Jumaat, 28 Disember 2012

.. Jalan2 umah baru Cik P.A ..


petang kemarin, saja la ngat nak jalan2 melawat rumah baru Cik P.A kita..
seronok tgk rumah dia, cantik dan selesa..
muda2 lagi dah ada rumah sendiri..
 
seronok tgk kegembiraan yang dikecapinya kini..
sebagai seorang sahabat, aku cuma boleh memohon supaya allah mepermudahkan jodohnya, semoga dia dipertemukan dgn insan yang sebaiknya..
 
amin..
 
xsempat nak snap gmbr pun sbb asyik sgt bersembang sampai lupa nak snap..

Jumaat, 21 Disember 2012

.. kona ( belok ) tak lepas ..


just nak share..

time rehat, aku p jumpa kwn2 kat ofis lama... sronok la dapat jumpa mreka..
pastu bila nak balik ofis, aku lalu la ikut satu jalan ni..
memang aku tahu pun jalan tu memang sedang dibaiki, xsiap sepenuhnya lagi...
so banyak la kon2 di tengah jalan..
ntah mcm mana aku nak kona * belok * kiri xlepas, terus langgar kon...
mujur la kreta blakang xhentam bonet kreta aku.. klu x, confirm kemet, pastu kena marah ngan en.suami n my daddy..
rasa termalu juga dgn kejadian tu, tapi wat bodoh sudah la.. selepas aku undur kreta, n then teruskan perjalanan ke ofis dgn muka yg selamba..
klu ada orang disekeliling tu rajin2 duk pandang aku, aku wat xtau jer seolah2 xdak apa2 jadi pun..
hehehe... nak gelak pun ada, terkejut pun ada juga..

* kona* ni loghat org perlis untuk perkataan belok...

.. mimpi semalam..


gerun juga dengan mimpi aku semalam..
 
semalam aku mimpi aku salah seorang daripada mangsa bencana Tsunami.. trasa seolah-olah aku bukannya berada di alam mimpi tapi di alam realiti..
 
 
 
takutnya..
 
kisahnya mcm nie,
aku dan beberapa orang sahabatku berada di dalam sebuah bilik..mayb bilik ni berhampiran dengan laut la kot sebab bencana tsunami kan..
 
ntah kenapa tiba2 salah seorang daripadanya menjerit.. aaaaa syiling nak jatuh... mengelak cepat..aku pun terus pandang ke atas syiling, dah nampak semakin banyak syiling yang dah mula retak.. kemudian salah seorang lagi menjerit dan memandang ke arah tingkap yang menghala ke laut, dia nampak satu ombak yang besar sedang menghala ke bilik kami... OMBAK BESAR not OMBAK RINDU yer.. hhehe
 
 
 
apa lagi, semua yang ada kat dalam bilik tu terus lari keluar dari bilik tu.. waktu tu pun, lantai bilik dah mula retak dan semakin teruk... LARI, LARI dan terus LARI... sampai la ke sebuah tempat yang selamat la untuk semua mangsa.. dalam kesedihan, semua mangsa yang berada di situ hanya mampu melihat saja bangunan yang didiami tadi ditenggelami air laut.. aku takut sangat waktu tu, teringat semua orang2 yang aku sayang... Mak, Ayah, Suami, Anak dan familyku yang lain.. mcm mana la agaknya keadaan mreka ketika ini..dan aku rasa risau sangat sekiranya aku kehilangan mreka.. rasanya tak tertanggung andaikata mereka semua meninggalkan aku..
 
kemudian, aku tersedar dari tidoku.. menggigil kesejukan, mayb hujan sama kot.. sebab tu badan menggigil2.. aku pandang suamiku, aku pandang anakku..
 
Astaqfirullahala'zim, aku bermimpi...
 
walaupun dah terjaga, aku masih terbayang2 lagi saat aku melarikan diri disaat ombak yang besar tu datang tarik semua yang ada disitu.. 
 
aku pun bangun mandi dan solat subuh..
 
pengajaran disebalik mimpi tue, kesedaran bahawa dunia kini sudah sampai ke akhir zaman..
Ya Allah, moga kau ampunkan la segala dosa2ku dan juga dosa2 ahli keluargaku..
aminn...

