Isnin, 30 Disember 2013

Penghujung Tahun 2013

sat ja rasa masa berlalu...
2013 dah sampai penghujung, nak tutup buku dah.. 
mcm-mcm rasa sepanjang mengharungi tahun 2013 tambah2 dalam membesarkan anak yang semakin aktif dan sihat.. memang benar-benar menguji tahap kesabaran cemah sebagai seorang ibu..

tahun depan bermula la episod irfan akan ke sekolah, lagipun irfan pun dah 2 tahun skarang..
rasa macam terlalu awal untuk hantar irfan ke taska.. tp demi kebaikan dan kesenangan semua pihak, mama kena hantar juga irfan ke taska, moga irfan akan dapat berdikari, dapat bergaul dgn kawan2, org2 tua ckp.. " kot mau cerdik skit bila hntr sekolah nie" maksudnya bukan anak mama xcerdik tp anak mama manja sangat..kat rumah, irfan xdak kawan, so bila mama hntr irfan ke sekolah, irfan boleh berkawan.. xla sunyi..



skarang pun irfan dah pandai smayang ( smayang ala2 dia la - bangun duduk bangun duduk, sudah dah.. )
tergelak juga tp tu dah menunjukkan yang anak mama ni bijak..
nanti klu dah bersekolah, cikgu ajar lagi irfan pandai..itu la harapan mama dan abah moga irfan dapat menjadi seorang anak yang baik, bijak dan soleh..

walaupun irfan kadang-kadang membuatkan mama hilang sabar.. tp irfan la pengubat duka mama.. bila balik rumah tgk wajah anak mama, terus mama lupa keletihan yg mama rasai tue..

begitulah nikmatnya anugerah yang Allah s.w.t berikan kepada kita.. 
Anugerah Yang Paling Bernilai sekali.. 

Rabu, 11 Disember 2013

Sungkai.... Cemah Come Again..

Cemah skarang berada dekat Sungkai, sekali lagi cemah kena hadiri kursus di Sungkai ni.. Macam biasa la kat mana lagi, mesti la ILSM ( Institut Latihan Statistik Malaysia)... Cemah mai jadi orang statistik la plak kan.. rasa macam pening juga la nak menerima info berkaitan teknikal ni, maksudnya tentang bidang2 kerja perangkaan ni.. tapi dah kena datang.. cuba untuk fahami juga walaupun agak lambat, ye la kan bukan bidang tugas kita.. mana nak tahu kan..
 
yang bestnya kat sini setiap bilik disediakan komputer, sambil2 tu boleh juga layan internet kan.. ok kan kemudahan yang disediakan disini.. agak menarik juga la kan sebab jarang nak jumpa dalam bilik disediakan 2 set computer untuk digunakan bagi peserta kursus. Disebabkan masa yang agak suntuk skarang ni, sambil-sambil tu cemah bawa la assignment cemah.. apa lagi, boleh la sambil-sambil wat assignment... tinggal 2 minggu lagi nak submit ni.. xtahu la sempat ke tidak ni.. harap2 sempat la cemah siapkan.
 

see... cantik kan.. dah macam meja kat opis dah..
 
ni plak suasana di pagi hari.. cemah snap dari bilik cemah la..
 



 
 
 
 

 
 
kawasan Ilsm ni luas, maybe ramai yang tak tahu tempat ni, cemah pun tahu sebab cemah kena hadiri kursus je la.. tp kat sini selalunya kursus/latihan yang disediakan lebih fokus kepada bahagian teknikal la.. mcm bidang cemah ni kurengg skit la.. agak jauh juga la dari hostel nak ke bilik kuliah, xper la sekali-sekala exercise kan, asyik duk kat opis ja..
 
k la, cemah pun xtahu nak story apa lagi, sebab harini dah last day kat sini.... BeStnYa!!!!
dah nak balik dah, hari pertama ritu, rasa cam lambat ja lagi nak balik 4 hari tu rasanya mcm lama sangat, so.... bila dah last day ni, fikiran dah xdak kat sini dah... ingat kat rumah ja.. ingat kat Irfan..

jom, cemah nak p sarapan dulu.. satg dah nak start dah...

 
 
 
 

Jumaat, 8 November 2013

Kursus lagi....

Awal tahun 2013 cemah kena kursus di Sungkai, Perak..
Dalam hati ni, berharap klu boleh dah xmau dah kursus luar2 nie, bukan apa nak kena tinggalkan irfan lagi.. tapi disebabkan arahan terpaksa la hadir juga...mayb ada kebaikan disebaliknya kan, disamping cemah boleh menambahkan kenalan cemah dan menambah ilmu di dada..
 
Cemah kena hadiri Bengkel Memperkasa Potensi Diri di PD..
dah la kena sorang2 satu jab.. risau juga la sebab berseorangan kan, maklum la skarang ni kan banyak sangat kes bunuh-membunuh ni, takut juga cemah...tapi minta dijauhkan la semua perkara tu.
 
kali ni kursus cemah bertempat di Best Western Prima Inland Sea Resort, Port Dickson..
katanya dulu nama resort ni adalah Tiara Beach Resort..
 


yang syoknya kat sini ada waterpark, kemudahan berbasikal, game room..
menarik juga la untuk bawa family riadah2 kan...
 
 
 
 
kursus cemah kali ni memang merehatkan minda cemah sebab setiap sesi pembelajaran tu memang relaks sebab ianya berkaitan diri kita sendiri. tentang bagaimana nak positifkan diri kita kerana kebanyakannya adalah negatif menguasai diri kita..cemah juga diajar mengurut untuk menghilangkan stress so boleh la urut2 skit bila rasa stress kan..hehehe untuk diri sendiri la..
 
cemah juga dapat kenalan baru dari Terengganu, Kak Da namanya... baik orangnya..
 
ni la Kak Da, cantik orangnya..
 
