Jumaat, 28 Disember 2012

.. Jalan2 umah baru Cik P.A ..


petang kemarin, saja la ngat nak jalan2 melawat rumah baru Cik P.A kita..
seronok tgk rumah dia, cantik dan selesa..
muda2 lagi dah ada rumah sendiri..
 
seronok tgk kegembiraan yang dikecapinya kini..
sebagai seorang sahabat, aku cuma boleh memohon supaya allah mepermudahkan jodohnya, semoga dia dipertemukan dgn insan yang sebaiknya..
 
amin..
 
xsempat nak snap gmbr pun sbb asyik sgt bersembang sampai lupa nak snap..

Jumaat, 21 Disember 2012

.. kona ( belok ) tak lepas ..


just nak share..

time rehat, aku p jumpa kwn2 kat ofis lama... sronok la dapat jumpa mreka..
pastu bila nak balik ofis, aku lalu la ikut satu jalan ni..
memang aku tahu pun jalan tu memang sedang dibaiki, xsiap sepenuhnya lagi...
so banyak la kon2 di tengah jalan..
ntah mcm mana aku nak kona * belok * kiri xlepas, terus langgar kon...
mujur la kreta blakang xhentam bonet kreta aku.. klu x, confirm kemet, pastu kena marah ngan en.suami n my daddy..
rasa termalu juga dgn kejadian tu, tapi wat bodoh sudah la.. selepas aku undur kreta, n then teruskan perjalanan ke ofis dgn muka yg selamba..
klu ada orang disekeliling tu rajin2 duk pandang aku, aku wat xtau jer seolah2 xdak apa2 jadi pun..
hehehe... nak gelak pun ada, terkejut pun ada juga..

* kona* ni loghat org perlis untuk perkataan belok...

.. mimpi semalam..


gerun juga dengan mimpi aku semalam..
 
semalam aku mimpi aku salah seorang daripada mangsa bencana Tsunami.. trasa seolah-olah aku bukannya berada di alam mimpi tapi di alam realiti..
 
 
 
takutnya..
 
kisahnya mcm nie,
aku dan beberapa orang sahabatku berada di dalam sebuah bilik..mayb bilik ni berhampiran dengan laut la kot sebab bencana tsunami kan..
 
ntah kenapa tiba2 salah seorang daripadanya menjerit.. aaaaa syiling nak jatuh... mengelak cepat..aku pun terus pandang ke atas syiling, dah nampak semakin banyak syiling yang dah mula retak.. kemudian salah seorang lagi menjerit dan memandang ke arah tingkap yang menghala ke laut, dia nampak satu ombak yang besar sedang menghala ke bilik kami... OMBAK BESAR not OMBAK RINDU yer.. hhehe
 
 
 
apa lagi, semua yang ada kat dalam bilik tu terus lari keluar dari bilik tu.. waktu tu pun, lantai bilik dah mula retak dan semakin teruk... LARI, LARI dan terus LARI... sampai la ke sebuah tempat yang selamat la untuk semua mangsa.. dalam kesedihan, semua mangsa yang berada di situ hanya mampu melihat saja bangunan yang didiami tadi ditenggelami air laut.. aku takut sangat waktu tu, teringat semua orang2 yang aku sayang... Mak, Ayah, Suami, Anak dan familyku yang lain.. mcm mana la agaknya keadaan mreka ketika ini..dan aku rasa risau sangat sekiranya aku kehilangan mreka.. rasanya tak tertanggung andaikata mereka semua meninggalkan aku..
 
kemudian, aku tersedar dari tidoku.. menggigil kesejukan, mayb hujan sama kot.. sebab tu badan menggigil2.. aku pandang suamiku, aku pandang anakku..
 
Astaqfirullahala'zim, aku bermimpi...
 
walaupun dah terjaga, aku masih terbayang2 lagi saat aku melarikan diri disaat ombak yang besar tu datang tarik semua yang ada disitu.. 
 
aku pun bangun mandi dan solat subuh..
 
pengajaran disebalik mimpi tue, kesedaran bahawa dunia kini sudah sampai ke akhir zaman..
Ya Allah, moga kau ampunkan la segala dosa2ku dan juga dosa2 ahli keluargaku..
aminn...