Selasa, 18 Disember 2012

.. happy birthday irfan..


kemarin adalah birthday irfan, buah hati mama.. sat ja masa berlalu,anak mama dah setahun dah... rasa mcm baru ja mama lahirkan irfan td.. masih terbayang2 pengalaman mama di saat mama melahirkan irfan...

mengenangkan saat aku ndak bersalinkan baby yg dinamakan irfan ni, meh cemah kongsikan serba sedikit pengalaman cemah dalam mengharungi saat2 melahirkan seorang hamba Allah yang diberi nama Muhammad Irfan Syahmi ni..

due aku bersalin klu ikutkan jatuh pada tarikh 8 Disember 2011, tetapi tanda2 utk bersalin masih tiada walaupun dah sampai due, aku terpaksa jumpa doktor pakar sebab tarikh dah melebihi due kan... aku ada masalah tulang pinggul kecik, sebab tu irfan xmau kuar2 lagi walaupun dah sampai due.. bila dah jumpa doktor pakar, doktor ckp aku xdak masalah apa, kemudian due aku utk bersalin dilanjutkan lagi sampai 15 Dis 2011..cuma setiap hari sehinggalah 15 Dis aku kena p klinik utk check jantung baby aku takut klu mengalami masalah.. aku ni dah amik cuti dah konon2 8 Dis tu aku dah bersalin la.. tp disebabkan dilanjutkan lagi, so terpaksa la masuk kerja lagi... kwn2, bos semuanya heran.. yg aku bleh jawab anak xmau kluar lagi, dia syok kot duk dlm perut ni.. hehehe..

memang aku sihat, langsung xnampak mcm nak bersalin.. cergas lagi.. berjalan rata.. sampai la 15 Dis aku dengan paksarela check in la kat Hospital Tengku Fauziah, Kangar..berehat atas katil je la.. boring la, sempat baca novel lagi... pagi esok baru aku dimasukkan ubat utk bersalin.. gerun juga dengar sebab tiada pengalaman kan.. bila dah masuk hospital, yang xsakit pun rasa mcm sakit sebabnya macam2 ada.. kebetulan hospital tgh diubahsuai.. wad xcukup, so mreka campur ibu yg dah bersalin dgn ibu yang belum bersalin... yang boringnya duk kat hospital ni, asyik kena check darah je, mau nak tido nyenyak skit ja misi mai duk check tekanan darah.. pastu sesekali kena check jantung baby.. risau klu ada masalah dgn degupan jantung bby kan..

keeseokan paginya aku bersama 2-3 org lagi menunggu giliran untuk dimasukkan ubat biji.. takut juga klu sakit kan sbb xpernah kan, mcm2 yang aku bayangkan... tapi bila dah dimasukkan ubat tu, xla rasa sakit seperti yang aku bayangkan... doktor ckp kena puasa sehingga petang, mreka nak tgk nanti nak terbuka ke x ? rasanya dalam kul 2 mcm tu la, doktor check semula, time tu dah terbuka 3cm.. aku dah boleh masuk labour room.. takut juga..tapi sebelum masuk labour room, sempat g aku tido seround.. aku terjaga selepas misi panggil namaku untuk masuk dlm labour room.. dengan perasaan takut aku pun kemaskan baju bby and masuk la ke dalam labour room.. time tu kul 4 ptg..waktu tu perut dah rasa sakit tapi xla teruk sgt, rasa sat2 jer.. doktor pecahkan air ketuban, rasa panas ja.. kluar mcm air kencing...laju jer.. pastu doktor ckp anak dah terberak dah skit.. apakan daya aku masih belum boleh melahirkan anakku.. aku hanya melihat jam saja menunggu bila tiba masanya nak bersalin ni.. doktor sebolehnya nak suruh aku bersalin normal dan aku pun mahu bersalin normal tp aku tahu hakikatnya klu aku xmampu, aku terpaksa operate juga..

sepanjang berada dalam bilik tu, macam2 aku dgr sbb bukan aku saja yang bersalin hari tu, ramai lagi.. bila dah dgr tu mcm2 aku fikir.. mulut ni hanya boleh membaca doa saja supaya dipermudahkan semuanya.. disebabkan lama sgt aku menunggu, tekak pun dah kering.. aku minta nak minum kat sorang misi tu, tapi dia xbagi aku minum.. mujur ada sorang misi tu yang baik hati, dia kesian kot tgk aku.. dia pun bagi aku minum skit.. disebabkan hanya terbuka 4cm aku dimasukkan ubat air pula, aku pun xtau ubat apa.. yg aku tau misi tu ckp ubat tu mampu membuatkan ianya lebih cepat terbuka.. bila dah masuk ubat air.. waktu tu la aku rasa sakit sgt.. time tu dah xbleh nak duduk senang dah.. pusing kiri xkena, pusing kanan pun xkena.. mulut aku hanya mampu ckp misi, doktor saya sakit... tlg la..kdg2 misi wat xlayan je, rasa mcm nak marah pun ada sebab aku sakit, tp xdipedulikan... bila tgk jam dah 12 malam.. aku masih xbersalin lagi... doktor check lagi, time tu baru terbuka 5cm, lambat lagi nak terbuka 10cm sebab anak sulung kan..disebabkan terlalu lama aku berada di dalam labour room, doktor xbrani nak ambil risiko mereka mencadangkan aku dibawa ke dewan bedah.. mak, ayah dan suami semuanya risau sebab dah lama sangat aku kat dlm labour room tu, org lain masuk dah bleh kluar dah.. kiranya 8 jam lebih aku berada kat dlm labour room tu.. aku dah xlarat dah..doktor pun minta kebenaran aku untuk tandatangan borang utk lakukan pembedahan.. terketar-ketar tangan aku masa nak sign tu, sbb dah memang xbermaya dah..