 
 
meh kita layan beberapa keping gmbr cemah ngan Kak Da..
 


selain tu, cemah dapat dua lagi kenalan baru, sorang bekerja di Kedah, sorang lagi di Penang... haaa tiap2 negeri cemah kutip. Tapi xsempat nak bergambar dengan mereka.. Yang dari Kedah ni namanya Suriani dan yang Penang tu namanya Akmal.. riuh dua orang tu, xsangka plak yg dua orang tu kenalan dari mereka study dulu.. pastu skarang ni keja bawah satu jabatan plak.. syok la..
 
penat juga la, penat dalam perjalanan ja.. tp hati rasa relaks.. wokey la tu kan..
 

Rabu, 18 September 2013

3 bulan lagi

 
3 bulan lagi..
 
irfan dah nak masuk usia 2 tahun..
sat je kan..
 
 dalam membesarkan irfan, mcm2 perasaan cemah rasai.. tp mcm mana pun semua tu pengalaman dan semua ni akan lebih mematangkan cemah dalam mengharungi kehidupan.. di usia ini, irfan amat memerlukan perhatian dan kasih sayang.. setiap kali cemah nak kluar p keja, cemah mesti peluk dan cium irfan dulu..walaupun dia masih tido, kdg2 dia terjaga sebab trasa ada org kacau dia tido. irfan plak skang dah pandai cakap, dah boleh sebut dah " ma, nak p.." sian plak, sayu je dengar.. mama nak p keja sayang, ptg nnt mama balik na.. nanti kita main sama2.. balik kerja plak, klu dia xtido..pastu cemah masuk rumah cemah wat xtau je ngan dia mesti dia menangis agaknya dia kata mama dia xpedulikan dia, dah la tinggalkan dia seharian.. saja ja kdg2 tu cemah nak acah dia.. tp tiap kali balik keja cemah kena peluk dia, dukung dia dulu,cium dia dulu..pastu susukan dia pastu baru emosi dia stabil, nak sambung main pun xpa la.. trasa bahagianya menjadi seorang ibu apabila trasa diri ini begitu penting bg irfan..
 
tp satu je, klu waktu dia nak merajuk atau kemahuan dia xdituruti dia mesti nak sakitkan diri dia, xpun sapa2 yg dekat dgnnya akan jadi mangsa, waktu ni la kesabaran cemah diuji.. kesian kat irfan sebab diri dia yg sakit.. sebagai seorang ibu, kesabaran teramat penting dalam mendidik dan membesarkan anak, ketika ini terfikir ttg diri cemah ketika kecik2 dulu.. mcm ni la agaknya mak dan ayah cemah mengharungi cabaran dan rintangan dalam membesarkan kami adik bradik.. cemah sentiasa memohon kepada Nya moga diberi kesabaran dan mendidik dalam membesarkan anak-anak cemah supaya menjadi insan yang berguna nnt.
 
ala.. tiba2 mood sedih plak..
 
cemah sebenarnya nak crita yang irfan dah pandai suap sendiri klu makan, sebolehnya nak suap sendiri walaupun main yg banyak daripada makan..bagus anakku sebab berdikari sendiri..moga anak dapat menjadi seorang anak yg bijak dan pandai berdikari..
 

irfan tgh makan, nak suap sendiri.. tu kira awal lagi la tu sebabnya kawasan dia makan tu masih bersih, cer tunggu lama skit confirm habis lantai tue.. xpa la anak, lps makan tu mama sapu.. nak ckp mcm mana lagi kan, dah namanya pun budak2 bukannya fhm apa sgt.. cuma boleh nasihat je la jgn makan bersepah2, nnt dia besar skit dia fhm la kan..
 

Besday Mak + Ayah

 
Bulan September pasti mengingatkan cemah dengan besday mak + ayah cemah sebab besday mereka pada bulan yang sama.. pandai ayah cari pasangannya kan..xdak lah, semua tu dah ketentuan Allah yang maha kuasa.. Dah jodoh ayah kan bertemu dengan pasangan yang lahir sama bulan dengan dia..
 
 
semalam, abg cemah pun balik so kami adik bradik wat makan2 skit ja sempena besday mak + ayah.. besday ayah minggu lepas, besday mak plak kemarin.. sronok bila dapat berkumpul ramai2 mcm tu kan..di ketika ini la kita nak bergembira bersama mak dan ayah kan, nnt bila mereka dah xdak mesti rindu semua nie.. bahagia bila dapat tgk senyuman mak dan ayah semalam..mungkin seronok tgk keletah anak menantu, cucu2 mereka.. sayang mak dan ayah..
 
 
 
 
 
kek ni cemah tempah khas wat mak + ayah..
 
 
 
 


antara menu dan hidangan kami sekeluarga semalam
 
 



sronok irfan dapat main dengan sepupu2 yang sebaya dengan dia..
bila semua dah balik, sunyi la irfan.. mula la main sorang2.. sian irfan..
ngatkan nak tido awal sebab dah xdak teman nak bermain tp rupa2nya kul 12 lbh juga baru irfan nak tido..penat mama tunggu irfan..hehehe
 

Jumaat, 16 Ogos 2013

Pertempuran bakal bermula



yaaaaa..
pertempuran bakal bermula ahad ni.. ( final exam )
harap cemah dapat membuat segala persediaan dengan rapi...
semoga hasil yang diperoleh nnt boleh membuatkan cemah tersenyum..



ni sebenarnya kata2 semangat untuk diri sendiri..

Selasa, 13 Ogos 2013

Selamat Hari Raya


Selamat Hari Raya Aidilfitri
Maaf Zahir dan Batin
dari cemah sekeluarga..
 
 
tahun ni tema biru...

