.. Tahniah Kak Siti ..


cemah juz nak kongsi kegembiraan seorang sahabat cemah nie.. namanya Kak Siti
sronok Kak Siti bila dapat tawaran untuk kenaikan pangkat sebagai EO ( Penolong Pegawai Tadbir ) ye la siapa yg xsronok kan klu dapat tawaran mcm tue.. cemah pun nak, cuma bukan rezeki cemah lagi kan..
baginya keluarga adalah diutamakan..cemah bangga dan rasa gembira dengan kejayaan beliau.
pada awal Kak Siti dapat surat tu, cemah la tempat Kak Siti berkongsi cerita, sronok dgr suara Kak Siti time Kak Siti telefon cemah bgtau ttg tawaran tersebut.. terdengar juga tangisan kegembiraan Kak Siti.. hanya ucapan tahniah mampu cemah berikan..Kak Siti pernah memberitahu cemah yang Kak Siti risau sekiranya tiada kekosongan jawatan tersebut di sekitar Perlis/Kedah.. bukan apa Kak Siti perlukan fikirkan keluarganya yang perlu ditinggalkan andaikata dia ditempatkan di luar kawasan Perlis/Kedah memandangkan anaknya baru berusia 4 bln..
klu cemah, cemah pun xmau tinggal anak cemah, nak p kursus pun jenuh merindu, ni kan pula nak tinggal-tinggalkan berbulan2..tp klu dah terpaksa apakan daya, tetapi juga andaikata ada pilihan, semestinya kita akan membuat satu pilihan yang terbaik untuk diri kita dan juga keluarga kita..
Kak Siti dikehendaki untuk melapor diri pada 11 Mac 2013..tanpa jemu, sikap kental yang ada dalam dirinya membuatkan Kak siti sentiasa mencari kekosongan jawatan tersebut disekitar Perlis/ Kedah..
alhamdulillah, setelah Kak Siti melaporkan diri di Putrajaya, berita gembira yang dikongsi bersama cemah adalah Kak Siti ditempatkan di Negeri Kedah..
seronoknya.. Allah mempermudahkan segala urusannya..

doa cemah, semoga Kak Siti akan sentiasa berjaya dimana sahaja Kak Siti berada, moga cemah juga bakal mengikuti jejak langkah Kak suatu masa nanti..
kerana bagi Cemah kak adalah sahabat dan tok guru cemah..

tahniah kak..

Jumaat, 28 Disember 2012

.. Jalan2 umah baru Cik P.A ..


petang kemarin, saja la ngat nak jalan2 melawat rumah baru Cik P.A kita..
seronok tgk rumah dia, cantik dan selesa..
muda2 lagi dah ada rumah sendiri..
 
seronok tgk kegembiraan yang dikecapinya kini..
sebagai seorang sahabat, aku cuma boleh memohon supaya allah mepermudahkan jodohnya, semoga dia dipertemukan dgn insan yang sebaiknya..
 
amin..
 
xsempat nak snap gmbr pun sbb asyik sgt bersembang sampai lupa nak snap..