Selasa, 25 September 2012

Hujan Yang Turun...

Awal2 pagi hujan dah turun membasahi bumi Perlis ini.. sekitar jam 7.30 pagi, KCL ku pasti memecut laju untuk sampai ke Pekan Kangar.. alhamdulillah aku sampai pada waktu yang ditetapkan, jam punch kad masih belum berbunyi, itu menandakan bahawa aku masih tidak dikategorikan dalam golongan org2 yg lewat.. mentang2 la aku dah ada blog, rasa mcm nak buka ja selalu... ' ciwi ' la plak kan..
 
berbalik kepada topik apa yang aku nak kongsikan disini iaitu sikap segelintir manusia yang aku pernah temui.. pengalaman mengajar aku semuanya, ada golongan yang suka ckp besar maksudnya meninggi diri xpernah nak sembang lekeh asyik dia je yang hebatnya, ada juga golongan yang xmau mengalah klu boleh dia je yang betul, dia je yang terbaik org lain xbaik..payah klu jumpa org mcm ni...ada juga golongan yang suka tgk kesalahan org lain ja, kesalahan sendiri xnampak plak, xnak akui plak.. ada juga yang jenis suka amik tau hal org, nyibuk je keja dia.. pastu wat ketupat je ( mengumpat la )..yang jenis talam dua muka pun ada juga.. yg jenis suka ambik harta orang pun ada, untuk kesenangan dia dan kluarga dia..ntah la nak kata, macam atuk astro dulu kata....    " macam2 ada "
 
itu la hakikatnya kehidupan di dunia ni kan.. kena terima..
ada yang lebih, ada yang kurang.. setiap orang ada kelebihan dan setiap orang ada juga kelemahan..  apa yang penting pandai2 la pikir mana yang baik dan mana yang buruk..
 
" aku sendiri pun ada kelemahan ku yang tersendiri dan kelebihanku sendiri "

Tiada ulasan:

Catat Ulasan