Selasa, 23 Julai 2013

FC Bio Sanitary Pad

 
FC BIO SANITARY PAD
~AVAIL BEAUTY SDN BHD MALAYSIA~
 
 
 
Avail Beauty Sdn. Bhd. Malaysia memperkenalkan anda satu konsep yang terbaru, iaitu FC Bio Sanitary Pad yang diperbuat daripada ramuan herba semulajadi. Kualiti FC Bio Sanitary Pad memang terjamin! Ia diperbuat daripada bahan mentah yang berkualiti dan selamat, tidak mengandungi agen fluoresen, agen peluntur berklorin, Dioksin atau bahan-bahan lain yang merbahaya. Ia adalah rakan sebaya para wanita yang meneman anda melalui sepanjang masa keemasan anda. FC Bio Sanitary Pad pastinya pilihan utama para wanita yang mengejar kesihatan dan kesejahteraan
 
 


Menurut soal-selidik yang dijalankan, 73% wanita mengalami masalah kegatalan, kepanasan dan kesakitan ketika haid. Ini adalah akibat pemakaian tuala wanita yang tidak telus udara. Maka, memilih tuala wanita yang sesuai adalah amat penting bagi mengelakkan masalah-masalah tersebut. FC Bio Sanitary Pad terbentuk daripada 3 lapisan. Lapisan permukaan diperbuat daripada 100% kapas, lapisan tengah mengandungi S.A.P. yang memberi kuasa serapan tinggi dan lapisan bawah yang telus udara.
 
FC Bio Sanitary merupakan produk dipaten yang unik. Ia mengandungi ramuan herba asli yang istimewa, membantu para wanita bebas daripada masalah-masalah sakit puan yang merunsingkan. FC Bio Sanitary Pad berkesan dalam membantu menghilangkan senggugut, menyelesaikan masalah kitaran haid tidak teratur, menghilangkan masalah berbau, membasmi kuman, mencegah jangkitan, menghilangkan kepanasan, mengecutkan rahim dan juga meningkatkan sistem pertahanan badan. Segala bahan mentah, proses dan produk dijamin mencapai tahap piawai kebersihan dan sentiasa dipantau oleh Kementerian Kesihatan.
 
Fungsi dan kelebihannya : 
  • mencegah senggugut
  • mengawalatur kitaran haid
  • mencegah buasir
  • membuangkan angin perut
  • menghilangkan bau
  • membuang darah beku di rahim
  • mencegah keradangan dan membasmi kuman
  • menghilangkan kepanasan dan menguatkan rahim

    
 

 

PAD MALAM - 1 BUNDLE RM 170
 
PAD SIANG - 1 BUNDLE RM 190 
 
PANTYLINER - 1 BUNDLE RM 170
 
SET CAMPURAN - 1 BUNDLE RM 172
 
untuk sebarang tempahan boleh sms/call @ pm
 
012-5666474
 




    

    

    


 
 
 


Selasa, 16 Julai 2013

setahun sudah

 
 
Tanggal 16 Julai 2012 cemah mula melapor diri di sini... dan jabatan ni merupakan jabatan yang ketiga wat cemah..


kini 16 Julai 2013 cemah dah cukup setahun berada di bawah pengurusan jab ni.. selama setahun cemah belajar mcm2 kat sini, dan kawan plak cemah jumpa yang pelbagai ragam..

mcm mana pun mreka, cemah tetap cemah..
wat je apa yg cemah rasa cemah nak wat..
dan cemah kwn dengan semua org..



Ahad, 14 Julai 2013

Mengapa Radiglow Menjadi Pilihan

 RADIGLOW

CANTIK BAGAIKAN SELEBRITI..


pasti semua mengenali artis ni kan..
salah seorang artis peberet cemah nie.. dia pun salah seorang pengguna Radiglow Skinfiniti..

sorang lagi pengguna Radiglow Skinfiniti..


suka cemah tgk Irma Hasmie nie..
tambah2 sejak dia berkahwin dan dah dapat anak, sweet sgt fmly ni..
cantik kan dia...

nak cantik mcm dia tak ?
meh cemah story skit kenapa radiglow menjadi pilihan artis2 ni..
bukan artis2 ni jer tp skang ramai dah menggunakan Radiglow Skinfiniti nie.. nak tau pasai pa..
meh cemah crita skit..

sebabnya : 
  • Radiglow ni merupakan produk pertama yang lengkap dengan kandungan semua keperluan tubuh badan, baik dan bagus untuk kesihatan sekaligus untuk kecantikan juga.. kecantikan dalaman dan luaran. Mempunyai 1001 khasiat dan kebaikan hanya dalam 1 produk saja.

  • Kandungan Radiglow terdiri daripada ramuan berkualiti premium terpilih dari sumber-sumber berikut seperti ASTAXANTHIN, L-Glutathione, Hydrolyzed Fish Collagen, Vit C dan juga estrak Blackcurrant.

  • Didatangkan dalam bentuk bungkusan kotak yang eksklusif mengandungi 2 botol Radiglow yang mudah untuk ditempatkan di rumah dan juga di bawa ke mana sahaja contohnya dalam handbag bagi kaum wanita.

  • Cara penggunaan yang sangat mudah. Tablet yang boleh dikunyah atau terus ditelan dengan rasa yang sangat enak iaitu perasa Blackcurrant/Beri. Hanya perlukan 2 tablet Radiglow setiap pagi dan seterusnya akan tampil sihat dan menawan dari hari ke hari.


harga satu 1 kotak ( 2 botol ) RM 180 (SM) / RM 190 ( SM )

klu berminat sms la Cemah

012 5666474







Jumaat, 12 Julai 2013

<< Salam Ramadhan >>

Dah tiga hari kita semua berpuasa kan...
Rasanya masih belum terlewat untuk cemah ucapkan selamat menunaikan ibadah puasa kepada semua....
Semoga kita semua mendapat keberkatan darinya di bulan yang mulia ini..
 




