Rabu, 10 Disember 2014

.. Simpanan Yang Bijak ..

Simpan duit di bank, kerja2 nak cucuk...
Simpan di Tabung Haji dan ASB pun usaha lagi utk keluarkan...
 
Apa yang menarik tentang simpanan emas ?
 
Konsepnya sama seperti Amanah Saham Bumiputra (ASB) di mana anda mempunyai sejumlah wang kemudian dimasukkan ke dalam ASB. Setahun kemudian, anda akan diberi bonus dan dividen sehingga 8% untuk setiap tahun. Sama seperti emas, anda mempunyai sejumlah wang dan anda gunakan wang tersebut untuk membeli emas. Emas tersebut disimpan atau dipajakkan. Anda akan menerima keuntungan sehingga 30% setiap tahun. Bezanya antara ASB dan Emas ialah peratus keuntungan.
 
Contoh ASB :
A mempunyai tunai RM 10,000 di tangan. Dia boleh memilih samada untuk memasukkan duit tersebut ke ASB atau membeli emas. A memasukkan RM 10,000 ke ASB pada Januari 2011. Pada April 2011, dia mengeluarkan RM1,000 untuk membaiki kereta. Pada Disember 2011, baki simpanan ialah RM 9,000 dan kadar dividen ASB ialah 8% maka baki akhir ialah Rm 9,000 + 8% (RM 720) = RM 9,720 utk tahun tersebut.
 
 
Contoh Emas :
A mempunyai tunai RM 10,000 di tangan. Dia membeli tiga keping emas 20 gram dengan harga RM 10,000. Pada April 2011, dia memajak sekeping emas dan mengambil duit pajak ( RM1,000) utk membaiki kereta. Pada Disember 2011, nilai emas yang disimpan masih kekal RM 10,000 dan keuntungan 25% daripada harga emas semasa, maka baki akhir tahun 2011 ialah RM 10,000 + 25% (RM 2,500) = RM 12,500
 
so simpan emas boleh mengelakkan daripada kebocoran duit kita
 
 
Pilih lah simpanan yang bijak..
Mulakan langkah 1 bulan 1 gram bermula hari ini..
Berbulan-bulan, bergram-gram la simpanan kita...
 
 
hubungi saya di 012-5666474

Khamis, 6 November 2014

.. 14 minggu sudah kita bersama ..


Salam petang Khamis..
 
kejap je rasa, dah hari khamis kan...
esok masih ada sehari untuk kakitangan yang bekerja, pastu dah hari minggu..
"time with family"
 
tapi cemah banyak masa dengan anak sebab en suami keja xmacam cemah..
ye la berkhidmat untuk negara..
 
klu en.suami cuti, baru bleh cemah jalan2, balik umah mertua dan macam2 lagi la aktiviti bersama..
 
tapi..
 
dengan keadaan cemah skarang, cemah rasa seronok sangat bila bleh berehat di rumah pada hari minggu, boleh baring2 sebab rasa tak larat ja sejak dua menjak nie.. balik kerja jer, klu bleh nak rehat ja.. tapi xboleh la, cemah nak kena uruskan anak, uruskan suami..selesai semua baru bleh rehat..
tapi cemah akui memang skang ni cemah rasa cepat sangat mengantuk.. pastu rasa malas sangat.. nak iron baju pun memang cemah dah malas, tunggu esok paginya baru cemah iron..
eeee pemalas betul cemah ni kan..
 
harap2 anak cemah nanti xla malas mcm cemah..
 
mayb pembawakan trimester pertama lagi kot..
 
pejam celik pejam celik...
adik baby dah 14 minggu bersama mama..
walaupun mama xdapat nak rasakan lagi pergerakan adik baby tetapi mama rasa seronok sangat bila mama tgk anak mama ni sewaktu doktor scan kandungan mama nie.. doktor cakap anak mama ni aktif, memang jelas dalam skrin tu anak mama gerak2kan tangan, pusing2kan badan..
bagus sayang, aktif mcm abang irfan..
 
tak tahu la mcm mana nanti kan, 
mama berharap abg irfan dapat bantu mama jagakan adik baby nnt yer abg...
 
