Isnin, 10 Jun 2013

.. Jun 2013 dah ..


kejap ja masa berlalu, teringat lagi tahun lepas bulan Jun la time tu cemah baru saja check in hotel kat KL untuk hadiri satu kursus anjuran jabatan.. masa tgh tunggu nak dapatkan kunci bilik, kwn kat opis tipon.. kwn cemah bgtau yang cemah dapat surat daripada JPA berhubung dengan permohonan pertukaran cemah.. sronok juga dengar berita tu sebab memang yang tu yang ditunggu2kan oleh cemah, tp pada masa yang sama cemah rasa sedih plak sebab terpaksa meninggalkan sahabat2 cemah nnt.. cemah bagitau mreka, " pasai pa bgtau awal sgt, tunggu la kak cemah balik opis dulu, kang dah xsronok nak berkursus pun " dan xsangka tu la kursus terakhir yang cemah akan hadiri bersama jabatan ni.. HUHUHU...
 
mungkin telah ditakdirkan kursus tersebut merupakan kursus terakhir cemah, makanan kat hotel tu sedap2 la..trasa mewah la sekejap.. mayb hotel tu 4star kot.. slalu kursus ni jarang la skit kementerian or jabatan nak wat kat hotel mewah2 kan.. tp bagi cemah makanan kat situ mewah2 la.. xtahu la bg orang lain yang selalu makan makanan mewah2 kan.. mungkin ketentuannya nak bg cemah rasai kenangan yang indah2 sebelum cemah meninggalkan jabatan tu.. kwn2 satu kursus dgn cemah pun kata " ala, baru ja nak kenal cemah, cemah dah nak pergi ".. nak wat camna kan dah tu pilihan cemah..terpaksa akur la.. tp cemah still boleh wat pilihan lagi..
 
balik je dari kursus, masuk je opis.. kwn2 cemah terus tunjukkan surat pertukaran tersebut.. senyum tp dalam hati sedih sebab nak tgglkan kwn2 dan bos yang amat spoting tu.. dulu time cemah minta tukar tu memang agak tegang skit la suasananya tp masa tu bos baru ni xdtg lagi.. bila dah rasa serasi dgn bos baru ni, dapat pula surat tukar.. confius juga la samada nak bertukar ataupun tidak sebab time tu cemah dah pening..dan akhirnya cemah wat keputusan cemah bertukar juga untuk cari pengalaman dan suasana  kerja yang lain plak..
 
sedar x sedar  dah hampir setahun cemah berada di tempat baru yang dah xbaru ni..walaupun dah hampir setahun, namun cemah masih dalam tempoh mempelajari suasana dan tempat baru yang banyak berbeza dari tempat cemah dulu..dan cemah masih merindui kwn2 cemah kat opis lama dulu..
 
I miss u all..
 
 
 
ada waktu seronok, ada waktu xseronok.. adat la tu kan, kat mana pun sama ja.. yang penting pengalaman... dah 3 tempat cemah keja, dan cemah banyak belajar daripada semua pengalaman cemah tue..

Khamis, 30 Mei 2013

.. stress ..

cemah agak stress skit rini..



mayb dari awal lagi kot cemah dah set minda cemah untuk stress sebab tu cemah rasa stress..
dari semalam lagi cemah duk fikirkan ttg meeting pagi ni..rasa mls nak masuk meeting sebabnya cemah kena amik minit mesyuarat.. bosan betul la klu kena amik minit ni, sebabnya yg melalut tu banyak dari yg nak dibincangkan..

meeting start kul 9 pagi, cemah sangkakan nak hbs dalam kul 11 mcm tu la.. tup2 kul 1 baru hbs meeting, x ke bengong cemah kat dalam tu, dah la dengan perut kosong..berbunyi irama mcm2 dah kat dalam perut tu.. sabor je la..

ntah kenapa cemah rasa stress sgt lepas meeting tu, mayb cemah banyak fikir sgt kot... dengan esemen yang masih xsiap2 lagi, dengan nak interbiu lagi la... ohh rasa poning sat, rasa hbs ja interbiu nnt mayb ringan skit bebanan fikiran cemah nanti.. terbawa2 hingga ke opis plak..
cemah rasa cemah kena bijak atasi stress ni so cemah amik inisiatif untuk ronda2 utk hilangkan rasa stress tue..cemah pun kluar la amik angin, ronda2 tgk baju ( window shoping ),... ngat nak ajak cik P.A dating skali, tp cik P.A ada hal plak so cemah ronda sorang2 la,
HAA.. lega rasanya bila dah jalan2 cuci mata..
skang cemah dah rasa lega skit, hilang dah skit..

 
xelok stress lama2 kan, xelok untuk kesihatan
always smile !!!

