Rabu, 26 Mac 2014

.. Dating with Cik P.A ..


dah lama cemah xdating dgn cik P.A
akhirnya arini tercapai juga hasrat kami..
lunch time kami kluar dating berdua..
bila dah jumpa dah tentu banyak cerita nak dikongsi..
 
teringat zaman sekolah2 dulu la..
mcm2 kami kongsi..
seronok tau..
 
thank cik P.A..  (serojatiara.blogspot.com)
 
nanti kita dating lagi..

Khamis, 20 Mac 2014

.. Alhamdulillah..

 
 


Alhamdulillah, syukur ke hadratmu..
 
Result untuk semester 6 dah kluar kemarin..
Alhamdulillah, cemah lulus semuanya..
Berkat usaha dan kerjasama kwn2 ( study group ) * memang terbaik la semua *
 
ni la kawan-kawan cemah..
TQ u'all
 




 
 




cuba teka mana satu kaki cemah ..
hehe...
 
 

Khamis, 13 Februari 2014

Muda ReMajA

Suka cemah dengan tajuk story cemah nie..
* cewwahh perasan betul la cemah nie *
bukan apa sebab cemah suka sangat dengan ESP ni..


ni cemah nak cerita pengalaman cemah sendiri sejak menggunakan produk Shaklee ni..
dulu juz tgk jer kawan-kawan try ESP nie.. waktu tu xterdetik skit pun nak mencuba..
ntah kenapa sejak cemah dah masuk umur angka 3 ni, terfikir untuk mengambil suplement tambahan untuk tubuh badan.. al maklum lah, terasa mcm diri ini sudah tua.. klu dulu angka 2 tu duk prasan la muda lagi.. walaupun org ckp muka cemah ni awet muda tp cemah tetap nak maintain supaya dalaman pun tetap nampak muda selain daripada bekalan hati dan nurani yang bersih... hehehe perasan plak cemah nie..
 
ni la rahsia cemah..
 
 
 
 
 
klu ada pembaca blog cemah ni nak cuba ESP Shaklee ni,
boleh la contact cemah di 012-5666474
cemah boleh kasi harga baik punya..
 

Isnin, 10 Februari 2014

minggu exam...

Cemah skang sdg bercuti sbb cemah skang tgh hadapi final exam...
Terasa berat juga la bila dah kawin, dah ada anak pastu nk bahagikan masa untuk study lagi, untuk fmly lagi... perit juga la...

Dah bermlm2 cemah tido lewat, yer la time tu je la cemah nk study pun..itupun kena bg irfan tido dulu..klu dia xtido, susah skit la nak tumpukan perhatian.. bila dia dah tido, baru lah cemah buka meja untuk ulangkaji... berat cabaran dan rintangan perlu hadapi bila study sambil bekerja ni... perasaan tu xpyh ckp la, sesiapa yg berada di situasi cemah pastinya dia tahu...kdg2 tu terkeluar juga air mata ni sbb xkuat nk hadapi semua ni, tp demi impian dan cita2 cemah.. kuatkan juga walaupun perit, siang dah kerja, mlm plak baru nk boleh study.. tmbh2 komitmen sbg seorang ibu dan isteri pula.. semuanya kena balance, alhamdulillah en.suami memahami...

Teringat kembali sewaktu cemah mula2 register untuk sambung study...taklimat pengenalan tu, penceramah tu ckp bila study sambil kerja ni mesti akan ada yg terkorban dan ada yg berkorban... awal2 dulu cemah xfhm, bila dah rasai baru cemah fhm..maksudnya ada yg terkorban adalah suami, anak dan fmly cemah adalah mereka2 yg terkorban dan cemah pula terpaksa berkorban dr segi masa cemah, tenaga cemah, mental dan fizikal cemah dan byk lagi la yg perlu berkorban...

