Rabu, 18 September 2013

3 bulan lagi

 
3 bulan lagi..
 
irfan dah nak masuk usia 2 tahun..
sat je kan..
 
 dalam membesarkan irfan, mcm2 perasaan cemah rasai.. tp mcm mana pun semua tu pengalaman dan semua ni akan lebih mematangkan cemah dalam mengharungi kehidupan.. di usia ini, irfan amat memerlukan perhatian dan kasih sayang.. setiap kali cemah nak kluar p keja, cemah mesti peluk dan cium irfan dulu..walaupun dia masih tido, kdg2 dia terjaga sebab trasa ada org kacau dia tido. irfan plak skang dah pandai cakap, dah boleh sebut dah " ma, nak p.." sian plak, sayu je dengar.. mama nak p keja sayang, ptg nnt mama balik na.. nanti kita main sama2.. balik kerja plak, klu dia xtido..pastu cemah masuk rumah cemah wat xtau je ngan dia mesti dia menangis agaknya dia kata mama dia xpedulikan dia, dah la tinggalkan dia seharian.. saja ja kdg2 tu cemah nak acah dia.. tp tiap kali balik keja cemah kena peluk dia, dukung dia dulu,cium dia dulu..pastu susukan dia pastu baru emosi dia stabil, nak sambung main pun xpa la.. trasa bahagianya menjadi seorang ibu apabila trasa diri ini begitu penting bg irfan..
 
tp satu je, klu waktu dia nak merajuk atau kemahuan dia xdituruti dia mesti nak sakitkan diri dia, xpun sapa2 yg dekat dgnnya akan jadi mangsa, waktu ni la kesabaran cemah diuji.. kesian kat irfan sebab diri dia yg sakit.. sebagai seorang ibu, kesabaran teramat penting dalam mendidik dan membesarkan anak, ketika ini terfikir ttg diri cemah ketika kecik2 dulu.. mcm ni la agaknya mak dan ayah cemah mengharungi cabaran dan rintangan dalam membesarkan kami adik bradik.. cemah sentiasa memohon kepada Nya moga diberi kesabaran dan mendidik dalam membesarkan anak-anak cemah supaya menjadi insan yang berguna nnt.
 
ala.. tiba2 mood sedih plak..
 
cemah sebenarnya nak crita yang irfan dah pandai suap sendiri klu makan, sebolehnya nak suap sendiri walaupun main yg banyak daripada makan..bagus anakku sebab berdikari sendiri..moga anak dapat menjadi seorang anak yg bijak dan pandai berdikari..
 

irfan tgh makan, nak suap sendiri.. tu kira awal lagi la tu sebabnya kawasan dia makan tu masih bersih, cer tunggu lama skit confirm habis lantai tue.. xpa la anak, lps makan tu mama sapu.. nak ckp mcm mana lagi kan, dah namanya pun budak2 bukannya fhm apa sgt.. cuma boleh nasihat je la jgn makan bersepah2, nnt dia besar skit dia fhm la kan..
 

Besday Mak + Ayah

 
Bulan September pasti mengingatkan cemah dengan besday mak + ayah cemah sebab besday mereka pada bulan yang sama.. pandai ayah cari pasangannya kan..xdak lah, semua tu dah ketentuan Allah yang maha kuasa.. Dah jodoh ayah kan bertemu dengan pasangan yang lahir sama bulan dengan dia..
 
 
semalam, abg cemah pun balik so kami adik bradik wat makan2 skit ja sempena besday mak + ayah.. besday ayah minggu lepas, besday mak plak kemarin.. sronok bila dapat berkumpul ramai2 mcm tu kan..di ketika ini la kita nak bergembira bersama mak dan ayah kan, nnt bila mereka dah xdak mesti rindu semua nie.. bahagia bila dapat tgk senyuman mak dan ayah semalam..mungkin seronok tgk keletah anak menantu, cucu2 mereka.. sayang mak dan ayah..
 
 
 
 
 
kek ni cemah tempah khas wat mak + ayah..
 
 
 
 


antara menu dan hidangan kami sekeluarga semalam
 
 



sronok irfan dapat main dengan sepupu2 yang sebaya dengan dia..
bila semua dah balik, sunyi la irfan.. mula la main sorang2.. sian irfan..
ngatkan nak tido awal sebab dah xdak teman nak bermain tp rupa2nya kul 12 lbh juga baru irfan nak tido..penat mama tunggu irfan..hehehe