ni adalah kisah pengajaran untuk cemah dan untuk kawan2 yang lain juga..
sebelum2 ni mayb cemah hanya tgk gambar orang lain saja tapi kali ni cemah rasai sendiri..
memang kita percaya ada makhluk lain ciptaan Allah yang hidup di muka bumi ni kan.. so memang makhluk ini wujud.. dan aku rasai sendiri..
kisah dia macam ni..
sempena cuti CNY ni, member baik cemah balik kampung... so, cemah ambik masa terluang utk jumpa dia sbb dah lama rasanya xjumpa dia.. petang kemarin, balik je dari kerja en.suami pun datang ambil bawa irfan skali.. kami pun terus ke destinasi yang telah dijanjikan.. rasanya kul 6.00 ptg juga la kami sampai.. destinasi kami adalah Tasik Melati
first tu kami juz minum2 jer sambil sembang2.. pastu dah sebab lama xjumpa, sesi bergambar plak la sebagai kenangan.. sebelum balik, kami berposing dulu..
ni la member baik aku..
gambar ni sebelum kejadian berlaku..
seronok jer bergambar petang tue.. irfan plak memang nampak sronok sgt, asyik gelak jer..
macam2 aksi dia buat.. sronok sgt agaknya kan..
dah hbs bergambar, trasa nak tgk la balik gambar2 yg dah disnap td..
waktu tu la cemah perasan ada sesuatu yg pelik dlm satu gambar ni, klu dilihat lama2 rasa gerun juga la kan..balik rumah pun masih trasa lagi.. harap2 xdak apa2 yang berlaku pada kami semua selepas kejadian tu terutamanya anak cemah yg masih kecil dan xtahu apa2 tu kan..
rupa makhluk tu serupa dgn alien, kakinya memang xjejak bumi la sebab kaki dia pendek.. memang nampak jelas rupa dia dlm gmbr tu, nampak mcm dia terapung2 la kan.. tapi tangannya panjang sampai ke tanah.. cemah mls nak upload gmbr tu kat dalam entry ni sebab nanti cemah rasa takut plak.. mungkin waktu tu dah nak masuk waktu maghrib.. orang tua2 cakap waktu2 mcm tu selalunya syaitan iblis berkeliaran..kena masuk rumah, jgn main2 dah kat luar.. tapi tu la kita kan org muda, anggap waktu2 macam tu xpa lagi.. tapi mmg cemah ngan member cemah pun dah nak balik juga waktu tu.. tapi xsangka la makhluk tu datang awal sgt..so lepas je dari kejadian tu kami semua terus balik.. dah xbrani nak possing2 lagi.. nanti klu member cemah balik lagi, kita jumpa lain..rasa cam xpuas jer sbb masa terlalu singkat..
balik je rumah, cemah basuh muka anak cemah dulu sebelum masuk rumah..
cemah mandi selepas tu ambik wudhuk nak solat maghrib, cemah sapu juga air wudhuk yg ada dimuka irfan.. cemah baca ayat kursi.. semoga makhluk itu tidak mengekori kami sampai rumah.. alhamdulillah, anak cemah ok saja.. xnampak la sebarang kejadian pelik pada dia selepas balik dari Tasik Melati tue.. anak cemah pun tido nyenyak je malamnya..
kejadian ni memberi pengajaran untuk cemah dan en.suami serta member baik cemah supaya jgn bawa anak dan berada di kawasan yang tidak sesuai waktu maghrib.. seeloknya waktu2 mcm tu duk kat rumah, solat maghrib..
cemah berharap makhluk tu xmengganggu anak cemah..
semoga Allah melindungi kami..
cemah berharap makhluk tu xmengganggu anak cemah..
semoga Allah melindungi kami..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan