Jumaat, 8 November 2013

Kursus lagi....

Awal tahun 2013 cemah kena kursus di Sungkai, Perak..
Dalam hati ni, berharap klu boleh dah xmau dah kursus luar2 nie, bukan apa nak kena tinggalkan irfan lagi.. tapi disebabkan arahan terpaksa la hadir juga...mayb ada kebaikan disebaliknya kan, disamping cemah boleh menambahkan kenalan cemah dan menambah ilmu di dada..
 
Cemah kena hadiri Bengkel Memperkasa Potensi Diri di PD..
dah la kena sorang2 satu jab.. risau juga la sebab berseorangan kan, maklum la skarang ni kan banyak sangat kes bunuh-membunuh ni, takut juga cemah...tapi minta dijauhkan la semua perkara tu.
 
kali ni kursus cemah bertempat di Best Western Prima Inland Sea Resort, Port Dickson..
katanya dulu nama resort ni adalah Tiara Beach Resort..
 


yang syoknya kat sini ada waterpark, kemudahan berbasikal, game room..
menarik juga la untuk bawa family riadah2 kan...
 
 
 
 
kursus cemah kali ni memang merehatkan minda cemah sebab setiap sesi pembelajaran tu memang relaks sebab ianya berkaitan diri kita sendiri. tentang bagaimana nak positifkan diri kita kerana kebanyakannya adalah negatif menguasai diri kita..cemah juga diajar mengurut untuk menghilangkan stress so boleh la urut2 skit bila rasa stress kan..hehehe untuk diri sendiri la..
 
cemah juga dapat kenalan baru dari Terengganu, Kak Da namanya... baik orangnya..
 
ni la Kak Da, cantik orangnya..
 
 
 
meh kita layan beberapa keping gmbr cemah ngan Kak Da..
 


selain tu, cemah dapat dua lagi kenalan baru, sorang bekerja di Kedah, sorang lagi di Penang... haaa tiap2 negeri cemah kutip. Tapi xsempat nak bergambar dengan mereka.. Yang dari Kedah ni namanya Suriani dan yang Penang tu namanya Akmal.. riuh dua orang tu, xsangka plak yg dua orang tu kenalan dari mereka study dulu.. pastu skarang ni keja bawah satu jabatan plak.. syok la..
 
penat juga la, penat dalam perjalanan ja.. tp hati rasa relaks.. wokey la tu kan..
 

Rabu, 18 September 2013

3 bulan lagi

 
3 bulan lagi..
 
irfan dah nak masuk usia 2 tahun..
sat je kan..
 
 dalam membesarkan irfan, mcm2 perasaan cemah rasai.. tp mcm mana pun semua tu pengalaman dan semua ni akan lebih mematangkan cemah dalam mengharungi kehidupan.. di usia ini, irfan amat memerlukan perhatian dan kasih sayang.. setiap kali cemah nak kluar p keja, cemah mesti peluk dan cium irfan dulu..walaupun dia masih tido, kdg2 dia terjaga sebab trasa ada org kacau dia tido. irfan plak skang dah pandai cakap, dah boleh sebut dah " ma, nak p.." sian plak, sayu je dengar.. mama nak p keja sayang, ptg nnt mama balik na.. nanti kita main sama2.. balik kerja plak, klu dia xtido..pastu cemah masuk rumah cemah wat xtau je ngan dia mesti dia menangis agaknya dia kata mama dia xpedulikan dia, dah la tinggalkan dia seharian.. saja ja kdg2 tu cemah nak acah dia.. tp tiap kali balik keja cemah kena peluk dia, dukung dia dulu,cium dia dulu..pastu susukan dia pastu baru emosi dia stabil, nak sambung main pun xpa la.. trasa bahagianya menjadi seorang ibu apabila trasa diri ini begitu penting bg irfan..
 
tp satu je, klu waktu dia nak merajuk atau kemahuan dia xdituruti dia mesti nak sakitkan diri dia, xpun sapa2 yg dekat dgnnya akan jadi mangsa, waktu ni la kesabaran cemah diuji.. kesian kat irfan sebab diri dia yg sakit.. sebagai seorang ibu, kesabaran teramat penting dalam mendidik dan membesarkan anak, ketika ini terfikir ttg diri cemah ketika kecik2 dulu.. mcm ni la agaknya mak dan ayah cemah mengharungi cabaran dan rintangan dalam membesarkan kami adik bradik.. cemah sentiasa memohon kepada Nya moga diberi kesabaran dan mendidik dalam membesarkan anak-anak cemah supaya menjadi insan yang berguna nnt.
 
ala.. tiba2 mood sedih plak..
 
cemah sebenarnya nak crita yang irfan dah pandai suap sendiri klu makan, sebolehnya nak suap sendiri walaupun main yg banyak daripada makan..bagus anakku sebab berdikari sendiri..moga anak dapat menjadi seorang anak yg bijak dan pandai berdikari..
 

irfan tgh makan, nak suap sendiri.. tu kira awal lagi la tu sebabnya kawasan dia makan tu masih bersih, cer tunggu lama skit confirm habis lantai tue.. xpa la anak, lps makan tu mama sapu.. nak ckp mcm mana lagi kan, dah namanya pun budak2 bukannya fhm apa sgt.. cuma boleh nasihat je la jgn makan bersepah2, nnt dia besar skit dia fhm la kan..
 