 
 

Isnin, 10 Jun 2013

.. Jun 2013 dah ..


kejap ja masa berlalu, teringat lagi tahun lepas bulan Jun la time tu cemah baru saja check in hotel kat KL untuk hadiri satu kursus anjuran jabatan.. masa tgh tunggu nak dapatkan kunci bilik, kwn kat opis tipon.. kwn cemah bgtau yang cemah dapat surat daripada JPA berhubung dengan permohonan pertukaran cemah.. sronok juga dengar berita tu sebab memang yang tu yang ditunggu2kan oleh cemah, tp pada masa yang sama cemah rasa sedih plak sebab terpaksa meninggalkan sahabat2 cemah nnt.. cemah bagitau mreka, " pasai pa bgtau awal sgt, tunggu la kak cemah balik opis dulu, kang dah xsronok nak berkursus pun " dan xsangka tu la kursus terakhir yang cemah akan hadiri bersama jabatan ni.. HUHUHU...
 
mungkin telah ditakdirkan kursus tersebut merupakan kursus terakhir cemah, makanan kat hotel tu sedap2 la..trasa mewah la sekejap.. mayb hotel tu 4star kot.. slalu kursus ni jarang la skit kementerian or jabatan nak wat kat hotel mewah2 kan.. tp bagi cemah makanan kat situ mewah2 la.. xtahu la bg orang lain yang selalu makan makanan mewah2 kan.. mungkin ketentuannya nak bg cemah rasai kenangan yang indah2 sebelum cemah meninggalkan jabatan tu.. kwn2 satu kursus dgn cemah pun kata " ala, baru ja nak kenal cemah, cemah dah nak pergi ".. nak wat camna kan dah tu pilihan cemah..terpaksa akur la.. tp cemah still boleh wat pilihan lagi..
 
balik je dari kursus, masuk je opis.. kwn2 cemah terus tunjukkan surat pertukaran tersebut.. senyum tp dalam hati sedih sebab nak tgglkan kwn2 dan bos yang amat spoting tu.. dulu time cemah minta tukar tu memang agak tegang skit la suasananya tp masa tu bos baru ni xdtg lagi.. bila dah rasa serasi dgn bos baru ni, dapat pula surat tukar.. confius juga la samada nak bertukar ataupun tidak sebab time tu cemah dah pening..dan akhirnya cemah wat keputusan cemah bertukar juga untuk cari pengalaman dan suasana  kerja yang lain plak..
 
sedar x sedar  dah hampir setahun cemah berada di tempat baru yang dah xbaru ni..walaupun dah hampir setahun, namun cemah masih dalam tempoh mempelajari suasana dan tempat baru yang banyak berbeza dari tempat cemah dulu..dan cemah masih merindui kwn2 cemah kat opis lama dulu..
 
I miss u all..
 
 
 
ada waktu seronok, ada waktu xseronok.. adat la tu kan, kat mana pun sama ja.. yang penting pengalaman... dah 3 tempat cemah keja, dan cemah banyak belajar daripada semua pengalaman cemah tue..

Khamis, 30 Mei 2013

.. stress ..

cemah agak stress skit rini..



mayb dari awal lagi kot cemah dah set minda cemah untuk stress sebab tu cemah rasa stress..
dari semalam lagi cemah duk fikirkan ttg meeting pagi ni..rasa mls nak masuk meeting sebabnya cemah kena amik minit mesyuarat.. bosan betul la klu kena amik minit ni, sebabnya yg melalut tu banyak dari yg nak dibincangkan..

meeting start kul 9 pagi, cemah sangkakan nak hbs dalam kul 11 mcm tu la.. tup2 kul 1 baru hbs meeting, x ke bengong cemah kat dalam tu, dah la dengan perut kosong..berbunyi irama mcm2 dah kat dalam perut tu.. sabor je la..

ntah kenapa cemah rasa stress sgt lepas meeting tu, mayb cemah banyak fikir sgt kot... dengan esemen yang masih xsiap2 lagi, dengan nak interbiu lagi la... ohh rasa poning sat, rasa hbs ja interbiu nnt mayb ringan skit bebanan fikiran cemah nanti.. terbawa2 hingga ke opis plak..
cemah rasa cemah kena bijak atasi stress ni so cemah amik inisiatif untuk ronda2 utk hilangkan rasa stress tue..cemah pun kluar la amik angin, ronda2 tgk baju ( window shoping ),... ngat nak ajak cik P.A dating skali, tp cik P.A ada hal plak so cemah ronda sorang2 la,
HAA.. lega rasanya bila dah jalan2 cuci mata..
skang cemah dah rasa lega skit, hilang dah skit..

 
xelok stress lama2 kan, xelok untuk kesihatan
always smile !!!

Rabu, 22 Mei 2013

.. Interview oh interview ..

dah lama rasanya xpost apa2 entry kat blog ni.. cemah xdak idea nak di kongsi bersama kawan2 semua..
 
ok, disini cemah nak kongsi skit berita gembira cemah...
 
 
cemah dipanggil untuk interview jawatan yang sama dengan Kak Siti @  Sifu cemah 11 jun nnt.. memang cemah berharap sangat dapat mengikut jejak sifu cemah.. tetapi cemah xboleh menaruh harapan yang terlalu tinggi sebab andaikata cemah gagal, nanti cemah frust menonggeng plak.. so skang cemah hanya mampu berusaha dan berdoa moga cemah dapat wat yang terbaik pada sesi temuduga nanti..
 
dengar katanya ramai yang dipanggil untuk temuduga SPA untuk post EO ni, saingan sengit.. tapi xtahu la berapa kekosongan yang ada..
kalau cemah dapat sronok la, tetapi jika sebaliknya cemah redha..
mungkin bukan rezeki cemah lagi kan..
 