 
 
^^^^^..................................^^^^^
=======================================================
 
 
Antara supplement yang boleh diamalkan ketika hamil
 
Vitamin C Shaklee ( 1 biji sehari )
 
Melindungi sel penting dalam pembinaan kolagen dalam membina dan menguatkan sel-sel tisu dalam badan dan juga sangat penting untuk gusi dan gigi yang sihat.
 
Ianya juga membantu dalam penghadaman zat di samping Vitamin C meningkatkan taraf sistem pertahanan tubuh.

1 biji vitamin C bersamaan dengan 7 biji oren. Mampukah kita nak makan 7 biji oren sehari?

Selain itu vitamin C juga dapat membantu mempertingkatkan kadar serapan zat besi yang sangat penting untuk pembentukan hemoglobin yang membawa oksigen dalam darah.
 
p/s : sesiapa yang berminat nak mencuba supplement2 Shaklee yang sihat dan berkhasiat
boleh pm/sms cemah yer.. ( 012-5666474 )
atau email pada cemah di emaa_anastasia@yahoo.com
 

Isnin, 20 Oktober 2014

.. Tahniah My Friend ^^ Hamiza ^^..

 
Tahniah Mieza..
dia  juga nampak gayanya akan sama2 boyot macam Cemah ' insyaallah'
 
 
tadi, Mieza kongsikan berita gembira ni dengan Cemah,
katanya setelah dia membuat pemeriksaan doktor.. doktor mengesahkan yang kandungannya dah 6 minggu bermakna dah sebulan lebih Mieza pregnant..
 
Alhamdulillah, syukur setelah sekian lama menunggu..
 
Mieza ni kawan satu kelas dulu time belajar kat POLIMAS dulu..
kami sama2 dari negeri perlis, kadang2 hari minggu ja kami balik kampung merempitlah berdua..
 
habis study, kami sama2 dapat interview.. tempat yang sama dan hari yang sama..
dan rezeki kami, kedua2nya dapat temuduga tue.. tp cemah je terpelanting jauh skit dari dia.. jauh nun di Putrajaya..tapi xlama, cemah pun kemudiannya balik ke negeri yang tercinta ni juga.. 
Perlis Indera Kayangan..
 
Kemudian, jodoh cemah awal skit dari dia.. Cemah selamat dulu jadi isteri orang..
xpa, mungkin belum sampai jodoh dia lagi.. sebagai kawan, cemah tetap bagi sokongan dan dorongan pada dia.. kononnya tak dak orang yang mahukan dia.. sebenarnya Allah s.w.t dah tetapkan dan rancangkan yang terbaik untuk setiap hambanya..
 
tup2.. Mieza bgtau cemah nnt datang la rumah, dia bertunang... waktu tu terkejut juga sebab memang xpernah dia sebut pun sebelum ni.. mungkin dah sampai waktu dan ketikanya.. 
Jodoh dah sampai..
 
ni sekeping dua gambar time Mieza bertunang..
 
 
 
 




 
ni plak gambar masa Mieza kawin..
 
 
Mieza dan suami..
 
 
Setiap pasangan yang berkahwin mesti mahukan cahayamata kan..
begitu juga dengan Mieza...
 
Mieza ada juga bercerita pada cemah yang dia belum ada rezeki lagi..
cemah cuba cadangkan kat dia suruh amik supplement Shaklee..
apa lagi kalau bukan GLA Shaklee..
 
 
Alhamdulillah, dengan usaha dan ikhtiar dari hambanya, akhirnya Allah memakbulkan doa hambanya itu..
 
kita cuma berusaha dan berikhtiar, semuanya adalah ketentuannya..
 
Rezeki Allah s.w.t, Mieza akan menyusul cemah pada tahun depan..
 
 
p/s : sesiapa yang berminat nak mencuba GLA Shaklee
boleh pm/sms cemah yer.. ( 012-5666474 )
atau email pada cemah di emaa_anastasia@yahoo.com
 
 


Isnin, 13 Oktober 2014

IRFAN bakal menjadi abang... insyaallah

 
Alhamdulillah..
 
 
IRFAN bakal menjadi abang..
insyaallah..
 
 
sebenarnya cemah pun xtau yang cemah ni mengandung..
sebab cemah kan tak datang bulan...
dah berbulan2 dah cemah tak datang..
ni adalah salah satu kesan hasil dari pengambilan pil perancang..
 
cemah kena makan perancang sebab pregnant yang pertama dulu, irfan dilahirkan secara pembedahan.. so untuk penjagaan dalaman, cemah kena jarakkan kehamilan antara 2-3 tahun..
 
memang cemah merancang nak ambil perancang selama 2 tahun ja, lepas tu mana nak tau rezeki kan nak tambah lagi..lagipun usia pun dak masuk angka 3 kan, rasanya bleh kot kalau nak tambah dah..
 
mak cemah kata tunggu la cemah hbs study dulu, tp ye la kita bukannnya nak tau kan rezeki Allah nak bagi.. tup2 lepas cemah stop ambil perancang, period cemah plak bermasalah..berbulan2 juga tak datang hinggakan cemah pergi klinik, scan klu2 ada apa2 masalah lain.. doktor cakap, keadaan ni biasa je untuk wanita yang ambil peracang.. kesannya tak menentu, terpulang atas badan masing2.. kadang2 ada yang sampai setahun, 2 tahun period tak datang... cemah ni bukan apa, risau kalau2 ada penyakit lain.. ye la orang perempuan ni susah skit, tak datang pun masalah.. datang lebih pun bermasalah..
 
tapi dah doktor cakap macam tu cemah rasa lega la skit..
 
cemah ada juga ikhtiar cara lain, ye la sebagai manusia kita kena berusaha dan berikhtiar..
cemah amalkan pengambilan GLA Shaklee..sebab GLA kan boleh mengatasi masalah hormon kita.. Doktor ada cakap masalah yang berlaku pada cemah ni disebabkan hormon tak stabil.. sebelum ni kan dikawal oleh ubat perancang tersebut.. so, bila dah stop hormon tu tak stabil la balik..
Alhamdulillah, period cemah datang utk bulan tu, waktu tu xhbs lagi sebotol GLA..
seronok cemah rasa..

sangkaan cemah, kitaran period cemah dah ok..so cemah terus stop ambil GLA.. sepatutnya cemah kena teruskan sehingga kitaran itu normal mcm biasa..
untuk bulan berikutnya cemah tak datang bulan pula.. ngatkan dah mengandung, tapi bila test UPT hasilnya negatif.. cemah tak mengandung..

xpa, cemah pun kembali ambil  GLA..


 
 
sehingga lah satu masa cemah terasa nak try wat test UPT..
terkejut dan tak percaya juga sebab hasilnya double line..
sebelum2 ni cuma satu line..
 
untuk kepastian, cemah p klinik..
yaa.. memang hasilnya cemah pregnant..
dah 9 minggu dah..
 
 Alhamdulillah, rezeki Allah..
 
 
 
 
 p/s : untuk sesiapa yang berminat untuk mencuba GLA Shaklee,
boleh pm cemah di
 
 
012-5666474
 
 
 
 
 
 
 
 


Jumaat, 15 Ogos 2014

.. minggu exam ..

Busyuk masyam cemah

Dah lama rasanya cemah xupdate blog.. kalut sebenarnya sebab opis cemah skarang dalam proses berpindah randah, pastu cemah juga kalut dengan nak exam..

Minggu ni cemah terpaksa berkampung di Uum sbb ada final exam.. kejap je rasa dah final... hbs ja exam, hbs plak sem7... pejam celik pejam celik dah nak masuk sem 8.. dah kena berkampung, terpaksa la tinggalkan busyuk masyam cemah tu...