Selasa, 18 Disember 2012

.. happy birthday irfan..


kemarin adalah birthday irfan, buah hati mama.. sat ja masa berlalu,anak mama dah setahun dah... rasa mcm baru ja mama lahirkan irfan td.. masih terbayang2 pengalaman mama di saat mama melahirkan irfan...

mengenangkan saat aku ndak bersalinkan baby yg dinamakan irfan ni, meh cemah kongsikan serba sedikit pengalaman cemah dalam mengharungi saat2 melahirkan seorang hamba Allah yang diberi nama Muhammad Irfan Syahmi ni..

due aku bersalin klu ikutkan jatuh pada tarikh 8 Disember 2011, tetapi tanda2 utk bersalin masih tiada walaupun dah sampai due, aku terpaksa jumpa doktor pakar sebab tarikh dah melebihi due kan... aku ada masalah tulang pinggul kecik, sebab tu irfan xmau kuar2 lagi walaupun dah sampai due.. bila dah jumpa doktor pakar, doktor ckp aku xdak masalah apa, kemudian due aku utk bersalin dilanjutkan lagi sampai 15 Dis 2011..cuma setiap hari sehinggalah 15 Dis aku kena p klinik utk check jantung baby aku takut klu mengalami masalah.. aku ni dah amik cuti dah konon2 8 Dis tu aku dah bersalin la.. tp disebabkan dilanjutkan lagi, so terpaksa la masuk kerja lagi... kwn2, bos semuanya heran.. yg aku bleh jawab anak xmau kluar lagi, dia syok kot duk dlm perut ni.. hehehe..

memang aku sihat, langsung xnampak mcm nak bersalin.. cergas lagi.. berjalan rata.. sampai la 15 Dis aku dengan paksarela check in la kat Hospital Tengku Fauziah, Kangar..berehat atas katil je la.. boring la, sempat baca novel lagi... pagi esok baru aku dimasukkan ubat utk bersalin.. gerun juga dengar sebab tiada pengalaman kan.. bila dah masuk hospital, yang xsakit pun rasa mcm sakit sebabnya macam2 ada.. kebetulan hospital tgh diubahsuai.. wad xcukup, so mreka campur ibu yg dah bersalin dgn ibu yang belum bersalin... yang boringnya duk kat hospital ni, asyik kena check darah je, mau nak tido nyenyak skit ja misi mai duk check tekanan darah.. pastu sesekali kena check jantung baby.. risau klu ada masalah dgn degupan jantung bby kan..

keeseokan paginya aku bersama 2-3 org lagi menunggu giliran untuk dimasukkan ubat biji.. takut juga klu sakit kan sbb xpernah kan, mcm2 yang aku bayangkan... tapi bila dah dimasukkan ubat tu, xla rasa sakit seperti yang aku bayangkan... doktor ckp kena puasa sehingga petang, mreka nak tgk nanti nak terbuka ke x ? rasanya dalam kul 2 mcm tu la, doktor check semula, time tu dah terbuka 3cm.. aku dah boleh masuk labour room.. takut juga..tapi sebelum masuk labour room, sempat g aku tido seround.. aku terjaga selepas misi panggil namaku untuk masuk dlm labour room.. dengan perasaan takut aku pun kemaskan baju bby and masuk la ke dalam labour room.. time tu kul 4 ptg..waktu tu perut dah rasa sakit tapi xla teruk sgt, rasa sat2 jer.. doktor pecahkan air ketuban, rasa panas ja.. kluar mcm air kencing...laju jer.. pastu doktor ckp anak dah terberak dah skit.. apakan daya aku masih belum boleh melahirkan anakku.. aku hanya melihat jam saja menunggu bila tiba masanya nak bersalin ni.. doktor sebolehnya nak suruh aku bersalin normal dan aku pun mahu bersalin normal tp aku tahu hakikatnya klu aku xmampu, aku terpaksa operate juga..

sepanjang berada dalam bilik tu, macam2 aku dgr sbb bukan aku saja yang bersalin hari tu, ramai lagi.. bila dah dgr tu mcm2 aku fikir.. mulut ni hanya boleh membaca doa saja supaya dipermudahkan semuanya.. disebabkan lama sgt aku menunggu, tekak pun dah kering.. aku minta nak minum kat sorang misi tu, tapi dia xbagi aku minum.. mujur ada sorang misi tu yang baik hati, dia kesian kot tgk aku.. dia pun bagi aku minum skit.. disebabkan hanya terbuka 4cm aku dimasukkan ubat air pula, aku pun xtau ubat apa.. yg aku tau misi tu ckp ubat tu mampu membuatkan ianya lebih cepat terbuka.. bila dah masuk ubat air.. waktu tu la aku rasa sakit sgt.. time tu dah xbleh nak duduk senang dah.. pusing kiri xkena, pusing kanan pun xkena.. mulut aku hanya mampu ckp misi, doktor saya sakit... tlg la..kdg2 misi wat xlayan je, rasa mcm nak marah pun ada sebab aku sakit, tp xdipedulikan... bila tgk jam dah 12 malam.. aku masih xbersalin lagi... doktor check lagi, time tu baru terbuka 5cm, lambat lagi nak terbuka 10cm sebab anak sulung kan..disebabkan terlalu lama aku berada di dalam labour room, doktor xbrani nak ambil risiko mereka mencadangkan aku dibawa ke dewan bedah.. mak, ayah dan suami semuanya risau sebab dah lama sangat aku kat dlm labour room tu, org lain masuk dah bleh kluar dah.. kiranya 8 jam lebih aku berada kat dlm labour room tu.. aku dah xlarat dah..doktor pun minta kebenaran aku untuk tandatangan borang utk lakukan pembedahan.. terketar-ketar tangan aku masa nak sign tu, sbb dah memang xbermaya dah..

