Jumaat, 11 September 2015

^^ pengalaman bersalin anak kedua ^^

 
dah lama cemah tak jenguk blog cemah nie..
xsempat cemah nak mengupdatenya sebab dah bertambah tugas lagi kan..
sejak bersalin anak kedua ni, cemah sibuk skit sebab bukannya melayan krenah si adik baby, tapi krenah si abg tu yang masih belum dapat menerima sepenuhnya lagi hakikat yang dia dah jadi abg..
mungkin dia tak bleh nak terima kasihnya perlu di bahagi kepada si adiknya..
 
ok.. ni nak crita skit kisah si abgnya pada hari pertama dia nampak mamanya memegang dan memeluk orang lain selain dari dia..
 
pengalaman cemah bersalin kali ni berbeza skit dari abgnya sebab yang si adik ni keluar ikut pintu tak macam abgnya yang keluar ikut tingkap.. walaupun berbeza tapi ada satu ja yang sama iaitu kedua-keduanya suka duduk lama dalam perut mama dia tu.. kedua-duanya dilahirkan pada tarikh yang melebihi dari jangkaan yang ditetapkan..abgnya lebih seminggu dan adiknya lebih 4 hari.. awal skit ja dari abgnya..

pengalaman kali ni lain skit sebab ada rasa sakit skit sebelum betul2 sakit tu.. 2 hari sebelum cemah warded tu ada lendiran warna coklat.. cemah pergi checkup kat klinik katanya tu dah salah satu tanda dah tu.. nurse tu ckp klu masih keluar lagi lendiran tu sehingga petang haaa jgn tunggu dah terus la p hospital.. tp cemah check dah xkluar dah lendiran tu.. cemah pun relaks je la..

dua hari selepas tanda lendiran tu, tiba2 bangun pagi tu cemah dah terasa sakit2.. tp skit2 je la, cemah bgtau mak, dia cakap lebih baik pergi hospital tapi cemah bleh duk relaks lagi, siap pergi pasar lagi.. sempat la melantak murtabak dulu sblm pergi hspital tu.. tapi waktu dekat pasar tu memang rasa sakit kerap la juga..

selesai makan semua cemah pun siap2 nk p hospital.. kesian plak nak tinggalkan abg irfan..dia seolah2 mcm tahu je yang mama dia nak tinggalkan dia.. terpaksa tipu dia cakap mama nak pergi klinik, kejap ja nnt mama balik na.. xsempat cemah dengan en.suami keluar, abg irfan nampak mamanya keluar.. menangis, meraung.. sedih dan sayu pula rasa dalam hati ni.. tapi cemah kena tinggalkan abg irfan juga.. nnt mama bawa balik hadiah adik kat abg yer..

sampai je hospital, doktor check jantung baby.. waktu tu xrasa la plak kontraksinya padahal kat rumah tadi kerap sangat rasa.. dia nak main acah2 ja kot..tapi waktu doktor check bukaan tu dah 1cm.. sepatutnya cemah xkena tahan wad, tapi ntah mcm mana doktor suruh cemah masuk wad... mmm apa lagi tukar uniform je la..

ok... hbs dah bahagian 1

kita sambung bahagian 2 pula yer..
 


Rabu, 8 April 2015

^^ dah masuk 36 Minggu ^^

 
Assalamualaikum kawan2..
 
kandungan cemah dah masuk 36 minggu..
xlama lagi adik baby akan keluar melihat dunia..



mama pun xsabar nak tengok anak mama nie..
tapi pengalaman mengandung kali kedua ni cemah rasa lain sangat, cemah rasa adik baby aktif sangat kalau nak bandingkan dengan abg irfan.. doa dan harapan mama moga mama dapat melahirkan sayang dengan selamat dan adik baby dilahirkan sihat.. moga dapat membesar dan sihat mcm abg irfan.. nanti boleh main dengan abg irfan..