Rabu, 22 Mei 2013

.. Interview oh interview ..

dah lama rasanya xpost apa2 entry kat blog ni.. cemah xdak idea nak di kongsi bersama kawan2 semua..
 
ok, disini cemah nak kongsi skit berita gembira cemah...
 
 
cemah dipanggil untuk interview jawatan yang sama dengan Kak Siti @  Sifu cemah 11 jun nnt.. memang cemah berharap sangat dapat mengikut jejak sifu cemah.. tetapi cemah xboleh menaruh harapan yang terlalu tinggi sebab andaikata cemah gagal, nanti cemah frust menonggeng plak.. so skang cemah hanya mampu berusaha dan berdoa moga cemah dapat wat yang terbaik pada sesi temuduga nanti..
 
dengar katanya ramai yang dipanggil untuk temuduga SPA untuk post EO ni, saingan sengit.. tapi xtahu la berapa kekosongan yang ada..
kalau cemah dapat sronok la, tetapi jika sebaliknya cemah redha..
mungkin bukan rezeki cemah lagi kan..
 
skang ni cemah sedang berusaha untuk dapatkan tip2 temuduga,bukan cemah xpernah hadir temuduga tapi untuk penambahbaikan saja..
 
gemuruhnya...
 
org perlis ckp.. " ketaq oiii " 
 
 
^^ doakan yang terbaik wat cemah ^^ 

Jumaat, 5 April 2013

.. semester lima dah bermula ..

poning cemah sem nie... ntah jadi mcm mana pun xtau sampai xtahu nak ambik subjek apa... byk perkara yg perlu cemah fikirkan...serabut juga cemah..

ptg td cemah dah register utk semester 5... sat je rasanya dah masuk sem 5... so, semakin byk semesternya semakin beratlah subjek2nya...dan pastinya tentu killer2 punya..sebab tu yg cemah jd mcm ni... cemah dah serabut nak ambil brapa subjek... kwn2 cemah majoriti amik 5 subjek ( 15 jam kredit )... cemah plak cuma amik 4 subjek ja ( 12 jam kredit )... teringin nak ikut depa... tp cemah rasa mcm xmampu nk bg komitmen sepenuhnya memandangkan byk lg komitmen lain yg cemah perlu hadapi..tadi, cemah berbincang dgn en.suami.. katanya wat la ikut kemampuan kita sendiri, xpyh nak ikut2kan orang... nnt diri sendiri yg akan rasa teruk,,, watnya cemah stress ke nnt,,, mana nak tau kan.. tp sedaya upaya yg boleh, cemah akan bahagikan masa cemah dgn sebaiknya..dan cemah akan wat yang terbaik...insyaallah..

esok pagi, kelas cemah akan bermula dah, n then start to do the esemen...
gud luck cemah ( sokongan utk diri sendiri )

Selasa, 2 April 2013

.. Mutiara Kata Hari Ini ..


setiap pagi di opis cemah, ada bacaan doa dan mutiara kata so
pagi ni tiba la giliran cemah yang membaca mutiara kata..
ketaq tu tetap ada walaupun xseteruk mana pun.. tapi bila dah kena pegang microfon dan bercakap di hadapan semua orang pastinya perasaan gemuruh tu tetap ada.. xtau la nak buang prasaan tu mcm mana.. walaupun ketaq, cemah cuba juga..
 
ok, ni mutiara kata cemah pada hari ini....
 
Tidak semua orang bertuah
Tidak semua orang memiliki apa yang dikehendakinya
Mungkin apa yang menjadi milik kita tidak secantik atau seindah milik orang lain
Namun sekiranya kita bersyukur dan tahu menghargai
Percaya lah, mungkin itulah anugerah yang terindah buat kita..
 
sama-sama kita renungkan...

Khamis, 28 Mac 2013

.. Oh My Class ..

 
kelas nak start dah..
 
hbs dah percutian cemah utk sebulan,
mggu depan dah nak start kelas dah untuk semester 5
dah hbs dah otak cemah bleh relax dan xfikirkan tentang buku..
rasa lagi mencabar ni ditambah lagi dgn tugas2 pejabat yang kian bertambah..
 
harap cemah diberi kekuatan untuk menghabiskan pengajian cemah..
 
 


Selasa, 26 Mac 2013

.. Ada Perbezaan x? ..


APA PANDANGAN KORANG SEMUA KAT GMBR NIE,,
HEHEHE..
SAJA JER CEMAH XDAK KERJA...