skang ni cemah sedang berusaha untuk dapatkan tip2 temuduga,bukan cemah xpernah hadir temuduga tapi untuk penambahbaikan saja..
 
gemuruhnya...
 
org perlis ckp.. " ketaq oiii " 
 
 
^^ doakan yang terbaik wat cemah ^^ 

Jumaat, 5 April 2013

.. semester lima dah bermula ..

poning cemah sem nie... ntah jadi mcm mana pun xtau sampai xtahu nak ambik subjek apa... byk perkara yg perlu cemah fikirkan...serabut juga cemah..

ptg td cemah dah register utk semester 5... sat je rasanya dah masuk sem 5... so, semakin byk semesternya semakin beratlah subjek2nya...dan pastinya tentu killer2 punya..sebab tu yg cemah jd mcm ni... cemah dah serabut nak ambil brapa subjek... kwn2 cemah majoriti amik 5 subjek ( 15 jam kredit )... cemah plak cuma amik 4 subjek ja ( 12 jam kredit )... teringin nak ikut depa... tp cemah rasa mcm xmampu nk bg komitmen sepenuhnya memandangkan byk lg komitmen lain yg cemah perlu hadapi..tadi, cemah berbincang dgn en.suami.. katanya wat la ikut kemampuan kita sendiri, xpyh nak ikut2kan orang... nnt diri sendiri yg akan rasa teruk,,, watnya cemah stress ke nnt,,, mana nak tau kan.. tp sedaya upaya yg boleh, cemah akan bahagikan masa cemah dgn sebaiknya..dan cemah akan wat yang terbaik...insyaallah..

esok pagi, kelas cemah akan bermula dah, n then start to do the esemen...
gud luck cemah ( sokongan utk diri sendiri )

Selasa, 2 April 2013

.. Mutiara Kata Hari Ini ..


setiap pagi di opis cemah, ada bacaan doa dan mutiara kata so
pagi ni tiba la giliran cemah yang membaca mutiara kata..
ketaq tu tetap ada walaupun xseteruk mana pun.. tapi bila dah kena pegang microfon dan bercakap di hadapan semua orang pastinya perasaan gemuruh tu tetap ada.. xtau la nak buang prasaan tu mcm mana.. walaupun ketaq, cemah cuba juga..
 
ok, ni mutiara kata cemah pada hari ini....
 
Tidak semua orang bertuah
Tidak semua orang memiliki apa yang dikehendakinya
Mungkin apa yang menjadi milik kita tidak secantik atau seindah milik orang lain
Namun sekiranya kita bersyukur dan tahu menghargai
Percaya lah, mungkin itulah anugerah yang terindah buat kita..
 
sama-sama kita renungkan...

Khamis, 28 Mac 2013

.. Oh My Class ..

 
kelas nak start dah..
 
hbs dah percutian cemah utk sebulan,
mggu depan dah nak start kelas dah untuk semester 5
dah hbs dah otak cemah bleh relax dan xfikirkan tentang buku..
rasa lagi mencabar ni ditambah lagi dgn tugas2 pejabat yang kian bertambah..
 
harap cemah diberi kekuatan untuk menghabiskan pengajian cemah..
 
 


Selasa, 26 Mac 2013

.. Ada Perbezaan x? ..


APA PANDANGAN KORANG SEMUA KAT GMBR NIE,,
HEHEHE..
SAJA JER CEMAH XDAK KERJA...
 
 

Isnin, 25 Mac 2013

.. aLHAMDULILLah..


sebenarnya enrty ni dah lama dah patut cemah kongsi tapi xberkesempatan lagi..

alhamdulillah..
 
cemah dah dapat kelulusan sambung belajar dari ketua jabatan opis cemah, n lps ni bleh la cemah mohon cuti utk kegunaan pengajian cemah walaupun xdapat sepenuhnya keistimewaan tersebut berbanding kwn2 cemah, namun cemah tetap bersyukur kerana akhirnya usaha cemah telahpun berjaya...
 
amin

Selasa, 12 Mac 2013

.. Tahniah Kak Siti ..


cemah juz nak kongsi kegembiraan seorang sahabat cemah nie.. namanya Kak Siti
sronok Kak Siti bila dapat tawaran untuk kenaikan pangkat sebagai EO ( Penolong Pegawai Tadbir ) ye la siapa yg xsronok kan klu dapat tawaran mcm tue.. cemah pun nak, cuma bukan rezeki cemah lagi kan..
baginya keluarga adalah diutamakan..cemah bangga dan rasa gembira dengan kejayaan beliau.
pada awal Kak Siti dapat surat tu, cemah la tempat Kak Siti berkongsi cerita, sronok dgr suara Kak Siti time Kak Siti telefon cemah bgtau ttg tawaran tersebut.. terdengar juga tangisan kegembiraan Kak Siti.. hanya ucapan tahniah mampu cemah berikan..Kak Siti pernah memberitahu cemah yang Kak Siti risau sekiranya tiada kekosongan jawatan tersebut di sekitar Perlis/Kedah.. bukan apa Kak Siti perlukan fikirkan keluarganya yang perlu ditinggalkan andaikata dia ditempatkan di luar kawasan Perlis/Kedah memandangkan anaknya baru berusia 4 bln..
klu cemah, cemah pun xmau tinggal anak cemah, nak p kursus pun jenuh merindu, ni kan pula nak tinggal-tinggalkan berbulan2..tp klu dah terpaksa apakan daya, tetapi juga andaikata ada pilihan, semestinya kita akan membuat satu pilihan yang terbaik untuk diri kita dan juga keluarga kita..
Kak Siti dikehendaki untuk melapor diri pada 11 Mac 2013..tanpa jemu, sikap kental yang ada dalam dirinya membuatkan Kak siti sentiasa mencari kekosongan jawatan tersebut disekitar Perlis/ Kedah..
alhamdulillah, setelah Kak Siti melaporkan diri di Putrajaya, berita gembira yang dikongsi bersama cemah adalah Kak Siti ditempatkan di Negeri Kedah..
seronoknya.. Allah mempermudahkan segala urusannya..

doa cemah, semoga Kak Siti akan sentiasa berjaya dimana sahaja Kak Siti berada, moga cemah juga bakal mengikuti jejak langkah Kak suatu masa nanti..
kerana bagi Cemah kak adalah sahabat dan tok guru cemah..

tahniah kak..