akhirnya aku di bawa ke dewan bedah, aku masih sedar ketika tu..sehingga la masuk ke dewan bedah pun aku sedar sebab aku cuma diberi ubat bius hanya untuk separuh badan sahaja.. walaupun masih sedar tapi aku memang dah kehabisan tenaga sebabnya dah lama sangat menahan sakit.. hbs bdn ketar2 kesejukan, yer la kan time tu kul 1 pagi, duk dalam bilik aircond memang sejuk sgt2.. sampaikan misi2 tu letakkan mesin pemanas utk berikan aku haba kepanasan tue.. kemudian, aku dengar suara tangisan anakku.. Ya Allah besarnya kekuasaanmu, akhirnya pada tanggal 17 Disember 2011, jam 1.41 pagi lahirlah seorang bayi lelaki seberat 2.95kg..syukur alhamdulillah..

misi pun dtg bawa anak aku dan memaklumkan bahawa aku melahirkan seorang bayi lelaki, alhamdulillah.. sebelum aku ditempatkan di wad kembali aku diberi kesempatan untuk mencium wajah bayiku.. ni la rupa bayiku.. tomey2 kan..

 
 
 
skang dah setahun dah anak mama...
 

sapa nama muhammad irfan syahmi angkat tangan...
 
 


 
sian tgk anak mama tgh tido nie.. sayu je tgk..
dah besar dah anak mama nie..

Khamis, 13 Disember 2012

.. Pertemuan Ketiga..

 
esok dah masuk pertemuan ketiga kelas aku untuk semester 4 ni.. ni yang nak berpeluh juga sebabnya esok ni ada mid sem.. xstudy hbs g ni, risau juga pertemuan ketiga juga ada role play.. apa pun xsiap g nie..
 
 
Ya Allah, apa nak jadi ngan cemah ni... masa mencemburui cemah..
 
nampaknya malam ni cemah kena tido lewat skit la kebetulan en.suami pun xada kan, dia outstation so anak tido je cemah kena pulun la.. tu namanya wat keja last2 minit..
padan muka cemah..
 
 
irfan pun bukannya sihat sepenuhnya lagi..  sian sayang mama
 
hbs kelas pertemuan ni, mama duk dgn adik jer.. rasanya bulan ni dah xg jalan mana2 dah kot, ( kursus kat mana2 la )
 
sian irfan, slalu kena tinggal sampai demam2 dia..

Khamis, 6 Disember 2012

..Sasaran Kerja Tahunan..


bila dah hujung2 tahun mcm ni, mesti pakat kalut nak wat SKT ( sasaran kerja tahunan ) kan.. termasuk la aku..
macam aku agak pening skit la sebab nak kena campur tugas2 di pejabat baru dgn tugas2 di pejabat lama.. combine sekali walaupun penilaian masih dibuat oleh bos pejabat lama.. zaman canggih manggih skang ni kan dah kena isi SKT dalam sistem HRMIS kan, so semuanya majoriti duk buka laman web HRMIS la.. bila dah ramai yg online sistem tu pun jadi lembab sgt, nak simpan satu data pun nak kena tunggu berjam2..
 
ni aku dah sampai boring nak tunggu la, layan blog dulu sementara sistem nak ok balik..
pastinya ramai yang mempunyai pengalaman mcm aku ni kan..
 
apa2 pun hujung tahun memang agak kalut la kan..


Rabu, 5 Disember 2012

..mengantuknya..



semalam sygku Irfan wat hal plak, ajak main kul 2 pagi... dah bagi sebotol susu pun xmau juga tido, ditambah dengan susu mama dia pun xmau tido juga.. dah la tu, bila dah main pastu permainan tu xmenepati kesukaan dia mula la nak merajuk, bila dah merajuk mula la nak menangis..
kena pujuk la plak..