Rindu plak rasa kat busyuk masyam tu.. hihi

Lega rasa sebab dah habis dah 2 paper, tinggal lagi 3 paper nak diharungi..  seronok rasanya bila jadi student ni tp pjj student kena kuat skit la sbb banyak skit dugaan.. tapi klu jadi fulltime student lagi best, xyah nak pikir benda lain sangat juz focus pada study je...apa2 pun cemah tetap bersyukur sebab cemah diberi peluang utk study walaupun dah bekerja dan dah bekeluarga..

Fokus cemah, chaiyok cemah...
Kata2 semangat utk diri sendiri..


Posted via Blogaway

Jumaat, 18 Julai 2014

.. Kalut Nak Pindah ooiii ..

Salam Ramadhan
pejam celik pejam celik dah 20 hari kita semua dah jalankan ibadah puasa..
kejap ja rasa.. xlama dah kita nak sambut aidilfitri plak..
mesti semua orang kalut wat persiapan nak raya kan..

tapi cemah lain plak,
cemah xkalut nak raya tapi cemah kalut wat persiapan nak pindah..
opis cemah yang nak berpindah bukan cemah yang nak bertukar tau..
kalau cemah nak tukar, nanti2 la... kita kenal2, rasa2 suasana sini dulu...hehehe

tinggal lebih kurang seminggu lbh ja lagi kita nak sambut raya dan tempoh tu juga la cemah boleh berada di opis lama ni..  dalam tempoh seminggu lebih ni agak penat skit la sebab nak kena angkat2 barang2 yang perlu di bawa ke sana.. dah la puasa plak kan, memang menguji tahap kesabaran dan keimanan kita.. ini namanya DUGAAN...

lepas raya dah merasa di tempat baru.. tak tahu la mcm mana plak nanti suasana di tempat baru.. persekitaran yang baru..

tanggal 1 Ogos 2014 merasa la suasana baru di bangunan baru..
dan selama itu juga genap 2 tahun cemah di bangunan lama nie...

hanya kenangan saja yang tinggal di sini..



Isnin, 2 Jun 2014

.. Tragedi My KCL ..

Huhuhu..
 
Kemarin, berlaku satu tragedi kepada Cik KCL ..
Bersemangat la cemah ni nak p wedding my friend, singgah la sat isi minyak..
mungkin dah ketentuan nak jadi kan..
 
cemah benti kreta, ntah mcm mana kreta yang kat depan cemah undur secara tiba-tiba..
Cemah nampak kreta tu undur tp cemah xtahu apa yg dah jadi pada cemah,
memang xsempat cemah nak tukar gear undur.. hon pun cemah xsempat tekan..
cemah pun xtahu apa yg dah jadi pada cemah time tu..
 
dan bila si pemilik kreta depan tu prasan dia dah langgar kreta cemah, mujur la dia pun ok, dia turun dan jumpa cemah.. dia mohon maaf sebab katanya dia xpandang blakang dah..
mmg dia salah sebab dia parking utk isi minyak tu pun dah makan ruang untuk parking cemah..kira cemah pun terbelakang skit dari pam minyak tu, so cemah pun tak sangka la yang dia akan undur lagi..cemah rasa mayb pemilik kreta tu baru blajar drive kot sbb dia bgtau cemah dia undur tu sebab kreta dia dah langgar tebing pam minyak tue..terus undur langsung xpandang belakang.. lagipun prempuan kan, mcm tu la klu drive kreta.. cemah xckp kat org, cemah ckp kat diri sendiri la..
 
so bincang elok2 dengan pemilik kreta tu..
nnt kita selesaikan cara baik..
 
kemek sudaaa cik KCL ku..
dia tak cium orang, orang plak tonggek kat dia..
mungkin dah ketentuan dah kot..
terima dan redha je la..
 
tp cemah sedih juga la sebab dah kemek sudaaa..
walaupun dah baiki pun dia tetap dah tercalar dan ternoda dah...
huhuhu...