Rabu, 6 Mac 2013

.. Masker Pure Marine Collagen ..


.. Masker Pure Marine Collagen ..

 
untuk menegang kulit muka
untuk menggebukan kulit muka
kulit muka akan berasa segar dan bersih
 
JIKA BERMINAT BOLEH HUBUNGI CEMAH...

pm me

emaas.anastasia@facebook.com
emaa_anastasia@yahoo.com



or sms di 012-5666474 / 012 5520794

harga yang berpatutan cemah kasi punya..

Selasa, 5 Mac 2013

.. Kasihku Yang Satu ..


 Kasihku Yang Satu
syania syaa
syania89.blogspot.com
 
 

Daniel Harith..
lelaki perfect package yang punya segala-galanya. wajahnya persis model dan berharta, cukup membuatkan dirinya digilai ramai. demi harta, dia sanggup melakukan apa sahaja dan sanggup berkorban masa depannya kerana pasti disebalik pengorbanan yang dilakukan, pasti akan ada habuannya..

Dannia Danisha ..
gadis yang serba kekurangan namun kaya dengan kasih sayang. keranan budi keluarga yang telah membelanya dari kecil, dia sanggup berkahwin dengan jejaka yang langsung tidak dikenalinya.
 
Daniel Harith tega mempergunakan si isteri untuk kepentingannya, namun si siteri masih lagi bersabar. semakin lama timbul pula perasaan aneh membuatkan hatinya keliru. jika si isteri tiada di depan mata, barulah dia sedar bahawa dia amat memerlukan isterinya. apabila cinta sudah bersambut dan meniti alam bahagia, Athirah pula muncul memusnahkan segala-galanya. Iqbal juga tiba-tiba muncul memburu cinta pertamnaya. pergolakan demi pergolakan membuatkan Dannia Danisha aku untuk mengundurkan diri..
 
apakah kesudahannya...
 
 




 

Jumaat, 1 Mac 2013

.. Pure Marrine Collagen Soap ..

.. Pure Marrine Collagen Soap ..


pmc aaa
berat; 60gram

kebaikannya..

*mencantikkan kulit
*mengecilkan liang pori
*melincinkan kulit
*mengecutkan jerawat
*mengurangkan whitehead/blackhead
*mengurang kedutan
*merawat resdung
*menjadikan kulit gebu
*kulit lebih anjal
*mengurangkan pimentasi


RM 15/ketul


pmc aaa+ papaya
berat; 60gram

kebaikannya...

*mencerahkan kulit
*mengurangkan bintik hitam/putih di muka
*menghilangkan jerawat secara berkesan & lembut
*membantu pertumbahan sel kulit baru yg lbh cerah
*tidak mengeringkan kulit
*membantu hilangkan parut
*membuatkan kulit jadi segar n lembut


RM 15/ketul




pmc aaa+beras
berat; 60gram

kebaikannya...

*menjadikan kulit cerah dan gebu
*mengurangkan kesan gelap di bawah mata
*menghilangkan jerawat secara berkesan & lembut
*membantu pertumbahan sel kulit baru yg lbh cerah
*tidak mengeringkan kulit
*menegangkan kulit
*membuatkan kulit jadi segar

RM 15/ketul


inginkan kulit cantik bersama pmc, lekaih2 la pm cemah...


emaas.anastasia@facebook.com
emaa_anastasia@yahoo.com

or sms cemah 
012 5666474 / 012 5520794

.. Pure Marine Collagen ..

.. PURE MARINE COLLAGEN ..
( Rumpai Laut )


pmc gred aa



pmc gred aaa

khasiatnya :

terkenal untuk kecantikan kulit
melancarkan kitaran darah
mencantikkan agar kulit lebih putih dan tegang
melambatkan penuaan dan melangsingkan badan
iodine yang terdapat di dalamnya mampu memperbaiki fungsi kelenjar thyroid sekaligus mencegah masalah Goitre iaitu kalenjar thyroid daripada membengkak
membantu menurunkan kolestrol dalam tubuh
membantu merawat gastrik
bertindak sebagai antikulat dan antibakteria
membantu menurunkan tekanan darah tinggi
membantu menstabilkan kandungan gula dalam darah
membantu merawat penyakit gout
memberi tenaga dan menguatkan sistem tubuh
mencegah kanser
meningkatkan sel rawan dan otot
menguatkan tulang dan sendi
merawat anemia
menyerap lebihan garam dalam tubuh (lumpuh)
melicin dan menegangkan kulit serta payu dara (anti penuaan)
memulihara sel-sel kulit mati (jerawat)
mempercepatkan penyembuhan luka
menstabilkan kandungan gula dalam darah (kencing manis)
membersihkan tubuh dari reaksi radikal bebas
memberi kekenyangan (diet)
melancarkan sistem metabolisme
memulihara usus kecil (sembelit)
memberi tenaga dan menguatkan sistem tubuh
menghilangkan selulit
mencantikkan kulit bayi jika diamalkan oleh ibu mengandung (kandungan 4 bulan ke atas)

PENYEDIAAN MARINE COLLAGEN

rendam semalaman
basuh 2-4 kali dan bilas
untuk 100gm (1 pack). rebus dengan air yang banyak (2-3 liter)
rebus sehingga mendidih & kelihatan seperti memasak jelly (agar2) - boleh letak daun pandan & gula batu
masukkan dalam bekas kecil2 (cadangan sahaja)
bila dah sejuk simpan dalam peti sejuk (tahan sehingga 3-4 minggu)

MASA YANG DISARANKAN UTK MENGAMBIL MARINE COLLAGEN

2 sudu besar - pagi (sebelum sarapan)
2 sudu besar - malam (sebelum tidur)

* perhatian : jika boleh elakkan minum kopi, nescafe; minuman yang tinggi kandungan kafien sebab semua tu boleh menyerap kembali khasiat daripada pure marine collagen ni..