 
bawa tgk cicak la, main dgn miaw miaw dia la, bagi main lego la mcm2 dah.. * cicak bunyi mcm mana dik, Cak, Cak,.. Miaw bunyi mcm mna dik, eau, eau... mcm2 mama dah buat dah tp irfan masih xmau tido dan nak ajak main lagi, mama ni dah mengantuk sangat syg.. esok mama kerja plak syg, klu hari minggu mama xkisah syg.. ni masalahnya esok mama keja, abah pun skali xbleh tido duk mlayan krenah anak manja sorang nie.. hehehe
 
disebabkan riuh rendah sangat suasana semalam, tido tok dgn wan pun terganggu juga.. last2 tok ngan wan pun turun main skali, mama tau syg mengantuk sgt2 sebab mama tgk syg asyik menguap je tapi sengaja xmau tido kan, nak main punya pasai... dia nak main la sebab sebelum tu, time mama ngan abah dia duk layan * Istanbul, aku datang * dia dah tido puas dah.. bila abah ngan mama plak nak tido, dia plak ajak main... padan muka abah ngan mama kan.. hehehe

rasanya kul 4pg kot baru irfan tertido, tu pun dibuai oleh hayunan buaian
~ org perlis panggil " ndoi " ~
so mama pun tido la kat sebelah irfan kat ruang tamu, abah tido kat dalam bilik...
kul 6.30 dah kena bangun dah..nak siap g keja plak..mmmm apalagi kat ofis, aku plak yang keja menguap sebab xcukup tido..

mengantuknya...

..Cerita Kemarin..


alhamdulillah, kenyang perutku lepas menikmati nasi daging kunyit kat kedai Kak Mah..
ngat nak makan koewteow goreng tapi dah kemarin xmakan nasi seharian so confirm la rini lapar giler kan..
 
entry rini bukanlah nak story ttg makan sarapan pagi td, tapi nak share about cerita kemarin... kemarin, sekali lagi pihak HQ call tanya berkaitan permohonan pengajian jarak jauh tu la.. so, aku pun cerita la semua yg terjadi kepadaku selama ini.. pastu dia suh aku wat satu surat menjelaskan ttg justifikasi semua yg berlaku.. aku pun karang la surat dan hntr la ke HQ.. xtau la apa keputusannya nanti..
 
harapnya berita gembira la yg aku dapat.. tp klu keputusannya tetap sama.. aku pasrah je la..

Isnin, 3 Disember 2012

Sedikit Kecewa.. Mungkin Dah Takdirku Begini

 
.... :: berikutan dengan entryku yang bertajuk Perasaanku ::....
 
 

 
aku taip entry ni jumaat lepas lagi cuma xpublish je lagi sebab nak update lagi..
 
sebelum ni aku pernah menyatakan tentang perasaanku yang agak kecewa dengan permohonan aku untuk mendapatkan kelulusan dari Ketua Jabatan berhubung dengan Pengajian Luar Kampus ( Secara  Jarak Jauh ).
 
sambungannya berhubung perkara berkenaan...
 
2 hari lepas aku MC - xbrapa sihat... time aku cuti sakit aritu, ketua aku ada tipon aku sebab nak bgtau tentang perkara ni la.. lepas dari perbualan tersebut, terus satu prasaan lain dtg dalam diri aku.. LECEH, LECEH, LECEH...
 
bulan lepas aku ada memohon permohonan tersebut la.. pastu pihak sana ( HQ )  pertikaikan kenapa setelah 1 tahun lebih baru aku memohon kelulusan...
SEBABNYA X PERNAH LULUS LA AKU MOHON PLAK...
klu dah pernah lulus xkan la aku rajin nak mohon lagi kan...
 
pastu pagi ni, aku masuk keja.. ketua aku ckp, aku xsertakan surat permohonan yg first skali aku mohon.. yang aku tau aku dah bagi semua yang mreka minta..
xpa la klu dah leceh sangat, aku malas dah la..
 
xpa la selama ni pun mmg aku korbankan cuti rehat pun..
dan aku rasanya sampai hbs pengajianku aku tetap mcm nie.. tp kadang2 rasa mcm xpuas hati ja dengan setengah2 pejabat yang luluskan anggotanya bercuti tue.. xpa la nak wat mcm mana kan dah nasib aku mcm ni kan..
 

 
ini la kata hati aku skarang..
 skarang aku dah malas, biar la apa pun..
 jawapannya aku dah tahu dah kan, memang xdpt pun.. so....


 
 
 

Jumaat, 23 November 2012

dah lama xupdate kan....

 
rasa mcm dah lama jer kan xupdate story-mory nie...

rasa mcm xdak point yg mnarik utk dicerita, myb sbb klas dah start... esemen nak kena wat, nak study utk mid sem, mcm2 lah... aritu pun last2 minit baru wat esemen... ye la, kita kan anak kecik... masa tu agak terhad juga la, keja lagi kan... tp semua tu xbleh dijadikan alasan.... 
 
 
assignment oh assignment
 

rasanya bln ni sehingga la kelas pertemuan ketiga, aku buzy jer.. ari minggu pun xbleh bersama irfan sayang sbbnya tiap2 minggu ada program, kena kursus la, projek khidmat masyarakat la mcm2 g la.... rasa mcm xpuas ja bersama irfan, masa yg ada tu rasa mcm xcukup jer.. klu hari bekerja, aku dah balik ptg, main2, manja2 sat irfan dah nak tido.... xpuas la sayang... hari minggu je rasa lama skit..
 
masa oh masa...
knapa la cepat sangat berlalu..

Selasa, 6 November 2012

Sarapan Hari Ini


juz nak share sarapan aku pagi ni..
sebenarnya aku xpernah makan pun makanan ni sebab ntah la aku pun xtau... mungkin kureng skit kot makanan2 india ni kot...
 
kwn2 sepejabat suka sgt makan, tiap kali makan kat kedai mamak tu, mesti mreka order tosei punya... aku plak juz order roti canai je la, yang tu je yg aku makan pun..
ntah mcm mana hari ni, aku nak try makan tosei tu, mayb tgk2 kwn2 yg makan tu nampak mcm mnarik je, nampak mcm sedap je... so aku pun try la ari ni...
 


lebih kurang mcm ni la rupanya tosei yg aku makan pagi tadi..
 
 
rupa2nya rasa dia masam kan, dicicah plak dengan sambal tumis yg agak masam juga, mayb terlebih air asam kot.. aku rasa bukan citarasaku walaupun kdg2 aku suka juga makan masam-masam.. hehehe..
 
 
rasanya lepas ni xmau makan dah la tosei, rasa mcm xbleh nak masuk tekak je, sebab tekak aku rasanya xsesuai dgn tosei tue... makan roti canai je la...
tp atas pandangan masing-masing la kan, ada juga yang minat makan tosei tue..


Jumaat, 2 November 2012

Pewangi Kereta " HOT PERFUME "


KELUARAN BARU HOT PERFUME
 

~ Buah Hati Kesayangan Mama ~

untuk tatapan kwn2 bloggers..
 
ni la buah hati kesayanganku...
 
 
~ irfan baru enam hari melihat dunia ~

 



 
 
 

ni gambar terbaru
~ walaupun demam anak mama tetap aktif sebab anak mama kuat ~ 
 
 
~;; MAMA SAAAAYANGGGG ADIK ;;~
 



Sabtu, 27 Oktober 2012

sedapnya....

Untuk tatapan kawan2 blogger yang memang suka makan koew teow sup..

entry ni juz nak share gambar koewteow sup yang aku paling suka..  aku start makan koewteow tu setelah diperkenalkan oleh rakan sekerjaku ketika aku masih bekerja di Institut Perguruan Perlis satu masa dahulu.. nak crita skit la kan.. time tu aku makan, koewteow tu cuma berharga RM 2 je.. lepas tu naik jadi RM 2.50, pastu naik lagi jadi RM 3 plak sampai la skang harganya dah meningkat menjadi RM 3.50.. kiranya aku nak crita kat sini bahawa aku ni dah lama makan koewteow sup kat gerai kak tue.. xbleh nak cakap juga dia slalu naik harga, ye la kan... harga barang kan slalu naik, klu dia xnaikkan harga jualan dia, mcm mana dia nak untung kan... tp puas hati la makan kat gerai dia, mmg sedap koewteow tu.. tp bagi yang tidak menggemari koewteow sup ala thai mungkin xminat juga kan.. kak yang jual ni dia orang pattani, berkahwin dengan org sini.. pastu dia kembangkan lah kemahiran dia ada dengan membuka gerai bihun sup ala thai..

kak yang jual tu pun dah kenal aku, klu xsilap masa aku mula makan kat gerai dia, time tu tahun 2006 kot.. kiranya aku masih setia dengan gerai kak tu sampai la skarang.. gerai dia pun dah semakin cantik, dulu bleh la kata hanya ada 2-3 meja sahaja tapi skarang dah jadi banyak dah..


saper2 yang first makan mesti berpeluh2 sebab memang pedas kow2 punya..

kemudian aku perkenalkan kat kwn2 xoffice aku dulu, xsangka mreka pun mempunyai minat yg sama.. bila time hujan or redup2 skit mesti lagi sedap sebab kuahnya yang panas2 dan pedas2 confirm bleh panaskan badan kita yang tengah sejuk tu kan... skang klu aku nak jumpa mreka sembang2, gerai kak tu la yang jadi port kami...



