Untuk tatapan kawan2 blogger yang memang suka makan koew teow sup..
entry ni juz nak share gambar koewteow sup yang aku paling suka.. aku start makan koewteow tu setelah diperkenalkan oleh rakan sekerjaku ketika aku masih bekerja di Institut Perguruan Perlis satu masa dahulu.. nak crita skit la kan.. time tu aku makan, koewteow tu cuma berharga RM 2 je.. lepas tu naik jadi RM 2.50, pastu naik lagi jadi RM 3 plak sampai la skang harganya dah meningkat menjadi RM 3.50.. kiranya aku nak crita kat sini bahawa aku ni dah lama makan koewteow sup kat gerai kak tue.. xbleh nak cakap juga dia slalu naik harga, ye la kan... harga barang kan slalu naik, klu dia xnaikkan harga jualan dia, mcm mana dia nak untung kan... tp puas hati la makan kat gerai dia, mmg sedap koewteow tu.. tp bagi yang tidak menggemari koewteow sup ala thai mungkin xminat juga kan.. kak yang jual ni dia orang pattani, berkahwin dengan org sini.. pastu dia kembangkan lah kemahiran dia ada dengan membuka gerai bihun sup ala thai..
kak yang jual tu pun dah kenal aku, klu xsilap masa aku mula makan kat gerai dia, time tu tahun 2006 kot.. kiranya aku masih setia dengan gerai kak tu sampai la skarang.. gerai dia pun dah semakin cantik, dulu bleh la kata hanya ada 2-3 meja sahaja tapi skarang dah jadi banyak dah..
saper2 yang first makan mesti berpeluh2 sebab memang pedas kow2 punya..
kemudian aku perkenalkan kat kwn2 xoffice aku dulu, xsangka mreka pun mempunyai minat yg sama.. bila time hujan or redup2 skit mesti lagi sedap sebab kuahnya yang panas2 dan pedas2 confirm bleh panaskan badan kita yang tengah sejuk tu kan... skang klu aku nak jumpa mreka sembang2, gerai kak tu la yang jadi port kami...