SIAPA YANG BOLEH MENGAMBIL MARINE COLLAGEN

ibu mengandung (utk kandungan 4 bln ke atas shj)
kulit anak menjadi cantik, bersih dan gebu

ibu yang tidak bertenaga dan mudah letih

ibu yang menyusukan anak (collagen ini tinggi mineral)

kanak-kanak yang berumur 2 tahun ke atas

wanita lepas bersalin tidak digalakkan makan sehingga selepas 2 bulan

sesuai untuk lelaki dan perempuan

JIKA BERMINAT BOLEH HUBUNGI CEMAH...

pm me

emaas.anastasia@facebook.com
emaa_anastasia@yahoo.com

or sms  di 012-5666474 / 012 5520794

harga yang berpatutan cemah kasi punya..

Isnin, 25 Februari 2013

.. cik Blur dan encik Ikhlas ..

cemah nak cari novel nie..
jom kita baca novel ni ramai2..
nampak menarik..
 


ni sipnosis citer novel nie..
klu tertarik dan menarik, jom kita beli dan baca sama2.. skang ni cemah masih dalam proses mencari novel ni, sebab novel ni laris sgt..

AKU? Tak tahulah apa yang tak kena. Ada saja salah aku di mata dia. Kalau sehari tak marah aku, gamaknya dia tidak serupa orang. Nak kata aku tak cantik, di dalam ofis ini ada lagi yang tak cantik. Sudahnya aku berhenti kerja saja.
 
“Helo, dah pukul berapa ni? Tak reti nak masuk pejabat? Ingat ni syarikat tok nenek awak ke?”– Encik Ikhlas
 
“Encik pekak ke? Kalau encik pekak saya cakap lagi sekali. Dengan rasminya saya dah berhenti kerja, berkuat kuasa hari ini.” - Kasih Khalisha
 
Selepas aku berhenti kerja, amannya aku rasakan hidupku ini. Tapi… tiba-tiba aje dia muncul kembali.
 
“Apa encik buat kat sini?”
 
“Eh! Saya yang sepatutnya tanya soalan tu. Kenapa Kasih ada di rumah saya ni?”
 
“Rumah encik? Ini rumah encik?”
 
“Yalah. Ini rumah saya! Takkan rumah beruang pula!”
 
Aduh! Aduh! Aku rasa kepala aku dah pening. Dah rasa berat sebelah. Rumah dia? Rumah lelaki tanpa perasaan ni? Argh! Kenapa boleh jadi seperti ini? Kenapa dunia ni kecil sangat?
 
Bagaimana aku hendak menghadapi kenyataan bahawa lelaki yang selama ini terkenal dengan garangnya, tiba-tiba saja berubah karakter di hadapanku?
 
“Hmmm, susah juga nak memenuhi ciri-ciri lelaki pilihan Kasih. Siapalah yang agak bertuah tu, kan?”
 
“Siapa tahu, kan. Pasti ada seorang lelaki untuk saya.”
 
“Kalau tak ada, ambillah saya. Saya pun masih kosong.”

Ya, setiap satu itu pasti ada hikmahnya. Adakah perpisahan yang dulu akan menemukan aku dengan seseorang yang lebih baik? Atau sebaliknya? Argh! Sungguh, sedikit sebanyak kehadiran Encik Ikhlas membuatkan aku buntu untuk berfikir.

Khamis, 14 Februari 2013

.. Pengajaran Untuk Cemah ..

ni adalah kisah pengajaran untuk cemah dan untuk kawan2 yang lain juga..
sebelum2 ni mayb cemah hanya tgk gambar orang lain saja tapi kali ni cemah rasai sendiri..
memang kita percaya ada makhluk lain ciptaan Allah yang hidup di muka bumi ni kan.. so memang makhluk ini wujud.. dan aku rasai sendiri..

kisah dia macam ni..
 
sempena cuti CNY ni, member baik cemah balik kampung... so, cemah ambik masa terluang utk jumpa dia sbb dah lama rasanya xjumpa dia.. petang kemarin, balik je dari kerja en.suami pun datang ambil bawa irfan skali.. kami pun terus ke destinasi yang telah dijanjikan.. rasanya kul 6.00 ptg juga la kami sampai.. destinasi kami adalah Tasik Melati
 
first tu kami juz minum2 jer sambil sembang2.. pastu dah sebab lama xjumpa, sesi bergambar plak la sebagai kenangan.. sebelum balik, kami berposing dulu..


ni la member baik aku..

gambar ni sebelum kejadian berlaku..
seronok jer bergambar petang tue.. irfan plak memang nampak sronok sgt, asyik gelak jer..
 
 
macam2 aksi dia buat.. sronok sgt agaknya kan..
 
