Rabu, 29 Januari 2020

Save The Date... ^ Bukit Mok Cun ^


26 Januari 2020

Hiking at Bukit Mokcun, Kodiang Kedah

story terbaru..

Kak Cem sekarang baru berjinak2 dengan aktiviti mendaki bukit.. 
Ntah la, jadi seronok plak dgn aktiviti mcm ni..
paling terbaru adalah Mendaki Bukit Mok Cun yang terletak di Kodiang, Kedah.

Perjalanan tak la mengambil masa yang lama sebab dekat je dengan umah Kak Cem.. Kami berkumpul di pekan Kodiang dalam jam 7.00 pagi..
Kemudian terus ke Bukit Mok Cun.. 
ni kiranya bukit kedua Kak Cem naik..
First aritu Kak Cem & the geng naik Bukit TokDun.. tak per, yang tu nanti Kak Cem story noh..

sebelum naik tu mesti lah buat regangan skit, tak la terkejut sangat kan urat2 tu.. pastu lebih kurang pukul 8.00 pagi camtu la kami bergerak naik.. 
wow, untuk first time mcm Kak Cem ni rasa mcm mencabar juga la nak sampai ke atas tu... aduhhh penat juga, gayat pun gayat juga...tp best sangat..
memang satu pengalaman yang indah bagi Kak Cem.. Awal tu fikir juga la.. dah naik neh mcm mana plak la nak turun kan.. tp bila dah boleh sampai ke atas puncak tu, bestnya.. indahnya pemandangan dari atas... Dapat lihat keindahan sawah padi dari atas mmg cantik... Lupa la sat tentang nak turun tu.. padahal tadi ni duk fikir mcm2 dah.. Hihi..

Selesai menikmati keindahan tu, baru la nak turun bawah... Haaa sudah, cabaran untuk turun plak..mmg gayat.. tp cabar juga diri.. Dan akhirnya bila dah dapat sampai ke bawah tu.. terasa sgt kepuasannya tu.. seronoknya Rasa.. satu pengalaman baru untuk Kak Cem...

Terima kasih utk kawan2.. anda semua mmg terbaik..
Satu team yg sangat bekerjasama.. Tak kira siapa pun, semua dibantu.. Semuanya saling tolong-menolong.. macam tu la baru dikatakan 1 team..
Terbaik la semua..👍👍

Ok Jom Kita layan gambar2 nya plak...