Bila fikirkan balik, terasa menyesal dulu2 xmau blajar rajin2, dpt ijazah dulu.. pastu baru berumahtangga, tp apa boleh cemah buat... dah semua ketentuan Allah tetapkan...mungkin dah tertulis perjalanan dan cerita cemah mcm gini kan.. tp sebenarnya bagus juga.... Allah tu sebenarmya nak uji tahap kesabaran, keimanan setiap hamba2nya.. setiap orang pastinya akan mempunyai pengalaman yg berbeza2... ada yg manis ada yg pahit,semua tu adalah asam garam kehidupan.. ceewahh berleter panjang plak cemah ni.. ok la nk sambung ulangkaji la, td ni berat sgt otak ni nk terima so cemah update la blog kejap... rehatkan otak sat... jom nk sambung plak la, pastu nk zzzz...  ada 3 paper lg menunggu ni..


Rabu, 15 Januari 2014

Mula Jatuh Hati Dengan Shaklee

salam..
dah lama nak buka crita tentang produk Shaklee ni, tapi xberkesempatan lagi so... malam ni cemah curi juga masa nak story ttg produk shaklee ni sebab cemah dah jatuh cinta dengannya..

permulaan cemah dengan produk Mealshakes.. 
susah hati bila tgk irfan kurang selera makan, dah la tu di usia dia sepatutnya berat semakin bertambah kan, ni bila p klinik jer, misi ckp skit je lagi nak masuk line kuning sbb klu umur dia, selalunya kena meningkat, ni menurun plak...sbg ibu, susah hati bila anak xnaik berat badannya, pastu bila tgk anak orang lain plak, bam2 jer.. anak cemah kecik ja.. tp alhamdulillah la irfan sihat walafiat walaupun berat xnaik.. mayb irfan aktif, walaupun kdg2 bila cemah fikir mcm tu ok la, tp tetap risau bila berat irfan xnaik.. dah la xselera makan, susu pun klu cemah wat 6oz, juz 2oz ja yang dia minum... klu ibu-ibu lain mcm mana perasaan rasa waktu tu..

sebagai usaha, cemah pun cuba la Mealshake.. alhamdulillah, lps 2-3 hari selepas tu..susu yang cemah buatkan untuk irfan hbs je setiap kali cemah bancuh, licin... senang hati cemah tgk.. irfan juga kerap mintak susu, maksudnya selera dia dah bertambah la tu, nasi tu still kurengs lagi.. ( waktu permulaan tu ) tp skang, nasi pun dah banyak mulut dia makan... sukanya hati cemah, rasa terus jatuh hati dan berkenan dengan produk Shaklee ni... 

ok, ni cemah share skit ttg Mealshakes..





nutrien yang terkandung dalam Mealshakes


untuk anak dah settle, mama dia pun nak cuba juga la.. so mama plak amik ESP untuk beri tenaga selain mendapat faedah lain, nak tahu apa faedah ESP.. nanti cemah story ttg ESP plak yer..

ok, klu sesapa nak tahu lagi tentang Mealshakes atau berminat nak cuba..
boleh la sms cemah 

012-5666474


Selasa, 7 Januari 2014

empat hari sudah...

 empat hari sudah Irfan ke sekolah..

hari pertama
  • mama dgn abah amik cuti sebab hari pertama nak hantar anak ke taska, mesti risau dan bimbang klu anak xdpt nak sesuaikan diri di tempat baru
  • keciwi juga mama ngan abah ni sebab kali pertama nak hantar anak kan..
  • awal tu irfan terkejut juga la sebab tgk ramai kawan2 seusia dia.. dia pun sronok ja main sampai xsedar mama ngan abah dah tinggalkan dia..
  • bila dia sedar jer terus menangis, sayu juga hati mama dan abah ni bila dengar dia menangis.. mama ngan abah juz boleh tgk dr luar ja..
  • seronok ja bila time mama ngan abah p amik dia.. senyum lebar