esok cemah ada temujanji dengan klinik sebab hb cemah masih belum stabil.. xtahu la esoknya resultnya mcm mana, harap2 ianya tidak mengecewakan... keesokannya plak pada 10 April cemah ada temujanji dengan Pakar O & G plak.. mayb doktor nak tengok kandungan cemah kali ni samada cemah boleh bersalin normal atau pun masih juga mcm abg irfan dulu..

tapi kan..
cemah mengandung kali ni cemah rasa cemah agak kuat skit.. kalau dulu kandungan dah masuk 8-9 bulan tu cemah dah xdrive dah.. cemah suruh en.suami hantar dah.. tp kali ni dah masuk 9 bulan pun cemah masih kuat lagi dan boleh drive lagi ke opis..xtahu la mampu sampai bila.. harap2 cemah kuat la kan..

semoga mama cemah kuat..
kawan2 doakan cemah yer..

walaupun dalam keadaan mcm ni, cemah still maintain tau..
still dengan biz Powergold

kawan2 yang berminat boleh pm cemah yer...
nanti cemah story lebih lanjut lagi yer..

012-5666474
www.lubukemasmurah.com/emaarichgold
 

Jumaat, 3 April 2015

^^ Kegunaan DInar ^^

 
Bagi penggemar DINAR..
 
 
Sebelum ingin membeli dinar, ingin cemah kongsikan kelebihan dinar emas 999.9..
 
 
Antara kelebihannya adalah :
 
ianya boleh digunakan untuk muamalat dan ibadah aqiqah
 
boleh juga dijadikan sebagai hantaran dan mas kahwin
 
sebagai cenderamata dan hadiah kepada yang tersayang
 
boleh disimpan untuk pergi haji atau umrah
 
untuk tabungan/simpanan
 
 
-----------------------------------------------------------------------
 
 
berat standard dinar adalah 4.25 gram
 
jom !! kita mulakan menyimpan dan mengumpul dinar plak..
banyak kelebihan dan kegunaan rupanya..
 
 
kalau simpan duit, mesti habis duit tue..
tapi klu kita simpan dinar atau emas pasti menguntungkan..
 
 

suku dinar
 
1 dinar
 
pm/whatsapp cemah 012-5666474



 
 



Selasa, 17 Februari 2015

^^ Nilai Duit ^^

 
Nilai duit ..
 
 
Duit ... tak boleh bawa mati tapi tak ada duit rasa nak mati
Duit ... tak boleh beli kasih sayang tapi kasih sayang boleh hilang bila tak ada duit
Duit ... tak boleh beli tidur tapi tak ada duit tidur pun tak lena
Duit ... tak boleh beli kesihatan tapi untuk sihat perlukan duit
Duit ... tak boleh beli kebijaksanaan tapi untuk dapatkan ilmu perlukan duit
Duit ... orang bodoh nampak cerdik bila ada duit tapi org cerdik nampak bodoh bila tak ada duit
Duit ... bukan segalanya tapi segalanya perlukan duit..
 
 
D - don't
U - use
I - intelligence
T - the wrong way
 
 
Kata-kata orang bijak pandai, jika :
 
ingin bahagia - sembahyang awal waktu
ingin sihat - berpuasa
ingin dipermudahkan urusan - bacalah al-quran
ingin wajah berseri -jaga sembahyang tahjud
ingin kaya -sembahyang Dhuha
dihimpit masalah - beristigfarlah
berdukacita - berdoalah
mahukan keberkatan - berselawatlah
 
Yang membaca, tak untung
Yang bercakap, pun tak untung
Yang mendengar, pun tak untung
Yang untung, orang yang mempraktikkannya, insyaallah..
 
sekadar perkongsian..
 