Sabtu, 20 Oktober 2012

pertemuan pertama

alhamdulillah, kelas pada pertemuan pertama telahpun selesai.. lega rasanya, tp untuk mlm ni je la.. start drpd esok, kena study skit2 la sbb bila study part time ni, masa utk study  tu xbyk sbb kita keja lg, nk bg masa utk fmly lagi... mmg perit skit la... tp akan ku kuatkan smangatku untuk menggenggam segulung ijazah suatu hari nnt.. insyaallah..

mulai esok juga aku dah kena prepare skit2 utk tugasan yg diberi.. byk juga tugasan dan aku rasa agak mencabar juga la sbb masa yg diperuntukkan tu agak terhad..nk wat research bknnya sng, nk p interview company2 tu perlukan masa.. sbb tu la org ckp nak wat part time study ni mmg perlukan byk perngorbanan dan rela dikorbankan... tambahan lagi untuk semester nie kena wat program khidmat masyarakat plak... mmg jadual agak pack la.... fuh, pening juga..tp ini lah cabaran yang perlu aku hadapi untuk aku menjadi seorang yang berjaya suatu hari nnt... smoga apa yg diidamkan slama ini akan tercapai... amin..

Rabu, 17 Oktober 2012

assalamualaikum... n slamat malam...

xder apa yg nak dishare mlm ni cuma saja je jenguk2 blog nie.. rasa mcm tgn ni xleh nk duduk diam... so aku pun tekan2 la kat cik tab ni..ikutkan nak guna laptop kesayangan tu la tp laptop aku sakit, kena hntr spital la dulu, kasi ubat dulu sama dia..bg dia sihat dulu...

dah alang2 aku menjenguk blog ni kan, apa kata aku share skit ttg kelas aku yang pastinya akan bermula ari jumaat ni... esok aku dah kena register 4 the new semester.. klu ikutkan timetable, esok xdak kls, jumaat baru da kelas... sterusnya sabtu sampai mlm... memerah otak plak la bermulanya jumaat.. lps ni xleh nk relax sgt la, kira ada masa terluang ja kena study je la..xleh manyak main dah la.. nnt bln 3/2013 baru leh main sat sebulan... time 2 cuti semester.. to my lovely son, muhammad irfan syahmi.. lps ni mama bz skit la sayang, tp xpa mama xkan lupakan syg mama busyuk masyam mama nie...

ok, disebabkan kelas xstart lg, esemen pun xdapat lg, apakata aku selesaikan dulu baca novel " suami yang kubenci " nie... tajuk novel je tau bukan betul2 punya.. klu suami aku, xla kubenci, malah kusayangi lagi... hehehe...

jom baca novel, bby pun dah tido.. bg pluang kat mama dia la tue...

♥LAYANZZZZZ♥.....

Isnin, 15 Oktober 2012

FENIN LA..

fenin fenin fenin...

leptop rosak lagi... rasanya baru dua bulan ja aku baiki leptop tu, aritu dia wat hal time aku nak final, ni dia wat hal lagi time aku nak start kelas plak...

rasanya mcm xmau baiki lagi la.. tp klu nak beli yang baru, nak beli jenama apa yer.. aku ni bukannya arif sgt tentang leptop2 ni, sekadar tahu menggunakannya jer.. klu sapa2 yang tahu jenis apa yang baik, suggest la.. leh kita share2 kan..

Jumaat, 12 Oktober 2012

Mungkin Kerana Terlalu Seronok Kot...

Tu la.....
mungkin aku terlalu seronok kmarin untuk ketemu sama kawan2 lamaku kot jadi mcm ni.. Pada awal tu sronok sangat, dalam fikiran ni duk ingat nak jumpa mreka ja, sbb dah lama x huha huha dgn mreka, nak makan koew teow sup tu dgn mreka sambil sembang2.... tp semua yang dirancang tidak mendapat keberkatan ilahi sbb tu la apa yang dirancang semuanya xmenjadi..
 
pukul 5.00 ptg  ja, terus punch kad nak turun ke kereta sebab jarak aku ngan mreka lebih jauh dari port yang nak dijumpa tue.. so aku ngat aku harus bergerak pantas untuk sampai ke sana.. sesampainya di dalam kreta, cewwah dgn prasaan gembiranya aku menghidupkan enjin kreta.. mula2 tu dah prasan macam xbleh nak hidup je enjin ni, dicuba untuk kali kedua dan ketiga.. memang xleh hidup juga..  bila check balik rupa2nya aku terlupa tutup lampu pagi tadi.. mesti bateri dah KONG la..