akhirnya aku di bawa ke dewan bedah, aku masih sedar ketika tu..sehingga la masuk ke dewan bedah pun aku sedar sebab aku cuma diberi ubat bius hanya untuk separuh badan sahaja.. walaupun masih sedar tapi aku memang dah kehabisan tenaga sebabnya dah lama sangat menahan sakit.. hbs bdn ketar2 kesejukan, yer la kan time tu kul 1 pagi, duk dalam bilik aircond memang sejuk sgt2.. sampaikan misi2 tu letakkan mesin pemanas utk berikan aku haba kepanasan tue.. kemudian, aku dengar suara tangisan anakku.. Ya Allah besarnya kekuasaanmu, akhirnya pada tanggal 17 Disember 2011, jam 1.41 pagi lahirlah seorang bayi lelaki seberat 2.95kg..syukur alhamdulillah..

misi pun dtg bawa anak aku dan memaklumkan bahawa aku melahirkan seorang bayi lelaki, alhamdulillah.. sebelum aku ditempatkan di wad kembali aku diberi kesempatan untuk mencium wajah bayiku.. ni la rupa bayiku.. tomey2 kan..

 
 
 
skang dah setahun dah anak mama...
 

sapa nama muhammad irfan syahmi angkat tangan...
 
 


 
sian tgk anak mama tgh tido nie.. sayu je tgk..
dah besar dah anak mama nie..

Khamis, 13 Disember 2012

.. Pertemuan Ketiga..

 
esok dah masuk pertemuan ketiga kelas aku untuk semester 4 ni.. ni yang nak berpeluh juga sebabnya esok ni ada mid sem.. xstudy hbs g ni, risau juga pertemuan ketiga juga ada role play.. apa pun xsiap g nie..
 
 
Ya Allah, apa nak jadi ngan cemah ni... masa mencemburui cemah..
 
nampaknya malam ni cemah kena tido lewat skit la kebetulan en.suami pun xada kan, dia outstation so anak tido je cemah kena pulun la.. tu namanya wat keja last2 minit..
padan muka cemah..
 
 
irfan pun bukannya sihat sepenuhnya lagi..  sian sayang mama
 
hbs kelas pertemuan ni, mama duk dgn adik jer.. rasanya bulan ni dah xg jalan mana2 dah kot, ( kursus kat mana2 la )
 
sian irfan, slalu kena tinggal sampai demam2 dia..

Khamis, 6 Disember 2012

..Sasaran Kerja Tahunan..


bila dah hujung2 tahun mcm ni, mesti pakat kalut nak wat SKT ( sasaran kerja tahunan ) kan.. termasuk la aku..
macam aku agak pening skit la sebab nak kena campur tugas2 di pejabat baru dgn tugas2 di pejabat lama.. combine sekali walaupun penilaian masih dibuat oleh bos pejabat lama.. zaman canggih manggih skang ni kan dah kena isi SKT dalam sistem HRMIS kan, so semuanya majoriti duk buka laman web HRMIS la.. bila dah ramai yg online sistem tu pun jadi lembab sgt, nak simpan satu data pun nak kena tunggu berjam2..
 
ni aku dah sampai boring nak tunggu la, layan blog dulu sementara sistem nak ok balik..
pastinya ramai yang mempunyai pengalaman mcm aku ni kan..
 
apa2 pun hujung tahun memang agak kalut la kan..


