Jumaat, 11 September 2015

^^ pengalaman bersalin anak kedua ^^

 
dah lama cemah tak jenguk blog cemah nie..
xsempat cemah nak mengupdatenya sebab dah bertambah tugas lagi kan..
sejak bersalin anak kedua ni, cemah sibuk skit sebab bukannya melayan krenah si adik baby, tapi krenah si abg tu yang masih belum dapat menerima sepenuhnya lagi hakikat yang dia dah jadi abg..
mungkin dia tak bleh nak terima kasihnya perlu di bahagi kepada si adiknya..
 
ok.. ni nak crita skit kisah si abgnya pada hari pertama dia nampak mamanya memegang dan memeluk orang lain selain dari dia..
 
pengalaman cemah bersalin kali ni berbeza skit dari abgnya sebab yang si adik ni keluar ikut pintu tak macam abgnya yang keluar ikut tingkap.. walaupun berbeza tapi ada satu ja yang sama iaitu kedua-keduanya suka duduk lama dalam perut mama dia tu.. kedua-duanya dilahirkan pada tarikh yang melebihi dari jangkaan yang ditetapkan..abgnya lebih seminggu dan adiknya lebih 4 hari.. awal skit ja dari abgnya..

pengalaman kali ni lain skit sebab ada rasa sakit skit sebelum betul2 sakit tu.. 2 hari sebelum cemah warded tu ada lendiran warna coklat.. cemah pergi checkup kat klinik katanya tu dah salah satu tanda dah tu.. nurse tu ckp klu masih keluar lagi lendiran tu sehingga petang haaa jgn tunggu dah terus la p hospital.. tp cemah check dah xkluar dah lendiran tu.. cemah pun relaks je la..

dua hari selepas tanda lendiran tu, tiba2 bangun pagi tu cemah dah terasa sakit2.. tp skit2 je la, cemah bgtau mak, dia cakap lebih baik pergi hospital tapi cemah bleh duk relaks lagi, siap pergi pasar lagi.. sempat la melantak murtabak dulu sblm pergi hspital tu.. tapi waktu dekat pasar tu memang rasa sakit kerap la juga..

selesai makan semua cemah pun siap2 nk p hospital.. kesian plak nak tinggalkan abg irfan..dia seolah2 mcm tahu je yang mama dia nak tinggalkan dia.. terpaksa tipu dia cakap mama nak pergi klinik, kejap ja nnt mama balik na.. xsempat cemah dengan en.suami keluar, abg irfan nampak mamanya keluar.. menangis, meraung.. sedih dan sayu pula rasa dalam hati ni.. tapi cemah kena tinggalkan abg irfan juga.. nnt mama bawa balik hadiah adik kat abg yer..

sampai je hospital, doktor check jantung baby.. waktu tu xrasa la plak kontraksinya padahal kat rumah tadi kerap sangat rasa.. dia nak main acah2 ja kot..tapi waktu doktor check bukaan tu dah 1cm.. sepatutnya cemah xkena tahan wad, tapi ntah mcm mana doktor suruh cemah masuk wad... mmm apa lagi tukar uniform je la..

ok... hbs dah bahagian 1

kita sambung bahagian 2 pula yer..