Ayyyooo terjadi lagi.. dulu dah pernah jadi dah kejadian mcm ni dan aku selalu bringat setiap kali nak turun dari kreta.. ntah mcm mana kmarin aku lupa.. mayb nak cepat kot, sampai2 ja opis terus tutup ja enjin..
 
dengan rasa hampa dan kecewanya aku pun telefon kwn2ku dan bgtau hal yang sebenarnya dan perjumpaan kita terpaksa dibatalkan... HUHUHUHU (sedih )
begitulah yang dikatakan persahabatan..
kwn2ku kata xpa, " tunggu2 kami  nak p ni, klu kami bleh tlg kami tlg.. "
terharunya rasa... beberapa minit kemudian, mreka pun sampai..

dengan bantuan mreka dan beberapa orang yang brada di kwsn tu akhirnya kretaku dapat dihidupkan semula.. alhamdulillah juga en.suami telah menyediakan 
"jumper" * entah betul ke tidak ejaannya janji bunyi sama kan* 
jumper tu digunakan untuk mengecas semula bateri menggunakan kuasa bateri daripada kreta lain, mmg aku kebuntuan juga ketika tu sbb en.suami pun tiada disini ketika ini.. dia terpaksa bertugas luar, itu la org kata prempuan ni klu naik kreta, tau naik jaaaa.. bila jadi perkara2 mcm ni haaaa gelabah juga.. tu kira ok la kreta tu xstop kat tgh jalan kan.. klu jadi mcm tu, mesti lagi gelabah kan..

bila kreta dpt dihidupkan semula, aku pun segera pulang ke rumah.. perjumpaan kami terpaksa dibatalkan.. xpa la mayb next time kita jumpa lagi kan..
to all my friend from RKK Arau.. trima kasih semua..

~ biarla persahabatan yang terjalin akan terus berkekalan hingga ke hujung nyawa ~
cemah loves u all... fewwwwitttt...



 

Khamis, 11 Oktober 2012

walaupun cuaca agak mendung, hati aku xmendung dan redup seperti cuaca di luar sana.. prasaan gembira menyelubungiku sbb aku akan ketemu sama rakan2 sekerjaku di pejabat lama... sonoknya...

dah la tue, port kami nak jumpa plak adalah port yang menjadi favourite geng2 admin termasuklah bos yg sporting tu.. first skali kami bawa dia p makan kat situ, dia terus suka kat makanan yang dijual di gerai tu.. ianya adalah dilabelkan oleh kami kedai koewteow sup sedap.. mmg sedap...


nanti aku upload gambar koewteow sup tu noh...

TUNGGU !!!!!

Khamis, 4 Oktober 2012

Pagi yang kalut...

assalamualaikum semua...



woohooo... pagi yang kalut arini, dengan bby yang still nak menyusu, en.suami pula kalut nak cari baju dia..aduhh....memang kalut la pagi ni, kelam kabut juga aku pagi ni.. tapi semua ni boleh dijadikan pengajaran buatku... lain kali jgn wat mcm tu lagi tau... * ingat cemah* ( cemah ni panggilan yang diberikan oleh xbos aku dulu.. aku suka xbos aku tu dan aku rasa tu la bos yg paling sporting skali yg aku pernah jumpa selama aku berkhidmat di Gomen nie.. skang dah xleh dgr dah panggilan tue.. huhuhu ) ## alamak dah lari topik la plak, asalnya nak crita ttg pagi yang kelam kabut tercerita ttg xbos plak.. xper len kali aku crita len yer tentang xbos2 aku yer ##~ sepatutnya sediakan semuanya dari semalam lagi~ jarang nak jadi mcm ni, selalu en.suami pakai baju loreng, ntah pagi ni mengejut nak kena tukar pakai baju kemeja plak.. naper xkalutnya nak cari singlet, klu kemeja ni xpakai singlet confirm la seksi kan.. hihihi...

bby pun seolah memahami je mamanya yg sedang kalut.. dia pun stop menyusu dan rela dirinya diserahkan kepada nenda yang disayangi.. kesian plak kat irfan... xpe yer sayang, petang nnt mama balik kita main skali yer, mama peluk2, mama cium2 sayang mama tue..

dengan rileks aku memandu sampai ke pejabat, alhamdulillah, aku selamat sampai ke ofis seperti biasa..syukur kepadamu..

Isnin, 1 Oktober 2012

Perasaanku..

aku salah seorang kakitangan Gomen.. baru 2 bulan aku menjejakkan kaki di pejabat baru, sebelum ni aku di pejabat lain, dah semestinya Gomen juga la kan.. bg yang mengenaliku, mungkin mreka tahu la pejabat lamaku dulu.. aku juga kini sedang melanjutkan pengajianku secara luar kampus di salah sebuah universiti dalam Malaysia ni. seperti semua yang org tahu keja dengan Gomen ni banyak la keistimewaannya klu nak dibandingkan dengan keja private kan.. tp bukan semua keistimewaan tu layak diperolehi dan dinikmati.. aku salah seorang dari mreka yg xdpt nak merasai nikmat itu..