Besday Mak + Ayah

 
Bulan September pasti mengingatkan cemah dengan besday mak + ayah cemah sebab besday mereka pada bulan yang sama.. pandai ayah cari pasangannya kan..xdak lah, semua tu dah ketentuan Allah yang maha kuasa.. Dah jodoh ayah kan bertemu dengan pasangan yang lahir sama bulan dengan dia..
 
 
semalam, abg cemah pun balik so kami adik bradik wat makan2 skit ja sempena besday mak + ayah.. besday ayah minggu lepas, besday mak plak kemarin.. sronok bila dapat berkumpul ramai2 mcm tu kan..di ketika ini la kita nak bergembira bersama mak dan ayah kan, nnt bila mereka dah xdak mesti rindu semua nie.. bahagia bila dapat tgk senyuman mak dan ayah semalam..mungkin seronok tgk keletah anak menantu, cucu2 mereka.. sayang mak dan ayah..
 
 
 
 
 
kek ni cemah tempah khas wat mak + ayah..
 
 
 
 


antara menu dan hidangan kami sekeluarga semalam
 
 



sronok irfan dapat main dengan sepupu2 yang sebaya dengan dia..
bila semua dah balik, sunyi la irfan.. mula la main sorang2.. sian irfan..
ngatkan nak tido awal sebab dah xdak teman nak bermain tp rupa2nya kul 12 lbh juga baru irfan nak tido..penat mama tunggu irfan..hehehe
 

Jumaat, 16 Ogos 2013

Pertempuran bakal bermula



yaaaaa..
pertempuran bakal bermula ahad ni.. ( final exam )
harap cemah dapat membuat segala persediaan dengan rapi...
semoga hasil yang diperoleh nnt boleh membuatkan cemah tersenyum..



ni sebenarnya kata2 semangat untuk diri sendiri..

Selasa, 13 Ogos 2013

Selamat Hari Raya


Selamat Hari Raya Aidilfitri
Maaf Zahir dan Batin
dari cemah sekeluarga..
 
 
tahun ni tema biru...

Selasa, 23 Julai 2013

FC Bio Sanitary Pad

 
FC BIO SANITARY PAD
~AVAIL BEAUTY SDN BHD MALAYSIA~
 
 
 
Avail Beauty Sdn. Bhd. Malaysia memperkenalkan anda satu konsep yang terbaru, iaitu FC Bio Sanitary Pad yang diperbuat daripada ramuan herba semulajadi. Kualiti FC Bio Sanitary Pad memang terjamin! Ia diperbuat daripada bahan mentah yang berkualiti dan selamat, tidak mengandungi agen fluoresen, agen peluntur berklorin, Dioksin atau bahan-bahan lain yang merbahaya. Ia adalah rakan sebaya para wanita yang meneman anda melalui sepanjang masa keemasan anda. FC Bio Sanitary Pad pastinya pilihan utama para wanita yang mengejar kesihatan dan kesejahteraan
 
 


Menurut soal-selidik yang dijalankan, 73% wanita mengalami masalah kegatalan, kepanasan dan kesakitan ketika haid. Ini adalah akibat pemakaian tuala wanita yang tidak telus udara. Maka, memilih tuala wanita yang sesuai adalah amat penting bagi mengelakkan masalah-masalah tersebut. FC Bio Sanitary Pad terbentuk daripada 3 lapisan. Lapisan permukaan diperbuat daripada 100% kapas, lapisan tengah mengandungi S.A.P. yang memberi kuasa serapan tinggi dan lapisan bawah yang telus udara.
 
FC Bio Sanitary merupakan produk dipaten yang unik. Ia mengandungi ramuan herba asli yang istimewa, membantu para wanita bebas daripada masalah-masalah sakit puan yang merunsingkan. FC Bio Sanitary Pad berkesan dalam membantu menghilangkan senggugut, menyelesaikan masalah kitaran haid tidak teratur, menghilangkan masalah berbau, membasmi kuman, mencegah jangkitan, menghilangkan kepanasan, mengecutkan rahim dan juga meningkatkan sistem pertahanan badan. Segala bahan mentah, proses dan produk dijamin mencapai tahap piawai kebersihan dan sentiasa dipantau oleh Kementerian Kesihatan.
 
Fungsi dan kelebihannya : 
  • mencegah senggugut
  • mengawalatur kitaran haid
  • mencegah buasir
  • membuangkan angin perut
  • menghilangkan bau
  • membuang darah beku di rahim
  • mencegah keradangan dan membasmi kuman
  • menghilangkan kepanasan dan menguatkan rahim

    
 

 

PAD MALAM - 1 BUNDLE RM 170
 
PAD SIANG - 1 BUNDLE RM 190 
 
PANTYLINER - 1 BUNDLE RM 170
 
SET CAMPURAN - 1 BUNDLE RM 172
 
untuk sebarang tempahan boleh sms/call @ pm
 
012-5666474
 




    

    

    


 
 
 


Selasa, 16 Julai 2013

setahun sudah

 
 
Tanggal 16 Julai 2012 cemah mula melapor diri di sini... dan jabatan ni merupakan jabatan yang ketiga wat cemah..


kini 16 Julai 2013 cemah dah cukup setahun berada di bawah pengurusan jab ni.. selama setahun cemah belajar mcm2 kat sini, dan kawan plak cemah jumpa yang pelbagai ragam..

mcm mana pun mreka, cemah tetap cemah..
wat je apa yg cemah rasa cemah nak wat..
dan cemah kwn dengan semua org..