^^ Cemah ^^


Isnin, 19 Januari 2015

^^ Kandunganku 25 Minggu ^^

 
Assalamualaikum dan selamat petang..
 
pejam celik pejam celik dah 25 minggu usia kandungan cemah..
sat je rasa kan.. aritu baru ja update kandungan baru 14 mggu, kini dah masuk 25 mggu sudah..
tinggal lebih kurang 11 - 12 minggu lagi nak sampai ke 36 mggu..
tp klu pengalaman cemah melahirkan abg irfan dulu, cemah overdue.. lebih daripada jangka, ikutkan kena bersalin pada 8 Disember 2011 tapi abg Irfan xmau keluar lagi sampai la tarikh 17 Disember 2011, abg Irfan dipaksa keluar.. xtau la adik baby kali ni mcm mana plak..
 
pagi tadi cemah kena jumpa PZM (Peg. Zat Makanan) - sebabnya paras hb cemah rendah still 10 lbh, xnaik2 juga.. kemudian satu lagi masalah cemah pregnant kali ni, berat cemah naik melebihi paras yang ditetapkan, sepatutnya dalam sebulan hanya 2 kg saja kenaikan yang perlu selepas daripada kandungan usia 5 bln tp cemah dah naik 3kg setengah.. sebabkan masalah tu, cemah kena pergi klinik selang sehari dalam tempoh seminggu untuk check tekanan darah.. yang cemah tahu cemah ni darah rendah.. tp memang pun, semalam chek pun rendah pagi ni check pun naik skit je dari semalam..
 
masa mengandungkan abg Irfan dulu cemah cuma alami masalah hb rendah ja, tp setelah cemah amik iberet, disaat akhir tu paras hb naik dan last skali check klu tak silap cemah 12.2 kot paras hb waktu tu.. kira ok la dah lebih daripada 11kan..harap2 kali ni pun macam tu juga la..
skarang memang cemah ambil iberet la.. tunggu hasilnya mcm mana 28 Januari ni nak kena check pula..
 
harapan mama, moga anak mama dapat dilahirkan nanti dalam keadaan sihat dan tiada masalah apa2.. insyaallah, amin...
 
 
 

Rabu, 7 Januari 2015

^^ pagi yang indah ^^

 
 


Selamat pagi semua...
mula kan hari anda dengan Bismillahirahmanirahim...

Coretan pertama cemah di Tahun 2015
^^ permulaan di tahun 2015^^
 rasanya belum terlewat untuk cemah ucapkan " Selamat Tahun Baru " buat semua kawan2 blogger..
 
pagi ni cemah awal sangat sampai opis, soooo sempat la cemah nak mengupdate cemah punya blog nie.. bukan apa, arini cemah tak hantar abg irfan ke sekolah.. arini abg irfan pergi sekolah dengan abah dia.. tak la kalut sgt kan cemah pagi ni..kalau hari2 lain, kelam kabut juga la sebab kejar masa kan.. semua ni dah tanggungjawab..kena laksanakan tanggungjawab dan amanah Allah itu dengan sebaiknya..
 
tapi semalam, apa yang tak kena pun xtau dengan abg irfan.. mengamuk di tengah2 malam, dah la abahnya kerja tinggal la mamanya sorang ni nak menguruskan irfan.. jenuh juga melayan dengan karenahnya.. si mamanya plak ni mengantuk sangat, bangun p dapur pastu bancuh sebotol susu.. haaa kena yang tue, terus tido... boleh la mama sambung tido balik.. mungkin sebab tu abg irfan liat sikit nak bangun pagi ni kot..
 
seronok rupanya bila sampai opis awal nie..
rasa relaks je bila duduk kat meja tue, kepala pun xstress sgt.. bukan apa sebab bukan waktu bekerja lagi kan.. boleh rehatkan minda sat, bila dah wat kerja nak kena pikir keja dah..
 
ok, Jom mula tugas utk hari ni..
 
Sentiasa positifkan diri, fikir yang baik2 walaupun kadang kala serabut juga..
masalah tetap ada walau macammana kita lari sekalipun..
so hadapinya dengan baik..
 
^^ jom kita jana income dengan emas ^^
^^ jom kita simpan duit dalam bentuk emas^^
^^ tak rugi menyimpan emas sebab emas makin hari makin tinggi nilainya^^
 
 
cemah ( 012-5666474 )