klu yang diikutkan oleh JPA ( Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia ), mreka telah membenarkan permohonan cuti tanpa rekod untuk kakitangan yang menyambung pengajian secara part time or full time ~ ikut la dengan gaji ataupun tanpa gaji kan.. ngatkan boleh mohon la sbb kelas aku dah nak bermula dah no xlama g.. * pening kpala plak nnt nak study n wat esemen *

dulu aku kat pejabat lama, aku xlayak juga nak mohon cuti tanpa rekod, katanya sebab aku xdak surat kelulusan drpd ketua pengarah.. so disebabkan itu, aku pun wat la permohonan kat ketua pengarah, malangnya nasib aku permohonan itu xdiluluskan walaupun dah dua kali aku mohon..
kejam sungguh la mreka ni..huhuhu  xpa la demi semangatku untuk sambung blajar, aku korbankan cuti rehatku untuk menghadiri kelas dan peperiksaan.. waktu sebelum ni xdak baby bleh la, cutiku confirm banyak g, tp skang ni dah ada bby kena berjimat cermat la risau klu sebarang kejadian yang diluar jangkaan berlaku kan.. baik aku prepare cuti awal2..

sangkaanku bila aku dah bertukar pejabat, bleh la aku rasai nikmat tu tp malangnya pejabat baru pun sama juga malah ada yg lebih teruk pun ada.. leceh la mreka ni.. apa yang dimaklumkan oleh ketua aku, disini hanya boleh sambung blajar bahagian  mreka sahaja... klu bahagian lain mreka xbenarkan.. mujur aku dah sambung bljar sebelum mai sini g.. apa salahnya kakitangan nak sambung blajar , untuk peningkatan kerjaya juga.. sampai bila nak brada di tahap tu saja kan.. kita perlu membuat perubahan selaras dengan perkembangan ekonomi skang ni kan.. tringin juga nak brada di tahap atas... maka dengan itu, di pejabat baru pun aku terpaksa melalui perkara yang sama... aku terpaksa korbankan cuti rehatku demi pengajianku..

aku sdikit kecewa la dgn apa yang berlaku tp sbg orang bawahan kena trima saja kputusan mreka..
siapa la aku untuk bersuara..


Khamis, 27 September 2012

Cocoa Colagen Power Plus



 

 
Khasiat CCPP bagi anak dara:-
 
Whole Body bertambah kemas/menarik/reshape
Yang peha besar --> CCPP reshape size peha bertambah menarik
Kulit cerah dari dalam
Kulit mulus, gebu
Jerawat less
Parut jerawat insyaallah hilang
Jeragat akan mengejut dgn cepat
Tenaga/ tak letih/ tak mengantuk
Celahan pelipat (peha, ketiak, siku) semakin cerah
Tumit pecah2 bertambah licin
Less rambut gugur
Naik seri pengantin ...
Body menggeleber lepas kurus ... push up balik
Masalah resdung berkurangan .. leh sebat macam2..
Hormon stabil , kurangkan senggugut
Perjalanan darah lancar
Seimbang berat badan
Mengenyangkan
Kencing lawas
Lebam bawah mata less
Hilang lenguh2 sendi
Lancar penghadaman
Merangsang pertumbuhan sel baru/antikedut
Memontokkan dan menegangkan punggung dan payudara
Melambatkan Proses Penuaan
 
Khasiat CCPP bagi yg dah berkahwin:-
 
Menjadi SUPER POWER
Mengetatkan vagina, yang monopous insyaallah ada pelincir
Hubungan suami isteri lebih intim ( luar biasa )
Yang dah bersalin, pinggul kembali kecik, kemas, tulang pinggul rapat. Biasa bila dah bersalin pinggul akan lebar kan..
Tambah air susu bagi yang menyusu
Bantu mengecutkan rahim
Repair rahim yang bermasalah ( utk cyst, fibroid jgn bergantung pd CCPP. kena dapatkan rawatan doktor juga la..)
Membantu mudah lekat (mengandung if dh smp rezeki insyaallah)
Memperbetulkan kitaran haid yang lebih teratur
Whole Body bertambah kemas/menarik/reshape
Yang peha besar --> CCPP reshape size peha bertambah menarik
Kulit Cerah dari Dalam
Kulit mulus, gebu
Jerawat berkurangan
Parut jerawat insyaallah hilang
Jeragat berkurangan
Tambah tenaga/ tak letih/ tak mengantuk
Celahan pelipat ( peha, ketiak, siku ) semakin cerah
Tumit pecah2 bertambah licin
Less rambut gugur
Body menggeleber lepas kurus... push up balik
Masalah resdung berkurangan
Hormon stabil
Perjalanan darah lancar
Seimbang berat badan
Mengenyangkan
Kencing lawas
Lebam bwh mata akan berkurangan
Hilang Lenguh2 sendi
Lancar Penghadaman
Meransang pertumbuhan sel baru/antikedut
Memontokkan dan menegangkan punggung serta payudara
Melambatkan Proses Penuaan