Rabu, 5 Disember 2012

..mengantuknya..



semalam sygku Irfan wat hal plak, ajak main kul 2 pagi... dah bagi sebotol susu pun xmau juga tido, ditambah dengan susu mama dia pun xmau tido juga.. dah la tu, bila dah main pastu permainan tu xmenepati kesukaan dia mula la nak merajuk, bila dah merajuk mula la nak menangis..
kena pujuk la plak..

 
bawa tgk cicak la, main dgn miaw miaw dia la, bagi main lego la mcm2 dah.. * cicak bunyi mcm mana dik, Cak, Cak,.. Miaw bunyi mcm mna dik, eau, eau... mcm2 mama dah buat dah tp irfan masih xmau tido dan nak ajak main lagi, mama ni dah mengantuk sangat syg.. esok mama kerja plak syg, klu hari minggu mama xkisah syg.. ni masalahnya esok mama keja, abah pun skali xbleh tido duk mlayan krenah anak manja sorang nie.. hehehe
 
disebabkan riuh rendah sangat suasana semalam, tido tok dgn wan pun terganggu juga.. last2 tok ngan wan pun turun main skali, mama tau syg mengantuk sgt2 sebab mama tgk syg asyik menguap je tapi sengaja xmau tido kan, nak main punya pasai... dia nak main la sebab sebelum tu, time mama ngan abah dia duk layan * Istanbul, aku datang * dia dah tido puas dah.. bila abah ngan mama plak nak tido, dia plak ajak main... padan muka abah ngan mama kan.. hehehe

rasanya kul 4pg kot baru irfan tertido, tu pun dibuai oleh hayunan buaian
~ org perlis panggil " ndoi " ~
so mama pun tido la kat sebelah irfan kat ruang tamu, abah tido kat dalam bilik...
kul 6.30 dah kena bangun dah..nak siap g keja plak..mmmm apalagi kat ofis, aku plak yang keja menguap sebab xcukup tido..

mengantuknya...

..Cerita Kemarin..


alhamdulillah, kenyang perutku lepas menikmati nasi daging kunyit kat kedai Kak Mah..
ngat nak makan koewteow goreng tapi dah kemarin xmakan nasi seharian so confirm la rini lapar giler kan..
 
entry rini bukanlah nak story ttg makan sarapan pagi td, tapi nak share about cerita kemarin... kemarin, sekali lagi pihak HQ call tanya berkaitan permohonan pengajian jarak jauh tu la.. so, aku pun cerita la semua yg terjadi kepadaku selama ini.. pastu dia suh aku wat satu surat menjelaskan ttg justifikasi semua yg berlaku.. aku pun karang la surat dan hntr la ke HQ.. xtau la apa keputusannya nanti..
 
harapnya berita gembira la yg aku dapat.. tp klu keputusannya tetap sama.. aku pasrah je la..

Isnin, 3 Disember 2012

Sedikit Kecewa.. Mungkin Dah Takdirku Begini

 
.... :: berikutan dengan entryku yang bertajuk Perasaanku ::....
 
 

 
aku taip entry ni jumaat lepas lagi cuma xpublish je lagi sebab nak update lagi..
 
sebelum ni aku pernah menyatakan tentang perasaanku yang agak kecewa dengan permohonan aku untuk mendapatkan kelulusan dari Ketua Jabatan berhubung dengan Pengajian Luar Kampus ( Secara  Jarak Jauh ).
 
sambungannya berhubung perkara berkenaan...
 
2 hari lepas aku MC - xbrapa sihat... time aku cuti sakit aritu, ketua aku ada tipon aku sebab nak bgtau tentang perkara ni la.. lepas dari perbualan tersebut, terus satu prasaan lain dtg dalam diri aku.. LECEH, LECEH, LECEH...
 
bulan lepas aku ada memohon permohonan tersebut la.. pastu pihak sana ( HQ )  pertikaikan kenapa setelah 1 tahun lebih baru aku memohon kelulusan...
SEBABNYA X PERNAH LULUS LA AKU MOHON PLAK...
klu dah pernah lulus xkan la aku rajin nak mohon lagi kan...
 
pastu pagi ni, aku masuk keja.. ketua aku ckp, aku xsertakan surat permohonan yg first skali aku mohon.. yang aku tau aku dah bagi semua yang mreka minta..
xpa la klu dah leceh sangat, aku malas dah la..
 
xpa la selama ni pun mmg aku korbankan cuti rehat pun..
dan aku rasanya sampai hbs pengajianku aku tetap mcm nie.. tp kadang2 rasa mcm xpuas hati ja dengan setengah2 pejabat yang luluskan anggotanya bercuti tue.. xpa la nak wat mcm mana kan dah nasib aku mcm ni kan..
 

 
ini la kata hati aku skarang..
 skarang aku dah malas, biar la apa pun..
 jawapannya aku dah tahu dah kan, memang xdpt pun.. so....