hari kedua

  • hari kedua mama pergi dgn tok untuk hantar irfan.. mama masih bercuti, ok la lagi..
  • sepanjang perjalanan irfan ok ja.. good boy !!!
  • sampai je kawasan nak masuk taska, tiba2 irfan mengeluh ( nafas besar ).. agaknya dia dah dapat rasa yang dia nak kena tinggal mcm kemarin juga..
  • ok ja rini, dia masuk main dengan kawan2.. 
  • tup2 dalam keasyikan bermain, agaknya terperasan la kot mama ngan tok ada kat luar.. dah jalan nak ke kereta dah..
  • apalagi terus bunyi la.. menjerit-jerit pangil ' mama, mama...'
  • sayu rasa hati tapi mama kena kuat juga sebab mama nak ajar supaya irfan boleh berdikari sendiri..
  • tok pula nampak mcm dah nak mengalir air mata dah sebab xtahan dengar suara cucu dia menangis, ye la.. hari2 bersama dia, tiba-tiba dah nak kena bg orang lain plak jaga..
  • tok pula yang risau lebih.. mama pun memang la risau juga, tapi tawakkal je la, serah semuanya kepada Allah.. 

hari ketiga

  • hari ni mama dah start keja, berbeza skit la rutin harian mama mulai hari ni sbb dah nak kena bangun lagi awal dari biasa, pastu siapkan irfan.. hantarkan irfan..
  • hari ni irfan dah tahu yang mama akan tinggalkan dia lagi, sampai je kawasan taska terus menangis.. padahal dlm perjalanan tu ok je duk layan cd kat dalam kreta..
  • dah sampai taska, irfan xmau kluar plak dari kreta.. terpaksa la mama pujuk, ckp nak men belon la, nak main papan lungsur la.. mcm2 la.. mujur irfan budak pandai, fhm ckp mama.. dia pun ikut la mama masuk..
  • hari ni dia tahu mama nak tinggal lagi, so dia ajak mama main skali permainan yang ada kat situ.. so nak bg irfan layanz ja mainan tu, terpaksa la mama main skali..
  • sampai dia nampak mcm asyik sgt main, mama pun senyap2 kluar dari taska..
  • ok, mama xlewat.. sampai opish macam biasa.
  • time balik terkejar2 juga la.. risau sebab takut nnt irfan duduk sorang plak, kwn2 dia semuanya dah balik.. ( rini first hntr dan ambil irfan - mamanya kerja )

hari keempat

  • hari ini pun irfan xmau turun dr kreta juga.. pujuk la lagi..
  • bila dah turun n dah masuk dalam, dia suruh mama duduk dengan dia.. siap dia duduk atas riba lagi  sambil menangis2, pujuk dengan mainan pun xmakan saman* maksudnya dia xmau mama dia tinggalkan dia lagi* kemarin kan dah kena tipu..
  • sian plak kat irfan..
  • tp mama kena tinggalkan juga sebab kena pergi keja sayang.. dengan berat hati mama melangkah juga tinggalkan irfan yang menangis, menjerit2 panggil mama
  • sabar ya sayang, semua ni proses pembelajaran untuk irfan supaya irfan boleh biasakan dgn org luar dan boleh berdikari sendiri.
  • xtau la mcm mana plak esok.. apa la helah mama nak kena wat plak..

* harapan mama moga irfan cepat belajar dan memahami keadaan dan dapat menyesuaikan diri dengan kawan-kawan kat situ *


Rabu, 1 Januari 2014

Tahun Baru, Azam Baru

 
 

 
 
 
2014 dah..
 
bermula la episod baru dan kisah baru yang bakal ditempuhi..
usia juga dah berubah dari angka 2 ke angka 3...
* dah xboleh nak prasan muda lagi dah*
tahun baru semestinya semua punyai azam baru, mcm tu juga la cemah.. harapan dan azam cemah moga apa yang diimpikan dapat dicapai.. ( rasaya semua impikan benda yang sama kan..) hehehe sebenarnya xdak pa sangat pun cemah nak tulis.. sebab tu melalut ntah apa2 nie..
 
apa2 pun, cemah ucapkan "Selamat Tahun Baru" untuk semua...