Rabu, 30 November 2016

" Nov Berlalu Pergi "

 
 ~ Nov 2016 ~
 
November kali ini memberikan seribu makna buat cemah..
ye la banyak sangat kenangan terindah buat cemah tahun ni.. nak tau dak apadia ???
 
Pertamanya dah semestinya la birthday cemah bulan ni.. Tarikh yang sama juga cemah dapat tawaran utk buat rumah.. Alhamdulillah walaupun rumah kecil ja tapi syukur dengan semua pemberianNya.. Ketiganya majlis Konvokesyen cemah.. Alhamdulillah, akhirmya setelah 5 tahun berjuang, berkorbang, terkorban dan sebagainya cemah dapat juga menghabiskan pengajian cemah dan dapat juga memegang segulung ijazah.. Seminggu lepas tu plak, majlis konvokesyen abg irfan plak.. xpa la walaupun tiap2 tahun dia konvo, mamanya tetap seronok dan gembira bila dapat tengok anak naik pentas terima sijil kan.. agaknya mcm tu la besarnya harapan seorang ibu untuk anak-anaknya kan.. mmm bila dah jadi ibu ni baru la rasa semua ni kan, macam tu la harapan mak cemah pada cemah..
Tapi apapun cemah dah tunaikan impian mak ayah dan dapat capai impian cemah utk sampai ke menara gading walaupun lambat dari kawan-kawan yang lain.. Terima kasih terutamanya pada mak dan ayah yang banyak membantu cemah jaga anak-anak cemah, en. suami dan adik beradik cemah yang selalu ulang alik pergi hantar cemah ke kelas.. Kawan2 juga yang banyak membantu.. Pendek cerita semua2 la yang terlibat sepanjang cemah belajar dulu..
 
 
cemah saaaayang hampa semua..
 
 

Selasa, 12 Julai 2016

~ Salam Aidilfitri ~

 




Salam Aidilfitri
 
 
Dah lama rasanya cemah tak bersiaran kan.. mesti dah berhabuk bersawang bagai dah..

ntah pasai pa, tak berkesempatan cemah nak update blog cemah yang dah bersawang nie.. apa2 pun cemah sempena bulan yang mulia ini, cemah nak ucapkan " Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Batin "


ok, nnt cemah bersiaran lagi..
Bye..