 
 
 
dah hbs bergambar, trasa nak tgk la balik gambar2 yg dah disnap td..
waktu tu la cemah perasan ada sesuatu yg pelik dlm satu gambar ni, klu dilihat lama2 rasa gerun juga la kan..balik rumah pun masih trasa lagi.. harap2 xdak apa2 yang berlaku pada kami semua selepas kejadian tu terutamanya anak cemah yg masih kecil dan xtahu apa2 tu kan..

 
rupa makhluk tu serupa dgn alien, kakinya memang xjejak bumi la sebab kaki dia pendek.. memang nampak jelas rupa dia dlm gmbr tu, nampak mcm dia terapung2 la kan.. tapi tangannya panjang sampai ke tanah.. cemah mls nak upload gmbr tu kat dalam entry ni sebab nanti cemah rasa takut plak.. mungkin waktu tu dah nak masuk waktu maghrib.. orang tua2 cakap waktu2 mcm tu selalunya syaitan iblis berkeliaran..kena masuk rumah, jgn main2 dah kat luar.. tapi tu la kita kan org muda, anggap waktu2 macam tu xpa lagi.. tapi mmg cemah ngan member cemah pun dah nak balik juga waktu tu.. tapi xsangka la makhluk tu datang awal sgt..so lepas je dari kejadian tu kami semua terus balik.. dah xbrani nak possing2 lagi.. nanti klu member cemah balik lagi, kita jumpa lain..rasa cam xpuas jer sbb masa terlalu singkat..
 
balik je rumah, cemah basuh muka anak cemah dulu sebelum masuk rumah..
cemah mandi selepas tu ambik wudhuk nak solat maghrib, cemah sapu juga air wudhuk yg ada dimuka irfan.. cemah baca ayat kursi.. semoga makhluk itu tidak mengekori kami sampai rumah.. alhamdulillah, anak cemah ok saja.. xnampak la sebarang kejadian pelik pada dia selepas balik dari Tasik Melati tue.. anak cemah pun tido nyenyak je malamnya..
 
kejadian ni memberi pengajaran untuk cemah dan en.suami serta member baik cemah supaya jgn bawa anak dan berada di kawasan yang tidak sesuai waktu maghrib.. seeloknya waktu2 mcm tu duk kat rumah, solat maghrib..

cemah berharap makhluk tu xmengganggu anak cemah..
semoga Allah melindungi kami..
 

Rabu, 13 Februari 2013

.. Sian Cemah ..


Selamat tahun baru cina bagi kawan2 yang berbangsa cina..
sempena sambutan raya cina ni ramai la plak yang amik cuti kan kecuali cemah sbbnya cemah budget nak cuti exam nnt.. maklum la cuti kan xbanyak..tp cemah xsangka la plak nak jadi mcm nie.. sbb cemah tau siapa yang dah mohon cuti.. mmg cemah xbudget pun nak jadi mcm ni..

cemah sangkakan ada la 2-3 orang lagi bhgn admin sebab cemah tau ada lagi 2-3 orang yang x apply cuti..tapi bila masuk ja ofis tgk bhgn admin sorang pun xdak lagi...mesti ramai yg malas nak keja rini, mayb sbb dah cuti panjang kan CNY ritu.. alamak, cemah keseorangan la rini.. tapi mujur ada sorang kakak ni masuk juga kerja, dia pun terkejut sbb tgk bhgn admin kosong.. dia pun tanya cemah " aik, semua cuti ker? cemah tggl sorang ker ?" akak ni, dah terang2 lagi bersuluh lagi mmg aku sorang je bhgn admin.. pastu dia cakap lagi.. " akak pun sebab ada kerja urgent je.. klu x, akak pun hanyut juga".. patut la cemah rasa mls sgt nak dtg keja td.. rupanya nak jadi mcm ni, mujur cemah x EL juga kan, klu x... confirm bhgn admin kena marah ngan bos sbb xdak org yg bekerja..

arini kira cemah sorang juga la sbb akak ni pun slalu kerja luar,
alahai cemah.. nasib la cemah...

Khamis, 7 Februari 2013

.. Sayang Mama Demam ..


Balik jer dari Sungkai, dikhabarkan anak mama demam.. sian plak..
ari tu sampai ke Perlis dah malam dah, balik rumah.. irfan dah tido.. xsempat nak main2..
tp disebabkan kesihatannya, irfan xleh nak tido nyenyak.. banyak kali irfan terjaga dari tido..sian plak mama tgk.. abahnya pun kerja..

anak mama ni demam rindu kot..
xper sayang, malam mama dah boleh peluk adik..

alhamdulillah, demam irfan xmelarat sgt la.. 2 hari selepas tu, irfan dah ok dari demam cuma batuk2 je yg masih belum sembuh..

tu la, demam rindu kot..
sian anak mama..

..3 hari ku di Sungkai..

 
3 hari ku di Sungkai..
 
bukan saja2 nak p tau, tapi disebabkan kursus jabatan..
 
ok ni,beberapa keping gmbr yg sempat aku snap..
cantik sebab bangunan baru, nampak indah jer, asrama pun dah ala2 hotel lagi, siap ada komputer lagi kat dlm bilik.. hebat la tu kan.. hotel pun xmcm tu kan, mayb sebab bangunan ni adalah institut latihan kan.. sebab tu la mereka sediakan komputer utk memudahkan peserta kursus menikmati kemudahan tersebut.
 
 
ini la wajah Institut Latihan Statistik Malaysia
 
 
tag kursus

 
 
kaunter di blok asrama
 

blok asrama
 
 
ruang makan
 

laluan ke bilik kuliah
 

 
aku suka kawasan ni, cantik...
sory yer abg razif tersnap gmbr abg razif plak..
 

 
dalam kelas, posing dulu sebelum penceramah datang..
 


gambar terakhir yg aku sempat snap..

sebenarnya ILSM ni baru je beroperasi, klu xsilap tahun 2012 kot.. sebab tu masih ada bangunan yang sedang dalam pembinaan.. klu aku p lagi lepas ni, ntah semakin banyak bangunan yang dibina kat situ.. tempat luas kan..