Isnin, 30 Disember 2013

Penghujung Tahun 2013

sat ja rasa masa berlalu...
2013 dah sampai penghujung, nak tutup buku dah.. 
mcm-mcm rasa sepanjang mengharungi tahun 2013 tambah2 dalam membesarkan anak yang semakin aktif dan sihat.. memang benar-benar menguji tahap kesabaran cemah sebagai seorang ibu..

tahun depan bermula la episod irfan akan ke sekolah, lagipun irfan pun dah 2 tahun skarang..
rasa macam terlalu awal untuk hantar irfan ke taska.. tp demi kebaikan dan kesenangan semua pihak, mama kena hantar juga irfan ke taska, moga irfan akan dapat berdikari, dapat bergaul dgn kawan2, org2 tua ckp.. " kot mau cerdik skit bila hntr sekolah nie" maksudnya bukan anak mama xcerdik tp anak mama manja sangat..kat rumah, irfan xdak kawan, so bila mama hntr irfan ke sekolah, irfan boleh berkawan.. xla sunyi..



skarang pun irfan dah pandai smayang ( smayang ala2 dia la - bangun duduk bangun duduk, sudah dah.. )
tergelak juga tp tu dah menunjukkan yang anak mama ni bijak..
nanti klu dah bersekolah, cikgu ajar lagi irfan pandai..itu la harapan mama dan abah moga irfan dapat menjadi seorang anak yang baik, bijak dan soleh..

walaupun irfan kadang-kadang membuatkan mama hilang sabar.. tp irfan la pengubat duka mama.. bila balik rumah tgk wajah anak mama, terus mama lupa keletihan yg mama rasai tue..

begitulah nikmatnya anugerah yang Allah s.w.t berikan kepada kita.. 
Anugerah Yang Paling Bernilai sekali.. 

1 ulasan:

  1. betul tu asma...oppss cemah..hehe anaklah penyeri hidup bg pasangan yg berumahtangga...semoga Irfan makin pintarrr gitu..hehe

    BalasPadam