Isnin, 1 Oktober 2012

Perasaanku..

aku salah seorang kakitangan Gomen.. baru 2 bulan aku menjejakkan kaki di pejabat baru, sebelum ni aku di pejabat lain, dah semestinya Gomen juga la kan.. bg yang mengenaliku, mungkin mreka tahu la pejabat lamaku dulu.. aku juga kini sedang melanjutkan pengajianku secara luar kampus di salah sebuah universiti dalam Malaysia ni. seperti semua yang org tahu keja dengan Gomen ni banyak la keistimewaannya klu nak dibandingkan dengan keja private kan.. tp bukan semua keistimewaan tu layak diperolehi dan dinikmati.. aku salah seorang dari mreka yg xdpt nak merasai nikmat itu..

klu yang diikutkan oleh JPA ( Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia ), mreka telah membenarkan permohonan cuti tanpa rekod untuk kakitangan yang menyambung pengajian secara part time or full time ~ ikut la dengan gaji ataupun tanpa gaji kan.. ngatkan boleh mohon la sbb kelas aku dah nak bermula dah no xlama g.. * pening kpala plak nnt nak study n wat esemen *

dulu aku kat pejabat lama, aku xlayak juga nak mohon cuti tanpa rekod, katanya sebab aku xdak surat kelulusan drpd ketua pengarah.. so disebabkan itu, aku pun wat la permohonan kat ketua pengarah, malangnya nasib aku permohonan itu xdiluluskan walaupun dah dua kali aku mohon..
kejam sungguh la mreka ni..huhuhu  xpa la demi semangatku untuk sambung blajar, aku korbankan cuti rehatku untuk menghadiri kelas dan peperiksaan.. waktu sebelum ni xdak baby bleh la, cutiku confirm banyak g, tp skang ni dah ada bby kena berjimat cermat la risau klu sebarang kejadian yang diluar jangkaan berlaku kan.. baik aku prepare cuti awal2..

sangkaanku bila aku dah bertukar pejabat, bleh la aku rasai nikmat tu tp malangnya pejabat baru pun sama juga malah ada yg lebih teruk pun ada.. leceh la mreka ni.. apa yang dimaklumkan oleh ketua aku, disini hanya boleh sambung blajar bahagian  mreka sahaja... klu bahagian lain mreka xbenarkan.. mujur aku dah sambung bljar sebelum mai sini g.. apa salahnya kakitangan nak sambung blajar , untuk peningkatan kerjaya juga.. sampai bila nak brada di tahap tu saja kan.. kita perlu membuat perubahan selaras dengan perkembangan ekonomi skang ni kan.. tringin juga nak brada di tahap atas... maka dengan itu, di pejabat baru pun aku terpaksa melalui perkara yang sama... aku terpaksa korbankan cuti rehatku demi pengajianku..

aku sdikit kecewa la dgn apa yang berlaku tp sbg orang bawahan kena trima saja kputusan mreka..
siapa la aku untuk bersuara..


2 ulasan: